12 April 2012

MENCARUT DAN DICERUT


" Pelik la bila dia baik je hari ni. Selalunya ada je perkataan kotor yang keluar dari mulut dia kan. Kenapalah dia suka cakap perkataan yang tak elok ek?" tanya Siti

" Maby dia ada masalah dengan parents dia kot.." jawab Joyah selambe..

" Mungkin tak duit yang ayah dia bagi tu duit haram? tak pun dia minum arak or dia dalam pengaruh dadah..tu yang jadi macam tu" tambah Siti lagi..

" Hmm.. susah nak cakap, benda tak pasti kan, mungkin ya dan mungkin tak. Banyak sebab lain yang buat dia jadi macam tu. Bersangka baik je la. Mungkin dia kekurangan kasih sayang n perhatian.." balas Joyah cuba untuk tidak memanjangkan cerita.

..............................................................................................

Hanya kerana asyik mencela, habis ibu dan ayah mendapat nama. Dicerut oleh kesalahan anaknya. Kalau harum tak ape. Hebat kan penangan mulut jika tidak dijaga dengan sempurna. Semoga kita terpelihari dari berkata yang tidak-tidak. Kerana mulut badan binasa.

Jika diberi pilihan mahu dipuji atau dihina, mestilah semua orang mahu dipuji. Orang akan benci kepada mereka-mereka yang suka dan selalu mebaikngeluarkan kata nista dan caci-mencaci. Honestly, itu adalah fitrah. Fitrah manusia suka kepada kebaikan. Fitrahnya manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dari penciptanya. Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai 'kebebasan memilih', boleh membezakan yang baik dan yang buruk 


Tapi bila ada manusiawi yang menjadikan kata-kata kesat sebagai ruti perbualan mereka, adakah mereka ini dianggap melawan fitrah? Jika iya, maka samakah mereka dengan si pondan dan gay yang hakikinya melawan fitrah. Bagaimana pula dengan 'kebebasan memilih' yang diberikan?

Aku bukan mahu memberi jawapan. Aku bukan cikgu jauh lagi untuk menjadi ustazah. Banyak kekurangan. Tapi let's read about this hadith. Mungkin kita boleh mengambil contoh darinya. Kerana pada dirinya ada suri tauladan yang baik,

Menerusi hadis riwayat Imam Ahmad bahawasanya Rasulullah pernah meninggalkan Saidina Abu Bakar apabila sahabatnya membalas kata maki seorang lelaki.
Lantaran itu, Saidina Abu Bakar mengejar baginda dan bertanya: “Ya Rasulullah. Apabila orang itu terus mencaci diriku, engkau masih tetap duduk di sampingku tetapi mengapa engkau marah dan meninggalkan aku sebaik aku membalas kata makian itu? Rasulullah menjawab: “Ketika kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat datang kepadamu dan menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu. Namun apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan datang di antara kamu. 
“Sesungguhnya aku tidak mahu duduk bersama syaitan dan kerana itulah aku meninggalkan kamu.” Jadi, jelas Rasulullah bukan saja tidak mengeluarkan kata maki kepada orang lain, sebaliknya tidak suka orang menutur kata maki kepada orang lain.

Apabila ada diantara kawan yang asyik dengan hobinya yang mencarut, sukar untuk tidak membenci. Tapi perasaan kasihan yang tebal menyelubungi hati menyebabkan sedikit demi sedikit perasaan benci itu hilang. Kasihan melihatnya berterusan begitu. Hati ini selalu mendoakan agar mulutnya itu berkata yang bermanfaat. Semoga dia menjadi insan yang mampu memanfaatkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Aku yakin, kawan-kawan yang lain juga begitu. Mengharap dirinya menjadi lebih baik. Inshallah.

Allah menjadikan manusia itu berbeza-beza ada sebabnya. Dan yang paling istimewanya manusia ini adalah pada anugerah hati dan aqalnya. Dimana ia digunakan untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikir sebelum terkena, dan berfikir sebelum berbicara. Begitu juga hati, jagalah ia dengan sebaiknya. Coz hati membentuk peribadi, aqal menjaga diri. Maka gunakanlah aqal dan hati yang allah dah bagi seeloknya. Kalau dulu akal digunakan untuk memikirkan  istilah 'carut' yang hebat, adalah lebih baik ianya digunakan untuk mencetuskan istilah yang bermanfaat. Kan lagi bagus. Bukankah akal pada manusia itu suatu aset yang paling berharga. Jika tidak digunakan sebaiknya maka jatuhlah harganya. Harga sekelumit maruah.



Apabila akal dan hati sudah cukup waras dijaga, jangankan mulut, kaki, tangan, dan mata , malah anggota lain juga dapat dijaga. Ingatlah, kerana lidaha manusia bercakaran, kerana lidah manusia bermusuhan dan kerana lidah juga manusia berkasihan. Semuanya ditangan anda. Jika hati sudah bersih, bukan saja mencarut bertukar menjadi pujian, malah ia mampu menjadi satu tabiat yang disukai manusia bahkan kekasih allah. Tak mahu ke menjadi orang yang dikasihi rasulullah?.. Aku mahu!

Ketika Allah SWT hendak menciptakan manusia, Allah SWT memberitahu para malaikat-Nya perihal maksud-Nya: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi orang yang akan membuat kerosakkan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. al-Baqarah: 30) 

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa di muka bumi, dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. al-An’âm: 165)

Wallahualam,


MIAT
21 jamadilawal 1433
13/4/2012


1 ulasan: