17 Mac 2012

MY BUFDAY ^^


Alhamdulilah, umur meningkat. Amalan tak taw la macam mana. Bawah par ke? Atas par ke? Tapi masih lagi ada kesempatan untuk hidup. Inshallah cuba perbaiki yang kurang, buang yang buruk, lipat gandakan yg baik.

Gumbira rasa hati bila ada yang memberi hadiah tanda ingatan. Dalam banyak-banyak hadiah yang ada, ucapan kata-kata berupa doa agar dipermudahkan urusan, didalam redha ilahi, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan dipertemukan jodoh yang baik adalah yang paling hebat. Alhamdulilah, semoga ianya didengardan diprkenankan oleh NYA.Alhamdulillah, sesungguhnya aku amat menghargai atas nikmat kawan dan saudara seislam yang ALLAH berikan pada ku. 

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Dalam pada menyambut hari jadi ini. aku bersyukur dikurniakan family yang memahami. Masih dikurniakan nikmat ibu, ayah,kakak,abang, dan adik. Lengkap semuanya. Abang ipar,kakak ipar,adik ipar dan anak saudara pun ada. Apabila sama-sama menyambut ulangtahun, ianya sangat bahagia. Bukan kerana menyambut hari jadiku, tapi kami diberi kesempatan berkumpul bersama. Walaupun tiada dalam perancangan, tapi perancangan Allah adalah yang paling baik. Percaya tak? Tak percaya? tak pe, Aku percaya.

Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahim (berhubungan baik dengan keluarga dekat) niscaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam surga yang dijanjikanNya. (HR. Ar-Rabii'). 

Aku mengkagumi sahabat seperti Abu Bakar, setianya ia pada seorang nabi. Aku juga mencemburui keikhlasan kaum Ansar kepada Muhajirin dalam bersahabat. Aku menjumpai kerjasama pada sekumpulan semut yang membuatkan mereka berjaya membawa cebisam makanan yang lebih besar daripada mereka dengan mudah. Tetapi aku bersyukur dikurniakan kawan-kawan dan sahabat, , mereka akan tetap  sahabatku selamanya.

Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:  
"Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim] 

Di kesempatan yang ada, mahu  aku menjadi seorang anak, kakak, adik, makcik dan sahabat yang lebih baik dari semalam dan kelmarin. Makanya, ianya mestilah didahului dengan hati. Hati yang sudah berbintik hitam ini perlu dicuci klorok agar putih sedikit dari biasa. Kalau tak bole dibersihkan semua, biarlah kotoran degil itu hilang. Oleh itu, sabun yang paling mujarab ialah :


Next birthday untuk tahun hijrah ialah 15 Rejab 1433 (5 Jun 2012), sape la agaknye yang ingat kan..hehehe..


Miat
12 pm
24 Rabiulakhir 1433H
17/3/2012

2 ulasan:

  1. @DAYAH

    Uit! x tua la...matang jer..mung ckp org...mung pon same je..tua suda~~^^

    BalasPadam