17 Januari 2012

The Scene

Assalamualaikum w.b.t.



"Kenapa solat zohor dan asar imam tak baca kuat ek? " tanya Fiez pada kawannya..

"Ha'a ek,,nape ye?" soalan itu dijawab dengan soalan juga..

" Tulah, dari tadi dok pikir je.." balas Fiez lagi

Dari jauh aku hanya mendengar sahaja. Ingin menyampuk, agak jauh kedudukanku. Kenapa ye?


........................................................................................................

" Kak, kita nak share something nie.." kata Farah

"Apa die?" tanyaku

"Ernmm..saya nie cepat sangat suka kat orang. Boleh ke?" tanya Farah

"Suka macam mana tu?"...aku menambah

" Bila kita nampak orang nie kita suka, bila jumpa yang lain pun suka juga..cepat sangat suka.." Jelasnya

Perempuan ke lelaki? dalam hati aku betanya. Kalau lelaki risau la jugak, tapi kalau perempuan lagi la risau.


.................................................................................................................

"Betul ke kiblat nie?" tanya syaza 

" Betul la, ari tu da cek kan. Kat surau pun macam nie jugak arah dier.." Jawabku

" Ingat tak masa budak-budak laki kena denda solat kat jalan depan Student centre sebab tak bangun subuh..same la camnie arah dia.." tambah ku lagi

" Boleh ea solat time tu? da abis subuh kan?" Soal Jasmin

Teringat sewaktu orientasi, 5 orang pelajar disuruh menunaikan solat subuh di tanah lapang pada pukul 7.30am++ kerana terlewat bangun.


......................................................................................................

Azan dilaungkan  

" Allahhuakhbar..allahhuakhbar..."

"Allahuakhbar..allahuakhbar.."

"Allahuakhbar..allahuakhbar.."

"Eh! kenape 3 kali..bukannya 2 kali ke kalau azan?.." syaza meminta kepastian pad apa yang didengar

" Ha'a la, dia wat terlebih nie.." balas yang lain

Antara salah satu dari 2 kesilapan muazzin ketika melaungkan azan.


.............................................................................................................

Antara situasi yang berlaku sepanjang 4 hari aku berada di persekitaran yang baru. Kejutan budaya? Mungkin tidak. Di tempat lama lagi mencabar rasanya.


Kenapa solat zohor dan asar itu dalam keadaan perlahan bacaan nya, kerana ianya adalah sunnah rasulullah s.a.w. Jawapan yang mudah. Tetapi disebalik sunnah itu ada sebabnya. Pada ketika datangnya islam dalam keadaan lemah. Demi menjaga kemaslahatan, solat pada waktu siang dibaca perlahan . Ini kerana kebiasaannya orang kafir akan berkeliaran diwaktu siang dan kurang diwaktu malam. Dan sunnah itu berkekalan sehingga ke hari ini.

Beliau SAW bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595)



 
Apabila ditanya, adakah boleh menyukai seseorang itu? aku hanya menjawab, Why not? Tak ada salahnya menyukai seseorang malah dituntut dalam agama. Cumanya ketaksuban dan keghairahan dalam mencintai itu yang menyebabkan ianya menjadi tersasar dari tujuan asal. Sebab itu kita disuruh untuk sentiasa ingat bahawa dalan yang kedua ada yang ketiga dan empat.Biarlah ia dilandasi oleh batas-batas syariat.

Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
“Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka “
riwayat Attarmizi 


Tidaklah menjadi satu masalah dalam mencari dimana arahnya kiblat itu, jika ilmu tentangnya wujud dalam jiwa. Tak kesah la melalui teknologi mahupun alam, semua itu adalah jenis ilmu yang boleh diguna. Hanya kita yang mampu menentukan sejauh mana manfaatnya ilmu itu pada diri dan masyarakat. Aku agak terperanjat apabila mendengar ‘allahuakhbar’ itu dilaungkan sebanyak 3 kali. Musykil juga. Seorang yang berpendidikan tinggi tidak pass dalam perkara basic seperti azan. Bagaimana mahu menjadi ketua keluarga? Aku doakan mereka ini mendapat hidayah untuk terus mencari ilmu akhirat. Aku ini selaku seorang wanita mahu kaum adam itu boleh membimbing kaum hawa. Bawa kami hingga ke syurga, ^^

Sama-sama menjadi. Bagus, jika dapat mencari seperti itu, tetapi adalah lebih baik jika kita menjadi seperti itu. Mengambil iktibar pada apa yang berlaku..

Wassalam
Adios..

4 ulasan:

  1. kiblat solat klau dah tsilap..bile aku da abis solat ak akan mcm buat takpela da silap tp dah solat..aslkan da niat kan

    BalasPadam
  2. @dayah
    teringat ada sorang hamba allah nie yang mengeluarkan statement.."solat je arah mane pon, bumi kan bulat,last2 akan menghala jugak ke kaabah"..WOHA!itu teori dia la..

    apa2 pon back to basic..pendapat jumhur ulama' syarat sah solat..suci dari hadas,suci pakaian ,badan dan tempat solat dari najis, masuk waktu solat,menghadap kiblat..

    kalu kita yang berpegang pada mazhab shafie..sesiapa yang berasakan kedudukan kiblatnya salah selepas bersolat, hendaklah dia mengulang solatnya selepas yakin arah kiblat yang betul.

    ada juga ruksahnya yang apabila berada dalam peperangan, kapalterbang , atau solat dalam kenderaan kiblat itu dikecalikan

    one things, sesuatu yang ada kaitan dengan perkara rukun spt solat perlu diambil berat.

    correct me if i'm wrong..semoga solat kita SEMUA diterima ..usaha untk yang terbaik..perlu penerangan yang arif utk bab ni..

    BalasPadam
  3. camtu ka... ok mmg aku yg silap. kekadang kite sndiri lalai, kirenya aku ni dah mcm sama teori mcm hamba Allah tu ler... tkpe la boleh perbaiki lg solat kite yg xsempurna

    BalasPadam
  4. @dayah
    belajar dari kesilapan lebih baik dari buat kesilapan yang sama berulangkali..^^ aku juga belajar..mari belajar..

    BalasPadam