12 Disember 2011

Pak Pandir..

Sewaktu kecil, kita selalu disajikan dengan cerita Pak Pandir. Seorang yang dikenali dengan sifat kebendulan yang teramat melampau. Mempunyai seorang isteri yang terpaksa menderita akibat ke'bendulan' yang ada padanya dan telah kehilangan anak akibat juga dari kebendulan yang ada pada dirinya. Kisah kebendulannya;

Suatu hari, Pak Pandir pergi panggil wartawan untuk datang ke rumahnya. Bila Wartawan-wartawan itu sampai, mereka pun bertanya apa yang begitu menarik di rumah pak pandir ini.

Pak pandir pun kata, "Tengok ni, aku tanam pokok rambutan tapi keluar pokok ubi kayu... hehehe."


Wartawan pun rasakan yang kejadian ini amat pelik. Dia mahu Pak pandir menceritakan tentang kejadian ini. Pak pandir pun katakan, "5 bulan dahulu, aku tanam pokok rambutan di sini. Aku ingat lagi kerana aku letakkan tandanya di sini." Wartawan itu pun bertanya, "Dengan apa pakcik gunakan untuk tandakannya"
Pak Pandir pun jawab, "Kayu Ubi..."

Dia selalu diketawakan sebab dia tak tahu banyak benda. Kerana dia tak begitu bijak orang menggelarnya bodoh. Dia bodoh sebab dia selalu tidak berfikir ketika membuat sesuatu. Atau dia tiada otak? Mustahil. Even binatang pon ada. Argh!! Abaikan..

Bukan Pak Pandir itu yang aku nak cerita. Tapi Pak Pandir milllenium yang kian jauh menyepi. Menyepikah? atau aku yang memang tak amik taw. Pak pandir yang itu kuat berangan, Pak Pandir yang ini pandai menggubah lagu. Pandai juga menyanyi. Lirik yang mudah dan ringkas tetapi sangat kena dengan realitinya.  Oleh yang demikian, jom dengar sikit lagu dari Pak Pandir nie..



0 comments:

Catat Ulasan