23 Disember 2011

Antara 2 Darjat...Siapa paling berdarjat?

Penganggur di Johor dihukum penjara 2 tahun kerana mencuri 6 botol syampu sementera Khir Toyo dipenjara 1 tahun kerana rasuah 3juta. 
Khir Toyo dipenjara setahun, hak ke atas hartanah dilucutkan  
2011/12/23-berita harian 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dipenjara setahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima barangan berharga tanpa balasan Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini. Hakim Datuk Mohtarudin Baki turut memutuskan perlucutan hak tertuduh terhadap dua lot tanah dan rumah berkenaan dan diserah kepada Kerajaan Malaysia. Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan dan pembelaan. 
Bagaimanapun, Mohtarudin membenarkan permohonan pembelaan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Tak berapa jelas? Baca nie pulak.. 

Mahkamah hukum Khir Toyo dipenjara 12 bulan 

SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd  melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.   

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Written by Harakahdaily  

 Ok, sekarang pesalah yang ini pulak,

JOHOR BARU: 

An unemployed man was jailed two years for stealing six boxes of shampoo worth RM107.40 at a supermarket.

Nor Azmi Mohd Amin admitted to committing the offence at the supermarket in Taman Kota Masai at noon on May 20.

DPP Tan Poh Vun prosecuted before magistrate Mazana Sinin while the accused was not represented.


Tak nak komen panjang. cumanya aku selaku budak hingusan nie rase macam ada tak kena je ngan pengadilan kes nie. Terasa tinggi pulak darjat En. Khir Toyo tu kan.Aku selaku rakyat hanya inginkan pemimpinku melakukan keeadilan dan kesaksamaan.

Dengarlah apa yang Allah ingatkan Nabi Daud tentang kekuasaan. Firman Allah: (maksudnya) 

“Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Surah Sad: 26)

0 comments:

Catat Ulasan