Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmiah. Papar semua catatan

18 Mac 2012

DISOAL, YAKINKAH?

Gambar adalah hiasan

Maya Karin disoal oleh Aaron Aziz...(bukan soalan seperti dialog diatas). Tetapi seperti dibawah;

"Apa itu aqidah?"

Lalu dia menjawab " Satu ikatan atau simpulan. Dalam erti kata lain, satu prinsip hidup"

5 Februari 2012

Presenter presenting the presentation...(*_^)

 Assalamualaikum w.b.t

" Banyaknye presentation..." 

Itulah keluhan yang selalu dilontarkan oleh budak-budak BAVM (Bachelor of Aviation Management) sem 1 2012. Hakikat yang harus diterima. 

Masih segar di ingatan sewaktu presentation subjek Fundamental English berlangsung. Semua kmpulan terpaksa membuat pembentangan semula tajuk masing-masing akibat ketidak puasanhatian lecturer pada mutu persembahan kami.

This entry was posted in

4 Februari 2012

RASULULLAH S.A.W-Happy Maulid Day's

Recommended book-Just finish reading it


Let's revive our memory...


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

This entry was posted in

4 Januari 2012

Task : Menyeru, peritkah...?


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah selesai sudah aku membaca artikel yang aku dapat 1 minggu yang lalu. Da seminggu baru nak baca? Eh..tak delah tunggu seminggu baru nak baca. Da baca awal-awal lagi time dapat task nie. Cuma tang nak wat ulasan tu baru nak stat arini. Hampeh kan..procrastination is a thief of time. Kene ubah nie.

Berbalik pada artikel, what i need to do is..aku kena ulas apa yang orang ulas dari penulisan Fethullah Gulen. Hmm, macam maner tu? Macam tu la, macam mana lagi. Ayat sengal. Astarghfirullah, abaikan je. Before aku start aku nyer ulasan yang dangkal nie, kena la taw gak kan siapakah gerangan  En. Fethullah Gulen ni?  Arabkah, Italian ka? American ka? atau orang Malaysia? 


FETHULLAH GULEN


Sejujurnya aku tidak mengenali hamba allah yang bernama Fethullah Gulen ini sehinggalah tugasan diberikan. Alhamdulilah, syukur aku dipertemukan dengan mereka. Oleh yang demikian, izinkan aku berkongsi sedikit apa yang aku tahu supaya mereka yang tidak tahu seperti aku mulai mengambil tahu.

Fethullah Gulen, anak kelahiran Turki,ada yang mengatakan beliau antara ulama' dari Turki, ada juga yang mengelarnya cendikiawan muslim  yang anti keganasan, pemikir, penulis, dan juga aktivis pendidikan.  Beliau juga banyak melontarkan pemikiran tentang pembaharuan di dunia islam. Targetnya semestinya mahasiswa dan mereka dikalangan pelajar sekolah. Dianggap sebagai pengimbang antara pemikir islam yang berfahaman radikal dan radikal yang menjadikan beliau boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan agama. Pemikiranyannya juga banyak dipengaruhi oleh cendikawan islam seperti Syeikh Syed Nursi dan Imam Al-Ghazali

"Saya selalu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang rendah hati. Qur'an mengajarkan bahawa umat manusia diciptakan untuk mengakui dan menyembah Allah . Dalam dimensi dunia, umat manusia diminta untuk menghindari pertikaian dan pertumpahan darah. Untuk menyantuni semua makhluk dan manusia dengan rasa kasih sayang. Inilah falsafah saya ..." kata Syeikh Gulen.

DAKWAH

Mungkin ada sesetengah orang memandang ianya sesuatu yang diluar bidang kuasa mereka. Tak kesah la sama ada mereka seorang pelajar, tukang kebun, guru, pencacai ditepi jalan mahupun pemimpin tertinggi sekalipun, dakwah itu tetap perlu dikembangkan.Ianya satu kewajipan.Dalam ulasan artikel ini ada menyebut bahawa 'Setiap individu tidak akan pernah kekal kesetiannya pada perintah-perintah agama, kecuali jika ia bersedia menegakkan amar maaruf nahi munkar'. Makna mudah, kalau nak jadi muslim yang taat agama kena lah berdakwah.

Tapi dakwah tanpa kerelaan hati mungkin akan 'kelaut' perginya. Dengan adanya kerelaan hati, barulah akan munculnya bibit-bibit  istiqamah. Tetapi istiqamah itu datangnya dari peribadi yang teguh, yang menjaga iman dan dakwahnya sebagai amalan. Bukan mereka yang mencari kehidupan dunia semata. Dakwahlah dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara dengan hikmah. Nescaya mereka itu termasuk yang menjaga 5 perkara -Agama,Akal,Keturunan, Harta dan nyawa.

MEHNAH DAN TRIBULASI

Lama sungguh tidak menggunakan perkataan ini. Ujian dan cabaran memang tidak lekang buat mereka yang 'menyeru'. Pendakwah itu umpama kayu uji. Ingin memprotes statement ini? Silakan. Yang pastinya ujian itu datangnya dari Allah, dan berbahagialah mereka yang diuji. Kerana Nabi Ibrahim alaihisalam pernah dilempar ke dalam api sebagai ujian, begitu juga batang tubuh Nabi Zakaria alaihisalam pernah digergaji atas sebab seruan dakwah. Nabi Isa dan Nabi Yhya alaihisalam juga diuji dengan ancaman bunuh sedangkan mereka adalah seorang Nabi. Dimanakah kita? Apakah ujiannya? Gagal peperiksaan? Kekangan ibubapa? Kurangnya harta? . Sama-sama mengingatkan, bahawasanya berbahagialah mereka yang diuji. Syukur juga kamu diuji.

Berbahagialah kamu tidak berarti dakwah itu dipandang enteng. Sesungguhnya ianya suatu yang berat dan mencabar. Jika tidak masakan rasulullah yang kita cintai ada menyatakan..

Baginda bersabda kepada Aisyah R.A

"Aku telah menerima tentangan dan ancaman dari kaumku dengan sangat keras"-Sahih Bukhari

TIADA KESANNYA?

Atsarnya tidak sampai. Kata-kata sang pendakwah tidak lagi dapat menyentuh hati. Apalagi meninggalkan bekas dihati.Ibaratnya mencurah air gula di lautan masin. Sia-sia. Mana salahnya. Mungkin mereka kuang mengorbankan dan berkorban. Mereka bukan orang-orang yang ikhlas, tapi para pengejar dunia yang menjadikan dunia tambatan ehidupan mereka. Memanipulasi agama sebagai kuda tunggangan untu mecari kebahagiaan dunia. Aduh. Tajam sungguh ayat yang diungkapkan oleh Syeikh Fathullah Gulen ini. Tajamnya itu perlulah dinilai agar kesannya sampai dihati.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
[ 9:111 ]

Jika ditanya mengapa mengapa umat makin jauh dari agama. Kesesatan, maksiat dan dosa semakin berleluasa? 
Kerana pendakwah bukan teerdiri daripada  merka yang ingin menegakkan yang maaruf dan cegah yang munkar. Tidak ke kiri mahupun kanan. Tetapi ditengah. Mungkin itu satu lontaran taujihad dari seorang pemikir dari Turki buat para pendakwah. Perlu diambil perhatian mungkin. 
Kutip segala sirah nabi untuk dijadikan tauladan .Semoga dengannya lebih kita memahami bahawa seruan itu amat derita, tetapi derita itu manis dipenghujungnya. Inshallah.

Aku hanya manusia biasa.Tapi walau siapa pun anda. Anda tetap membawa tanggungjawab itu. DAKWAH~



11 Safar 1433 hijrah,
5 Jan 2012 masihi



This entry was posted in

22 Disember 2011

Tugasanku: Baitul Muslim a.k.a Kawin

Hiasan
Aku mahukan yang cantik seperti Nealofa.Memilika mata yang bulat iras Heliza. Sopan santunnya bak Siti Nurhaliza. Solehahnya pula umpama Siti Khadijah. Mungkin itu ciri-ciri calon isteri Idaman lelaki malaya dulu kini dan selamanya. Tidak salah menyimpan angan tinggi menggunung, tapi biarlah setanding tingginya kapal terbang di awan.

Bermadah pulak aku nie. Bukan itu yang aku ingin bicarakan. Menerima kunjungan sahabat ke rumah ditambah pula panggilan telefon dari sahabat jauh nun di Sarawak membuatkan hormon gembira itu melingkar.Masih utuh ukhwah yang terjalin walau tiada mesej sapa diterima. Syukur ya tuhan, aku gembira. Diberikan sahabat yang mengingatkan.
This entry was posted in

16 Disember 2011

Bahana takut, K-pop dan hati..

Membaca entry yang ditulis oleh Chedet sedikit sebanyak menjadikan aku sedikit takut. Apa yang ditulis adalah bekisar akan sikap,perasaan, dan perihal TAKUT. Bukan aku takut pada penulisan chedet, tapi takut membaca sesetengah  komen yang dilontarkan. Saling salah dan menyalahkan, tak kurang juga menyindir . Tak salah mengkritik tapi adalah lebih baik jika kritikan itu yang membina.Apapun semoga kita tak tergolong dalam golongan yang cintai dunia TAKUT mati (al-wahn).
This entry was posted in

10 Disember 2011

Makin Tahu Makin Tak Tahu?


Berdakwah tapi takde Ilmu?-kisah benar yang telah aku tokok tambah untuk memudahkan jalan cerita

Pada suatu hari, dihalaman sebuah masjid yang masih dibenarkan bilal mengaji menggunakan speaker sebelum subuh, aku terjumpa seorang kawan, (asal jumpa kawan jer masjid, asal masjid jer jumpa kawan, macam alim sangat aku ni) lalu kamipun duduk lepak kejap di tangga masjid sambil berborak isu isu semasa laksana mamat dan minah berborak di wall facebook,

This entry was posted in

8 Disember 2011

Buku, Membaca, berfikir dan Ilmu


Baca tajuk je da bajet macam aku nie ulat buku la pulak. Tak pe la. Mula-mula bajaet je, lama-lama jadi realiti harapnye. Bicara pasal buku nie, teringat aku pada Seorang pengacar comel lote katt TV1 nie. Orangnya kecik-kecik, pakai cermin mata, cakapnya confident jer. Memang nampak la yang dia nie berilmu berdasarkan tutur bicara dan patah perkataan yang keluar dari mulut dier.Seorang yang simple. 
This entry was posted in

5 Disember 2011

30 November 2011

Kematangan mahasiswa dinilai


"Baru-baru ini setelah Seksyen 15 AUKU 1971 dipinda, Mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas dibenarkan berpolitik."


 
Ini adalah dari petikan akhbar tempatan. Mungkin ini antara komen yang akan diterima..

" AUKU?..Aku tak campur politik nie. Masuk U nak belajar bukan brpolitik"..kata Mahsiswa cemerlang

" Nah..amik kau, nak sangat kan mansuhkan AUKU.Betapa prihatinnya kerajaan dalam memahami aspirasi rakyat dan (menunjukkan) bagaimana kami mendengar suara mahsiswa.."..kata pro- kerajaan


"Ini mesti ada agenda tersembunyi ni, PRU 13 kan dah nak dekat. Nak pancing undi la tu.."..balas pembangkang

" Smoga anak aku berjaya dalam pelajaran..dapat jugak tolong waktu tua nanti.."..kata ibu kepada Mahasiswa

"..dah nama pun penykong  pembangkang...bagi peha nak betis...bagi betis nak badan pulak..mereka akan terus mengkritik kerana mereka tak reti bersyukur...kalau pelajar UiTM pembangkang lagilah malu! Tak sedar diri for biting the hands that feeds u.."..dari mahasiswa yang emosi

This entry was posted in