Assalamualaikum
w.b.t,
Kata orang,
cinta itu ajaib. Disebabkan oleh si cinta ini, maka terciptalah pepatah melayu
menggambarkan keajaiban cinta - “ Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak
basah”. Masakan mandi itu tidak basah hanya kerana secebis ‘cinta angkat’ yang
mengasyikkan. ”. Bukankah ianya satu yang ajaib lagi mengajaibkan?
Begitu juga
hebatnya sang cinta itu, apabila hanya kerana budi pekertinya yang elok,
menjadikan sesuatu itu jatuh cinta padanya. Hanya kerana kecantikan dan
keelokan paras rupanya, mejadikan ianya dicintai, dan kerana jasa yang dicurahkan,
menjadikan ianya disayangi.Ianya menjadi semakin menarik apabila,ianya ditambah
pula dengan sifat manusia itu yang secarah fitrahnya ingin disayangi dan
dicintai.
Pergh!! tangkap cintan la pulak..
Cinta oh
cinta!
Pyar itu cinta..
Amour juga cinta..
Sarang membawa maksud cinta..
Love is always cinta..
Memang tidak
dinafikan setiap manusia yang punyai hati inginkan kasih sayang, cintakan
keindahan,mendambakan kesempurnaan dan
kekayaan.
Tetapi, sedarkankah
kita, jika cinta itu hadir kerana kecantikan sesuatu, maka Allah-lah yang
paling cantik. Jika cinta itu wujud kerana budi pekerti yang elok, maka
Allah-lah yang lebih elok dan banyak berbudi. Jika cinta itu wujud kerana
keadilan, maka Allah-lah yang maha Adil lagi saksama.
“ Jika kamu hendak
menghitung nikmat-ku nescaya kamu tidak
akan terhitung”
(Surah
Ibrahim 14:34)
Sejauh mana
kecintaan itu kita letakkan untuk mencintai ‘pencipta’ rasa cinta ini? Adakan
seluas air dilautan, sebanyak butir pasir dipantai, atau sedalam lautan
pasifik. Tepuk dada Tanya iman.
Cintakah aku
kepada ALLAH?
Jika sudah
berpuluh tahun hati ini ditambat perasaan cintakan selain-Nya, buatlah sesuatu.
Jika hati ini terpesona akan keelokan rupa sang idola hallyu star. Buatlah sesuatu.
Jika hati ini mencintai kebijaksanaan sang genius einstine. Buatlah sesuatu.
Alifah, buatlah sesuatu..
please..
Mulalah memburu cinta ilahi. Kerana hanya dengan ehsan-Nya lah dapat kita merasai nikmat cinta sementara ini. Mulalah
memburu cinta-Nya, kerana ia adalah cinta yang layak diburu. Dan tentunya ia tidak pernah
mengecewakan.
Ada manusia
yang tidak berkesempatan mengenali siapakah pencipta-Nya lalu mati tanpa merasai
nikmat cinta ilahi. Ada manusia yang bernasib malang dilahirkan tanpa
menemui cinta Allah dan dibesarkan tanpa merasai cinta kepada Allah. Ada juga manusia yang pernah merasai cinta hakiki ini, tetapi nikmat itu hanya sementara. Ditarik kerana Allah berkuasa melakukan segalanya.
" Iman itu bukan angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi yang menetap didada , lalu dibuktikan dengan perbuatan."
Bak kata pujangga, cinta itu memerlukan pengorbanan. Inikan pula cinta Allah yang ingin ditagihi. Kecintaan yang mahal untuk dimiliki, tetapi tidak mustahil untuk dikecapi.
"Aku menurut sangkaan hamba kepada-ku dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepadaku maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-ku dalam kelompok maka Aku mengingatinya dalam kelompok orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil."-Riwayat Bukhari
Semoga ramadhan kali ini menjadikan diriku ini lebih ingin mendekati sang penciptaku. Masih belum terlambat kan? Ya Allah dekatkan aku kepada-Mu..
13 Ramadhan 1433
2/8/2012
1.07 am
MIAT
very3 nice entry..and blog awak comel la..simple n comel sgt..huhu..fllow, jemput singgah.. :)
BalasPadamhttp://farhanabiella.blogspot.com/2012/07/100-untuk-sekali-daftar-prelaunchx.html
@HannaNabiella
BalasPadamThanks 4 ur support n comment..lov 2 visit yours too..