11 Disember 2011

Aku,Permainan dulu dan sekarang

Gambar adalah hiasan semata
Budak sekarang sibuk dengan angry bird. Mane-mane ada je barang yang promote angry bird nie.Dari doll,keychain, kotak pensel, baju, file, sampailah ke makanan. kalau boleh sumer nak ada gambar Angry Bird. Dulu takder benda-benda ni. Tak main la burung olok-olok nie.Original mari. Lastik buat sendiri . Target pulak  bukan takat burung je,cicak,monyet n ayam yang lepak kat pokok jambu sumer kena.

Budak-budak zaman sekarang nak main masak-masak rilex je. Beli je  barang mainan memasak kat kedai. Pastu masak la sayur plastik, ikan plastik, kek plastik. Makan pon makan plastik.^^. Dulu, guna barang masak yang mak dah tak guna. Masak ape?Masak Kuih.Amik tanah or pasir letak air. uli-uli, kepal-kepal  past jemur kat bawah matahari (konon masuk oven la). Nak best lagi, ada watak mak, ayah and anak. Mak masak, ayah g pasar beli barang .Konon-konon daun tu duit, batu tu ikan, kayu tu ayam.Huahuahua.Anak pulak g sekolah.

Budak sekarang nak main tembak-embak leh beli pistol mainan guna peluru olok-olok or main paintball. Dulu aku guna pen jer. Cabut bahagian depan and belakang pen. Amik badan dier. Carik kulit duku pastu tekap kulit duku kat depan and belakang pen. Amik lidi, jolok salah satu lubang yang dah diisi dengan kulit duku tu. Tembak la sape yang korang nak. Tapi berbintat la kalu kena. Lagi kalu targert kena kata adik aku. Mau melalak pastu ngadu kat mak. Habis aku nyer senjata kena rampas lalu masuk ke dalam tong sampah.

Budak sekarang datang umah kawan pakat main PS, pomen moto.Kalau pompuan masuk bilik gosip. Ajak keluar lepak kat shopping komplex.Aku dulu, gilir-gilir ngan kawan datang umah deorang masak gula tarik. Tak pun pakai inai. Dulu inai tak der instant, Kena petik kat pokok, tumbuk,letak nasi,arang n limau. Tak abis ngan tu, carik pulak kain perca wat batu seremban. Pas tu lawan sape pali terror main.Tak pun lumba tarik upih, tak pon main roundes guna kayu tak pon papan and bola pulak pakai bola tenis.

Budak sekarang kalau rase nak g berenang confirn carik swimming pool. Tak pon water park. Aku dulu mandi parit kat depan umah jer. Nak terjun kuak lentang ke, mandi sampai malam pon tak kesah. Sebab air bersih and dalam. Tapi sekarang jangan harap la.

Sekarng orang sibuk ngan basikal piksi konvoi ramai-ramai round bandar. Dulu aku konvoi gak naik basikal, tapi bukan piksi la. tak wujud lagi basikal tu. Basikal g noreh getah yang gedabak tu adalah. Abang  and adik laki aku naik basikal mountain bike yang ayah aku beli guna duit yang deorang dapat time dier sunat. Aku and kakak aku naik basikal yang selalu nyonya guna g pasar.Konvoi bukan round bandar, tapi masuk kebun kelapa sawit orang, keluar kebun jumpa  kampung lain. Syok giler, Siap bawak beg isi bekal lagi. Jemput-jemput ikan bilis.

Budak sekarang rekreasi pegi rockclimbing. Pakai alat keselamatan bagai. Lengkap sumer. Dulu aku, panjat gak.tapi pokok jer. Dalam family kitaorang, bukan laki je yang boleh panjat-panjat. Pompuan pun x der masalah.Panjattt. Pokok katt tepi jalan. orang usha pelik je. Lagi la musim rambutan. Takder nak guna galah nie.Kiki. Klako bila pikir balik.Habit aku kecik-kecik time bulan puasa waktu petang. Amik bantal, panjat pokok sukun, tidor atas pokok tu. Berangin jer.Syok..Hilang sumer lapar dan dahaga.Woha!

Budak sekarang kumpul ngan kawan pergi shopping komplex main bowling. Dulu aku ada gak mainan macam nie, Tapi bukan guna bola bowling, guna kelapa jer, pin dier guna botol isi air. Dah boring tuka pulak main baling selipar. Habis selipa mak aku jadi mangsa.Sampai gaduh main sebab main tipu.

Bestnye bila dikenang balik zaman kanak-kanak dulu.Kenangan indah belaka.Bila tengok anak-anak jiran main baling selipar jelez pulak. Macam nak join jer. Nak cerita memang tak abis. Semoga tak luput mainan taradisional nie dek perkembangan permainan moden yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

1 ulasan:

  1. tengah BW, jumpa la blog yang citer pasal zaman skolah dulu2..waah lagi banyak kenangan time tu..leh usha sini..http://hudsonnfi.blogspot.com/2011/12/kenangan-waktu-zaman-dahulu.html?spref=fb

    BalasPadam