Klik gambar untuk maklumat selanjutnya |
Sumber: http://www.informasi.my/pelajar-ipta-ipts-dan-politeknik-akan-dapat-baucer-rm200/IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM2002. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 20127. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Alhamdulilah, dapat la korang beli
buku ye.Harapnya pembudayaan ilmu dan budaya membaca dikalangan rakyat
Malaysia semakin rancak. Macan orang Jepun tu. Mesti lepas nie, masuk
KTM or LRT je, suasananya senyap dan tenang jer. Yang nampak hanya
manusia dan buku yang dipegang. Bukan takat pegang je, malah ada yang
terlepas stesen sebab terlalu khusyuk baca buku. Bestnya suasana cam tu. Hee..
Eh..aku pun boleh dapat ke? Daftar minggu depan weh. Mesti boleh kan. Banyak buku nak beli. Huu..Jadikan membaca satu langkah menuju generasi Ulul Albab. Kalau tak dapat, jadi macam Ahmad Albab pon ok gak.^^ Apa pulak ulul Albab ni?
Ulul Albab nie orang yang menggunakan akalnya dengan bijak. Berfikir dan kaji akan kejadian alam semesta, kebesaran Allah dan hikmahnya. Konsepnya sudah disebut16 kali didalam Quran.Tapi ada yang perlu diingatkan, bukanlah si genius itu tergolong dalam golongan ulul-Albab. Bukan dari golongan ulul-albab juga jika hidup disandari oleh berita palsu, fitnah memfitnah, mengadu domba dan nilai negetive yang lain. Tidak juga dia antara ulul-albab itu jika hanya menerima beita yang dikhabarkan di media elektronik mahupun cetak tanpa ada nilai 'penilaian' yang rasional dan betul.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik,
walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah
kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu
berjaya.”-Surah Al Maaidah, Ayat 100
Ala kulli hal, segalanya bermula dngan ilmu. Sesuatu makna yang hadi dalam diri.
SELAMAT BERAMAL^^
“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.
0 comments:
Catat Ulasan