Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan

19 Disember 2011

Ku Rindu Padamu Ya Rasulullah s.a.w!

Ku Rindu Padamu Ya Rasulullah s.a.w!


Penulis: Suhili bin Nain


Garis-garis sinar mentari menembusi jendela bertabir menerangi bilik bacaan itu dengan cahaya yang malap. Secangkir Nescafe panas dan beberapa keping biskut di atas meja yang dihidangkan ibunya untuk sarapan pagi masih belum terusik. Tiada bunyi bingit yang menggangu tumpuan, melainkan hanya bunyi kipas angin yang sedang berputar laju. Azim berdiri di sisi rak buku yang terletak bersebelahan dengan meja tulisnya. Kopiah putih yang menutupi rambut pendeknya yang sedikit keriting dilepaskan ke atas meja.
This entry was posted in