2 Disember 2011

Salah ke saya seorang K.I.D.A.L?


Pertama dan selamanya, saya adalah KIDAL.Siapa kidal sila angkat kaki. Ok, sekarang korang boleh blah. Hehe, jangan la marah gurau jer. Bagi orang cina, melayu celup or India yang tak taw apa tu kidal, meh sini kawan habak mai. Kidal ni terjadi apabila pengunaan anggota kiri lebih dominan dari anggota kanan. Misalnya korang menulis, menaip, lempang orang, pegang sudip,pisau,sudu dan yang sewaktu dengannya, lalu tenaga keupayaan itu disalurkan pada anggota kiri. Maka jadilah kamu makhluk yang KIDAL.

Semestinya siapa yang kidal ada merasa kesusahan masa tadika or kecik-kecik dulu. Bila cikgu or mak nampak kita tulis pakai tangan kidal, kompen kena usha pelik. Pas tu pelan-pelan datang kat kita and bagi ceramah free soh guna tangan kanan. Bila cikgu da tak ada korang pun tuka balik guna tangan kiri. Haha biasa la tu, memahami.Tak lupa jugak bila tiba part gunting- menggunting. Peh! sakit ati gak. Nak kata gunting tak lut, tajam jer aku tengok. Pas tu berangan pulak tu nak guna pen dakwat basah. Amek kau, comot terus buku.Kiki..Itu la antara masalah yang dihadapi. Banyak lagi tapi cukup la stakat ini. Nanti nampak sangat merungut.

Tapi nak buat macam mana, menjadi sunnah memuliakan yang kanan. Itu yang terbaik.Banyak hadith yang citer pasal keutamaan kanan, antaranya
Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).”
dan ini,

 Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri." Sahih Muslim
 Memang kita yang kidal tak mintak dilahirkan kidal.Tapi pernah tak terfikir hikmah dilahirkan kidal? Sape taw? Aku pun tak berapa nak taw. Tapi bila difikir balik,apabila sesuatu yang susah itu dilawan untuk menjadi lebih baik, tak ke satu mujahadah tu. Righ handed mane dapat rase mujahadah nie. Lagilah kita buat ni sebab nak ikut sunnah nabi. Sebab kite kan sayang kat nabi kita, so buatla.Tak ke berganda-ganda lagi manfaatnya tu. Hee, sorry ye for all righ handed. Sajee je ayat nak sedapkan ati. Walaupun kadang-kadang lupa gak terrguna tangan kiri. Terpaksa la cover balik guna kanan.


Tiada perintah Allah dan anjuran Nabi yg tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yg melihat dgn mata hati keimanan sahaja yg dapat memahami. So, marilah Si kidal sama betulkan apa yang perlu. Tak dapat betulkan sumer dapat yang sunnah sangatlah ok. Apa yang sunnah tu? Ermm..panjang pulak nak taip, Secara ringkas yang difahami. Sunnah tu apap yang nabi buat kita ikut. Sunnah ada 3 bahagian. Penampilan nabi- janggut, serban , minyak wangi, celak and etc.Cara hidup- Kawin ^^, cara makan, masuk tandas, solat and etc dan Pemikiran-berfikir la hikmah sesuatu tu kenapa begini dan tidak begitu.

Itu je la yang aku leh share. Tak salah pon jadi kidal, cuma yang mana rasa perlu dikanankan sila la kanankan.
Yang lain tu boleh la tanya yang arif. Salah silap tersinggung hati harap maaf. Especially yang left handed. Marilah kita jadi si Kidal yang bermujahadah. Fighting! 

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA
 A bit to share pasal si KIDAL nie. ENJOYED!


Scientific Left Handed Facts

  • Make up between 5% and 10% of the population (depending on who you ask)
  • More likely to have allergies
  • More prone to migraines
  • More likely to be insomniacs
  • Use the right side of the brain the most
  • Three times more likely to become alcoholics – the right side of the brain has a lower tolerance to alcohol!
  • More likely to be on extreme poles of the intelligence scale
  • Tend to reach puberty 4 to 5 months later than right handers
  • More likely to suffer stuttering and dyslexia
  • Twice as likely to be a man
  • Better at 3D perception and thinking
  • Better at multi-tasking
  • Live on average 9 years less than right handed people
  • 39% more likely to be homosexual

Interesting Left Handed Trivia


  • Make especially good baseball players, tennis players, swimmers, boxers and fencers (almost 40% of the top tennis players are lefties)
  • Celebrate left handed day once a year – August 13th
  • Draw figures facing to the right
  • Recover from strokes faster
  • More likely to pursue creative careers
  • Of the seven most recent U.S Presidents, 4 have been left handed
  • Left handed college graduates go on to become 26% richer than right handed graduates
  • On a QWERTY keyboard there are 1447 English words typed solely with the left hand, whilst only 187 are typed with the right hand.

Bizarre Lefty Titbits


  • Adjust to seeing underwater quicker
  • Less able to roll their tongue than a righty
  • Nails grow faster on the left hand than the right (fingerpicking advantage anyone?)

Ada lagi, cuba baca yang kat bawah ni.....

Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :

1. Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.


2. Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes.


3. Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia.


4. Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun.


5. Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis.


6. Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius.


7. Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel.


8. Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno.


9. Ned Flanders - Salah satu tokoh dalam siri animasi "The Simpsons".


10. Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.


Dan berikut merupakan beberapa tokoh terkenal lain yang turut kidal:

Pemimpin Negara : Saidina Umar Al-Khattab, Napoleon Bonaparte, Presiden George HW Bush, Fidel Castro, Hugo Chaves, Bill Clinton , Ronald Reagan, Barack Obama, Putera Charles , Putera William dari UK, Benyamin Netanyahu, Harry S. Truman, Victoria dari Britain

Orang Terkenal : Bill gates, Oprah Wenfrey, Felipe Colderon, Michael bloomberg, Lord Baden-Powell (founder gerakan Pramuka)

Ahli muzik dan Bintang Filem : Jimi Hendrix, Kurt Cobain , Paul McCartney, Babe Ruth, Tony Iommi(Black Sabbath), Dominic Howard (Muse), Ringo Starr (Beatles), Zacky Vengeance, Phil Collins (Genesis), Tom Cruise, Julia Roberts, Tom Cruise, Slyvester Stallone, Bruce Willis, Keanu Reeves, Raphael, Robert DeNiro, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Noel Gallagher (Oasis), Oscar DeLa Hoya, Valentino Rossi, Morales Patricio, John McCartney (Beatles), Kurt Cobain ( vokalis dan gitaris kumpulan musik Nirvana), Inoran (gitaris kumpulan muzik Luna Sea), Nicole Kidman

Atlet Sukan : Monica Seles, Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal, Diego Maradona

Saintis: Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein

Seniman: Michelangelo dan Leonardo Da Vinci

Tokoh-tokoh sejarah: Alexander Agung, Charlemagne dan Julius Caesarp/s: jangan lupa kita pun ada Man Kidal! -APiz-


K.I.D.A.L-Kiri Dari Lahir

0 comments:

Catat Ulasan