Bismillhirahmannirrahim
Minggu lepas aku ke MIAT lagi. Tak tahu kenapa sangat kuat aturan tarikan yang Allah letakkan antara aku dan MIAT. Bukankah ini namanya CINTA. Chia chia. Mengarut pulak dah, sila abaikan. Mungkin kerana pertemuan dengan mereka yang aku anggap seperti adik beradik sendiri walaupun aku sendiri sudah punya adik ;).
Minggu lepas aku ke MIAT lagi. Tak tahu kenapa sangat kuat aturan tarikan yang Allah letakkan antara aku dan MIAT. Bukankah ini namanya CINTA. Chia chia. Mengarut pulak dah, sila abaikan. Mungkin kerana pertemuan dengan mereka yang aku anggap seperti adik beradik sendiri walaupun aku sendiri sudah punya adik ;).
Selesai urusan di MIAT aku bergegas
menuruni tangga hostel puteri menuju ke kereta. Ada janji lain yang perlu
ditepati.Tak tahu kenapa kaki ni tiba-tiba berhenti bila melintasi satu sosok
tubuh seakan terkaku melihat aku. Mata kami bertentang. Shuja'a (bukan nama
sebenar) rupanya. Perlahan dia menuju kearahku lalu salam dihulur dan kami
berpelukan. Secara tiba-tiba dia menangis dibahuku.
"Ahh sudah. Kenapa pulak menangis
ni" aku hanya mampu berkata didalam hati
Tangan Shuja'a ditarik dan kami duduk
dimeja batu. Dibiarkan seketika dia menangis.Dia berhak melepaskan kesedihan
yang dialami melalui air mata yang mana aku akui sukar untuk aku
keluarkan.
" Shu ok? kenapa ni?" aku
memulakan bicara
" Entahlah kak, bila nampak akak je
saya terus rasa nak nangis.." katanya sambil mengelap air matanya yang
mengalir.
Aku diam seketika lalu aku melemparkan
senyuman padanya. Semoga Allah kuatkan hatinya.
" Macam mana jadi SRC? ok tak ?
" soalan itu aku ajukan yang mungkin menjadi sebab dia menangis
" Tak OK.. Shu stress kak.." dia
menjawab
" La..kenapa stress? banyak kerja ye.. " aku cuba
mengorek walaupun aku tahu sememangnya menguruskan manusia bergelar Mahasiswa
ini sangat memenatkan kerana aku pun pernah berada dipos
isi itu.
Satu persatu cerita diluahkan. Setiap
luahan saling berkait. Kesedihan apabila proses perubahan diri disalah anggap
dan 'dihukum' oleh khalayak yang lain menyebabkan air matia itu gugur. Sungguh
air mata itu akan menjadi saksi pada satu penghijrahan kerana Allah.
Bagi seorang yang baru dalam memperbaiki
diri kepada yang lebih baik akan Allah lontarkan 'kasih sayang' kecil sebagai
ujian. Dan semestinya lontaran kecil itu perlu disambut dengan kasih sayang
supaya kita ingat bahawa yang melontar itu memanggil untuk mengingatiNya...
"bila rasa sayang tu lebih besar dari
rasa benci, setiap perkara yang kita buat akan lebih mudah.." aku
melontarkan kata memberi harapan
HIJRAH HADIAH DARI ALLAH
Jika ada Hitam pastinya ada sang putih. Dan jika diadunkan keduanya pastinya muncul sang kelabu. Begitulah aturan Allah. Perubahan dari keadaan hitam akan melalui kekelabuan sebelum menjumpai Putih. Disinilah mujahadah itu terpakai dan ianya ibarat berlian yang menahan tekanan dalam penghijrahan. Semakin diberi tekanan semakin cantik ia dibentuk hingga terhasil berlian yang mahal harganya. Semahal berlian yang diimpikan oleh wanita, mahal lagi peribadi yang Allah bentuk dan diimpikan pula oleh seluruh alam. Bersabar dan hargai setiap pemberian dari Allah. Yakinkan si permaisuri hati agar sentiasa bersyukur pada tumpangan kasih ilahi yang kita tidak tahu sampai bila akan dinikmati. Kelabu tak berarti hitam, padanya ada sebahagian putih dan hitam. Bermujhadahlah kearah yang diingini Allah.
Sebagai mereka bergelar teman, sahabat
mahupun kawan. Ada sebab kenapa nabi mengumpamakan sahabat itu ibarat penjual minyak
wangi dan pembuat besi. Peranan sahabat dan saudara terdekat juga menjadi sesuatu aset
yang berharga buat mereka yang dalam fasa tajdid diri. Hulurknlah tangan dan
biarkanlah mereka merasa kebaikanmu, keikhlasanmu agar nikmat ini dapat dirasa
bersama. Sesekali tidak kita menghukum dan menghakimi mereka dengan label-label
yang membuatkan mereka menyerah dan kembali ke jalan yang buruk. Sedangkn Allah
itu pencipta mereka siapalah kita mencaci ciptaanNYA. Kawal pancaindera yang
ada kerana tarbiah berlaku di mana-mana.
KECIL TAPI BESAR
Dalam setiap satu proses tarbiyah itu
walau 0.1% perubahan sekalipun, ia adalah satu perkara yang paling bernilai
buat diri, keluarga dan kawan-kawan. Boleh jadi dengan perubahan itu menarik
hati-hati yang lain untuk sama bermula kepada kebaikan walau 0.01% perubahan sekalipun.
Dan hakikat sebenar itu adalah kita telah menjadi 0.01% atau 0.1% insan yang
lebih baik dari sebelumnya. Itu adalah hakikat sebenar dalam tarbiyah. Jangan
berhenti belajar berubah walaupun seketika kerana Istiqamah dalam kebaikan
adalah usaha yang Allah tengok dan bukan hasil kerana ia akan datang kemudian.
Percayalah
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka
malaikat akan turun kepada mereka (dengn mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa
takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh
syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu” – (Fusillat 40: 30)
Teruskan bersinar! Itu adalah bahagian
yang Allah beri untuk kamu.
Alifah Ahmad
Banting, Selangor
23 Shaaban 1437
Terima kasih kakak. Shu nak berterima kasih sangat sangat
BalasPadam