Bismillahilazi layadurumaasmihi syai'un fil ardi...
Lalu disambung...
man zallazi yashfau' indahu illabiiznih..
Eh? kenapa pelik je bunyi doa nie. Rasenye doa lain yang disuruh hafal semalam. Ni macam ayat kursi je? Soalku didalam hati.
Setelah mneyedari kepelikan bacaan yang dsampaikan, aku pun dengan serta merta menghentikan bacaannya dan mempeerbetulkan kesalahan tersebut. Alhamdulilah, walaupun hanya sepotong ayat, masing-masing berjaya menghafal walaupun mengambil masa yang lama. Cumanya diharap, doa tersebut dapat diamalkan agar tidak lupa dan hilang dari minda.
Doa yang selalu didengar tapi kurang gemar untuk diamalkan dek kekurangan pengetahuan. Jika lagu Aisheteru boleh dihafal dalam masa 10 minit, kenapa tidak sepotong doa yang boleh menjadi pendinding diri. Hanya mengambil masa 20 saat untuk diamal.
Apabila berhadapan dengan situasi begini, hati ini seolah-olah dipukul. Jangan sangka semua orang akan tahu semua benda. Walaupun kita rasa ianya adalah sesuatu yang basic dan sebagai seorang muslim itulah benda yang perlu mereka tahu. Sedarilah bahawa mereka juga manusia yang serba-serbinya ada kekurangan. Setiap dari mereka mempunyai latar belakang serta sejarah hidup masing-masing. Kenapa tidak cuba untuk memahami . Sigh~
Dapat aku lihat wajah adik-adik yang hampa tatkala kawan-kawan masing-masing berjaya dalam hafalan mereka sedangkan mereka tidak. Aku juga pernah berada dalam situasi itu. Sedih bila mengenangkan diri yang serba kekurangan. Tetapi kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita sungguh mahukan kebaikan, inshallah kebaikan yang akan kita dapat.
Berkali aku mengingatkan mereka da aku sendiri,dalam mencari ilmu tiada istilah malu dan gagal. Apa yang penting, keinginan untuk mencari dan mencuba. Bukankah allah melihat pada usaha hambanya. Kita tahu kita ini jahil, carilah ilmunya. Ilmu allah itu maha luas. Jika kita tahu dimana letaknya nilai sesuatu ilmu itu nescaya kitalah orang yang paling beruntung.
Sebagaimana firmanNya;
"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." [QS Al Mujaadilah : 11]
Diakhir program, ada adik-adik yang datang kepadaku,
" Akak macam mana saya nak jadi macam akak" tanya seorang muslimat sambil menitiskan airmata dengan nada yang sayu.
Aku terkedu seketika. Kalaulah mereka tahu seperti apa aku dahulu, pastinya tidak akan terkeluar ayat itu dari mulut mereka. Tak perlu menjadi seperti aku. Banyak lagi yang tak betul pada diri ini. Jadilah diri sendiri. Bisikku dalam hati.
" Kalau kita ikhlas nak berubah , inshallah Allah akan tolong, percayalah" hanya kata-kata itu yang aku dapat kongsikan coz itu yang aku percaya dan aku pegang sampai sekarang.
Apa-apa pun, sangat happy bila tengok adik-adik semangat untuk berubah. Semoga semuanya bergerak mengikut landasan yang betul. Tiba-tiba teringat pada istilah 'biawak' , 'kau ade?' dan 'gaban'. Lawak giler. Mintak dilepaskan 'biawak-biawak' yang sudah lama dipelihara dalam diri. Jom jadi baik,jangan jadi gaban ea.
p/s: sumer exited bila ustaz 'oley' bagi cramah..^^
MIAT
6 Jamadilawal1433
29/3/2012
moga mereka adalah pilihanNya...
BalasPadamizz