15 Mac 2012

KERANAMU BOLA SEPAK..


Sewaktu menyaksikan perlawanan bola diantara JOHOR FC vs SELANGOR di stadium Pasir Gudang. Banyak ragam yang dapat disaksikan.Gegendang telinga bagaikan bekerja separuh mati menyerap bunyi gendang yang dipalu dan tiupan trompet yang begitu kuat memecah suasana. Bila kita dah terlalu exited, maka macam-macam boleh jadi..

"Weh! keeper, ko kalau kalah siap la, aku pijak kepala ko.." pak kaduk (bukan nama sebenar) menjerit..

" B$d#%.." balas Adam FB mengiakan..

" Woi! tendang bola pun tak reti..balik je la..." seru Aaron Azizi



Aku dan 3 adikku hanya mampu menyaksikan drama tragic yang menimpa kebanyakan peminat bola di seantaro malaysia itu. Hanya pada mulanya sahaja. Tapi bila da terlalu banyak kata-kata yang sumbang keluar, TIBA-TIBA...

" Astarghfirullahalazim.." jerit adikku ayuni secara tiba-tiba..

"Allahu Akhbar..." balasnya lagi..

Aku agak terkedu bila mendengar dia berlaku sedemikian rupa. Dah kenapa pulak ngan adik aku yang sorang nie. Aku selaku anak Johor agak kurang selesa berada di kawasan yang kebanyakannya adalah penyokong fanatik Selangor. Lebih tepat lagi Selangor fanclub.


Asbab kepada perbuatan adikku itu, terimalah dia satu baling objek padanya. Padan muke. Haha, jahatnye aku nie. Tapi tak patut jugak diaorg ni main baling-baling pulak. Nak baling pun, baling la coklat ke, duit ke, berbaloi sikit.Sakit mane pon, ada gak manfaat. Haish, mendatangkan ini kemarah dijiwa.. -__-"

Biarlah. Benda dah jadi, yg penting Johor menang..Yey!.. Walaupun terpaksa cover line nak sokong..Still BEST. Cuma yang tak best nye bila tengok gelagat penyokong yang agak kureng attitudenya. Kot ye pon semangat janganlah smpi nak gaduh, Kite kan Satu Malaysia. Majulah sukan untuk negara.


Nasihat kepada semua penggemar bolasepak.Sukan bolasepak makin baik prestasinya, biarlah selari dengan penyokongnya. Ada adab yang perlu dijaga, jagalah..malu org tengok. Dah dewasa perangai macam budak-budak. Budak-budak pun lagi elok perangai. Jadilah suri teladan yang baik pada anak-anak. Even dalam sukan sekalipun. Sebab dari perbuatan mereka menilai dan dijadikan contoh.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

BAIKI SIKAP DEMI AGAMA


Miat
15/3/2012
22 Jamadilakhir 1433
4.35 p.m




0 comments:

Catat Ulasan