Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulilah selesai sudah aku membaca artikel yang aku dapat 1 minggu yang lalu. Da seminggu baru nak baca? Eh..tak delah tunggu seminggu baru nak baca. Da baca awal-awal lagi time dapat task nie. Cuma tang nak wat ulasan tu baru nak stat arini. Hampeh kan..procrastination is a thief of time. Kene ubah nie.
Berbalik pada artikel, what i need to do is..aku kena ulas apa yang orang ulas dari penulisan Fethullah Gulen. Hmm, macam maner tu? Macam tu la, macam mana lagi. Ayat sengal. Astarghfirullah, abaikan je. Before aku start aku nyer ulasan yang dangkal nie, kena la taw gak kan siapakah gerangan En. Fethullah Gulen ni? Arabkah, Italian ka? American ka? atau orang Malaysia?
FETHULLAH GULEN
Sejujurnya aku tidak mengenali hamba allah yang bernama Fethullah Gulen ini sehinggalah tugasan diberikan. Alhamdulilah, syukur aku dipertemukan dengan mereka. Oleh yang demikian, izinkan aku berkongsi sedikit apa yang aku tahu supaya mereka yang tidak tahu seperti aku mulai mengambil tahu.
Fethullah Gulen, anak kelahiran Turki,ada yang mengatakan beliau antara ulama' dari Turki, ada juga yang mengelarnya cendikiawan muslim yang anti keganasan, pemikir, penulis, dan juga aktivis pendidikan. Beliau juga banyak melontarkan pemikiran tentang pembaharuan di dunia islam. Targetnya semestinya mahasiswa dan mereka dikalangan pelajar sekolah. Dianggap sebagai pengimbang antara pemikir islam yang berfahaman radikal dan radikal yang menjadikan beliau boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan agama. Pemikiranyannya juga banyak dipengaruhi oleh cendikawan islam seperti Syeikh Syed Nursi dan Imam Al-Ghazali
"Saya selalu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang rendah hati. Qur'an
mengajarkan bahawa umat manusia diciptakan untuk mengakui dan menyembah
Allah . Dalam dimensi dunia, umat manusia diminta untuk menghindari
pertikaian dan pertumpahan darah. Untuk menyantuni semua makhluk dan
manusia dengan rasa kasih sayang. Inilah falsafah saya ..." kata Syeikh
Gulen.
Mungkin ada sesetengah orang memandang ianya sesuatu yang diluar bidang kuasa mereka. Tak kesah la sama ada mereka seorang pelajar, tukang kebun, guru, pencacai ditepi jalan mahupun pemimpin tertinggi sekalipun, dakwah itu tetap perlu dikembangkan.Ianya satu kewajipan.Dalam ulasan artikel ini ada menyebut bahawa 'Setiap individu tidak akan pernah kekal kesetiannya pada perintah-perintah agama, kecuali jika ia bersedia menegakkan amar maaruf nahi munkar'. Makna mudah, kalau nak jadi muslim yang taat agama kena lah berdakwah.
Tapi dakwah tanpa kerelaan hati mungkin akan 'kelaut' perginya. Dengan adanya kerelaan hati, barulah akan munculnya bibit-bibit istiqamah. Tetapi istiqamah itu datangnya dari peribadi yang teguh, yang menjaga iman dan dakwahnya sebagai amalan. Bukan mereka yang mencari kehidupan dunia semata. Dakwahlah dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara dengan hikmah. Nescaya mereka itu termasuk yang menjaga 5 perkara -Agama,Akal,Keturunan, Harta dan nyawa.
Lama sungguh tidak menggunakan perkataan ini. Ujian dan cabaran memang tidak lekang buat mereka yang 'menyeru'. Pendakwah itu umpama kayu uji. Ingin memprotes statement ini? Silakan. Yang pastinya ujian itu datangnya dari Allah, dan berbahagialah mereka yang diuji. Kerana Nabi Ibrahim alaihisalam pernah dilempar ke dalam api sebagai ujian, begitu juga batang tubuh Nabi Zakaria alaihisalam pernah digergaji atas sebab seruan dakwah. Nabi Isa dan Nabi Yhya alaihisalam juga diuji dengan ancaman bunuh sedangkan mereka adalah seorang Nabi. Dimanakah kita? Apakah ujiannya? Gagal peperiksaan? Kekangan ibubapa? Kurangnya harta? . Sama-sama mengingatkan, bahawasanya berbahagialah mereka yang diuji. Syukur juga kamu diuji.
Berbahagialah kamu tidak berarti dakwah itu dipandang enteng. Sesungguhnya ianya suatu yang berat dan mencabar. Jika tidak masakan rasulullah yang kita cintai ada menyatakan..
Baginda bersabda kepada Aisyah R.A
"Aku telah menerima tentangan dan ancaman dari kaumku dengan sangat keras"-Sahih Bukhari
TIADA KESANNYA?
Atsarnya tidak sampai. Kata-kata sang pendakwah tidak lagi dapat menyentuh hati. Apalagi meninggalkan bekas dihati.Ibaratnya mencurah air gula di lautan masin. Sia-sia. Mana salahnya. Mungkin mereka kuang mengorbankan dan berkorban. Mereka bukan orang-orang yang ikhlas, tapi para pengejar dunia yang menjadikan dunia tambatan ehidupan mereka. Memanipulasi agama sebagai kuda tunggangan untu mecari kebahagiaan dunia. Aduh. Tajam sungguh ayat yang diungkapkan oleh Syeikh Fathullah Gulen ini. Tajamnya itu perlulah dinilai agar kesannya sampai dihati.
"Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan
harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka
ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam
(Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang
lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah
dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah
bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[ 9:111 ]
Jika ditanya mengapa mengapa umat makin jauh dari agama. Kesesatan, maksiat dan dosa semakin berleluasa?
Kerana pendakwah bukan teerdiri daripada merka yang ingin menegakkan yang maaruf dan cegah yang munkar. Tidak ke kiri mahupun kanan. Tetapi ditengah. Mungkin itu satu lontaran taujihad dari seorang pemikir dari Turki buat para pendakwah. Perlu diambil perhatian mungkin.
Kutip segala sirah nabi untuk dijadikan tauladan .Semoga dengannya lebih kita memahami bahawa seruan itu amat derita, tetapi derita itu manis dipenghujungnya. Inshallah.
Aku hanya manusia biasa.Tapi walau siapa pun anda. Anda tetap membawa tanggungjawab itu. DAKWAH~
11 Safar 1433 hijrah,
5 Jan 2012 masihi
0 comments:
Catat Ulasan