16 Disember 2011

Bahana takut, K-pop dan hati..

Membaca entry yang ditulis oleh Chedet sedikit sebanyak menjadikan aku sedikit takut. Apa yang ditulis adalah bekisar akan sikap,perasaan, dan perihal TAKUT. Bukan aku takut pada penulisan chedet, tapi takut membaca sesetengah  komen yang dilontarkan. Saling salah dan menyalahkan, tak kurang juga menyindir . Tak salah mengkritik tapi adalah lebih baik jika kritikan itu yang membina.Apapun semoga kita tak tergolong dalam golongan yang cintai dunia TAKUT mati (al-wahn).
Dari Tsauban ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:  

“ Akan terjadi masa dimana umat-umat diluar islam berkumpul disamping kalian wahai umat islam. Sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang menyantap hidangan. Lalu seorang Sahabat bertanya: ‘Apakah kami pada saat itu sedikit wahai Rasulullah? be“Beliau menjawab: “Tidak. Bahkan ketika itu jumlah kalian banyak. Akan tetapi kalian ketika itu bagaikan buih dilautan. Ketika itu Allah hilangkan dari musuh-musuh kalian rasa segan dan takut terhadap kalian dan kalian tertimpa penyakit wahn. Sahabat tadi bertanya lagi : ‘wahai Rasulullah apa yang baginda maksud dengan wahn itu? , Rasulullah menjawab: “cinta dunia dan takut mati. (H.R.Abu Dawud. )"

 
 Dah puas aku membaca semua komen dan artiken Chedet, pindah pula ke blog Bersama Mazidul, pengacara TV3 yang hot dengan rancangan 360. Tu pon jumpa blog dier masa BW blok sedara aku yang sorang nie. Dayah.Dalam banyak-banyak atikel yang aku usha, tertarik pulak aku pada satu artikel yang ditulis mengenai satu kan blog yang hanya dengan 1 post entry sahaja boleh dapat 1700 komen hangat. Giler dashat. Apekah yang dah berlaku. Naik meremang bulu roma baca weh. Teraniaya,dianiaya, mengutuk dan dikutuk. Fuh terbatuk-batuk aku baca.

Dari blog Bersama Mazidul, aku beralih pulak ke blog hangat itu. Tak perlu la bagi taw ape nama blog tu k. Bikin hot pulak nanti.Ohhhh!! patutlah dapat komen banyak giler. Rupanya dia dok kutuk k-pop kesayangan ramai. Mana la tak kena maki. Jangan dijolok sarang tebuan. Buruk padahnya. Walaupun empunya blog itu menggunakan nama orang lain sebagai  ID, kesian pada kawan-kawan yang sudah terlanjur memberi komen terlampau kat blog tu. Lagi kesian pada orang yang menjadi mangsa penipuan id tu.Beribu kali kesian pada orang yang post komen menggunakan ayat-ayat yang sangat tidak sedap dibaca. Siap ugut-mengugut.

Benarlah apa yang pernah dikongsikan oleh Syed Munawwar. Small people talk about people, Medium people talk about event, BIG people talk about idea. Walau sebanyak mana pon komen yang dapat or pandangan yang dilontar. Tetapi hanya menampakkan aib diri, tak berbaloi kot. Alangkah baik jika kita mendapat isi bukan kulit. Atau sebaliknya, kita memberi isi bukan kulit.



Dengan mengambil langkah memekakkan persepsi, membutakan pengalaman, cuba mengambil langkah untuk tidak melatah. Pikir masak-masak sebelum bertindak balas. Buat penilaian dimana nilainya. Budaya gopoh hanya mencerminkan nilai diri yang lemah. Bak kata orang ;

Jangan dengar dan baca apa yang kita mahu dengar dan baca sahaja.
Dengar apa yang orang mahu kita dengar.
Dengar apa yang sepatutnya kita dengar.
Jangan dengar hanya pada perkataan sahaja.

Manusia kulit berbicara dengan mulut dan telinga. Manusia isi berbicara dengan hati. Komunikasi kulit hanya meletakkan nilai sesuatu hanya pada pandangannya. Komunikasi isi menggunakan keseemua kemahiran yang ada.Dengar dahulu pendapat-pendapat yang datang kepadanya.Kemudian membuat pertimbangan.Lalu memilih dan komited pada mengikut yang terbaik. Kerana melalui hati itu kita bersabar dalam mendengar, jika hanya hati itu diperebaiki.

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.(Al-Zumar 39:18)


Sepertinya aku ini seorang pakar motivasi pulak.Woha!Eh bukan la. Aku hanya mencari ruang memotivasikan diri. Kerana hati itu tulus dalam menzahirkan siapa kita^^

Do get the point, not the points!

Lalu aku pon menyanyi..

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...

Chaw dulu ..
Berhati-hati k..
Wassalam







This entry was posted in

0 comments:

Catat Ulasan