30 Julai 2012

KHAS BUAT...




Yes! WASTE NOT!

FOOD

Bukan setakan beli dengan berhemah, tapi makanan yang dibeli tu janganlah sampai dibuang. Kalau tak habis makanan tu boleh wat sahur. Ingatlah, sesungguhnya bulan puasa adalah bulan mengajar erti kesabaran dan ketaqwaan. Masakan pula bulan ramadhan menjadi bulan pembaziran makanan? tidakkah ianya berlawanan?

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

TIME

Mentang-mentanglah Puasa,dok nak berhibernasi je memanjang.Lagi best bila masuk hari sabtu ngan ahad.Dari lepas subuh, sampailah nak masuk zohor bantai tido.Bangun tido muka dah macam panda. Bawak-bawak la mengaji ke, baca buku ke, main dengan kucing ke. Lagilah sape yg mengaji masih gagap lagi, amik la peluang bulan ni join taddarus perbetul bacaan. 

Tak yah nak malu kalau umur dah masuk 20+ masih merangkak.Kalau malu sekalipun biarlah sekarang, kalau dah tua caner? kalu sempat tua tak pe. Kala dah ajal. Nauzubillah. Rugi la wei.Bila lagi nak join taddarus dan perbetul bacaan kalau bukan bulan ramadhan ni. Bulan ibadah.Nak harap bulan syawal..hmm beraye jela. Bulan zulkaedah? zulhijjah? tak adenyer nak taddarus tiap-tiap malam. Jadikan bulan ni sebagai satu turning point kepada pembaikan diri. Sedarkanlah diri tu cepat.

Hazrat Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Perumpamaan seseorang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap, dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum tetapi berasa pahit.” 


Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah



Entry ini dinukilkan KHAS buat Alifah Ahmad seorang pelajar di MIAT, sebagai peringatan kepada dia agar dia sedar diri yang dirinya itu perlu makanan rohani yang lebih dari makanan duniawi. Walaupun dah masuk ramadan ke 11, masih sempat kan untuk menyedarkan diri yang sudah lama tak sedarkan diri..




MIAT
11 Ramadan 1433
30/7/2012


0 comments:

Catat Ulasan