13 Ogos 2012

Perbualan diatas perbualan...


2 biji mata memerhati telatah sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengerjakan solat. Agak lucu melihat telatah mereka. Kalau tadinya baru mengangkat takbir untuk memulakan solat, tiba-tiba ada antara mereka sudah berada didalam posisi sujud. Ada juga yang bersolat tetapi kepala memerhati kawannya di sebelahnya. Kawannya rukuk dia rukuk, kawannya sujud dia sujud.





Klimax pada situasi ini terjadi apabila, dalam keadaan satu saff, ketika mereka sedang bersolat, terjadi satu gurauan dan tolak-menolak antara 2 orang kanak-kanak. Natijah dari perbuatan mereka itu menyebabkan mereka terjatuh dan rakan-rakan yang lain juga turut merasa impak jatuhan itu. Aduhai..


Teringat pula perbualan bersama salah seorang dari anak kecil ini. Perbualan berlaku sebelum masuk waktu isyak.

" Akak, saya nak buang air.." kata anak itu dengan pakaian telekungnya

" Pergilah, bilik air kat luar, tahu kan.." balasku


Seusai dari melaksanakan hajat, anak kecil itu kembali. Melihat dia sibuk memakai telekung, Lalu aku pun bertanya,

" Nak solat ye?.."

Hanya anggukan kepala menandakan ya.

" Da amik wudhu'..? aku bertanya lagi

" Belum.." jawabnya sambil tersenyum..

" Laa, macam mana nak solat kalau tak ada wudhu'? aku bertanya sambil tersenyum

"Hehe..lupa" jawab si kecil itu dengan sengihan lalu berlari-lari anak ke tempat wudhu.


TARAWIH DAN DOA

Seketika kemudian, seusai solat tarawikh 4 rakaat, berlangsung pula tazkirah ringkas. Maka bertebaranlah anak-anak kecil itu mencari ruang untuk bermain. Lalu datang seorang anak kecil meluru ke arahku..


" Akak boleh ke semayang terawih 100 rakaat? " tanya salah seorang anak kecil..

" Boleh.." aku menjawab

" Kalau 40 rakaat?"..lagi seorang bertanya

"Pun boleh.."jawabku

" Kalau 1 rakaat?"

" Boleh jugak.."

Semakin banyak soalan yang diajukan. Format yang sama, hanya bilangan rakaatnya yang berbeza. Ada 8,5,21 semua nombor keluar dari mulut mereka menanyakan akan bilangan rakaat yang boleh dilakukan dalam tarawih. Perasaan curiosity dalam diri anak-anak kecil ini amat tinggi dan soalan yang diajukan seakan menguji kesabaran. Namun tidak patut jika aku menyekat mereka dari melontarkan soalan, bukankah bertanya itu lebih baik?

" Makin banyak kita buat, makin banyak la pahala kita dapat.." akhirnya aku memberi teori paling mudah untuk mereka faham.

" Tapi jangan lupa doa untuk mak dan ayah.." secara tidak sengaja ayat itu terpacul dari mulut..

Mungkinkah kerana mereka itu anak yatim, menyebabkan aku berkata demikian. Agak merisaukan bila ada sedikit perubahan pada riak wajah mereka. Tidak patutkah aku berkata sedemikian? melihat mereka kembali bersolat dengan elok sedikit melegakan. Mungkinkan mereka terasa dengan apa yang mereka dengar? Tidak bermaksud langsung untuk aku membuat mereka sedih, cumanya diri ini merasakan doa seorang anak adalah satu aset yang penting buat ibubapa. Lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang sudah tiada. Doa anak yang soleh amat bermakna bagi mereka.

NIKMAT


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah."(Riwayat Muslim)


Sewaktu berkemas dan bersedia untuk berangkat pulang. Kelihatan anak-anak itu memerhati abang burger disuatu sudut. Lalu aku bertanya.

" Nak burger ?..

"  ...  " Tiada jawapan diberikan

" Nak burger tak? Akak belikan.." aku mempelawa lagi

" ...  " diam juga, tetapi kali ini berserta anggukan mengiyakan keinginan.


Pada permulaannya hanya 3 biji burger yang ditempah, bilangannya bertambah menjadi 10 biji, kemudian bertambah lagi 10. Rezeki abang burger nampaknya malam itu. Dalam pada menunggu burger itu siap dimasak, anak-anak kecil ini begitu asyik memerhati akan aksi masak-memasak yang dilakukan. Amat melucukan apabila stall burger itu hanya dikelilingi oleh anak kecil yang jika dilihat hanya menampakkan kepala mereka dek kerana kurang ketinggian. Tiba-tiba..

" Abang, saya tak nak sayur dengan cheese ye.." sapa seorang budak mengangkat tangan

" Saya pun.." yang lain pula menambah..

" Saya nak sayur tak nak cheese.."

" Saya pun.."..

" Abang, saya taknak sayur, taknak cheese , takna daging.." kata seorang anak kecil yang lain sambil ketawa.

??

Taknak sayur, cheese, dan daging? Maknanya dia nak roti je la.? Aku hampir tergelak besar mendengarnya tapi mampu ditahan kerana keadaan disekeliling kurang sesuai untuk berbuat demikian. Macam-macam kerenah ditunjukkan. Aku memandang kearah abang burger, kelihatan dia agak confuse. Aku menggelengkan kepala tanda isyarat untuk dia mengabaikan permintaan itu. Teringat satu perbualan dengan 2 orang anak kecil yang agak menyentuh hati..

" Lama ke, tak makan burger?" aku bertanya.

" Lama.." jawabnya

Bila last adik makan?" tanyaku lagi

" Tak ingat kak, lama sangat.." jawabnya lagi

Melihat keadaan mereka ketika menjamah makanan, membawa bekalan kosong sewaktu berbuka, malah ketika menanti burger siap dimasak dapat dijangka mereka ini sememangnya kurang dapat merasai nikmat makanan yang enak.


   
MEREKA



Inilah anak-anak kecil yang diperkatakan. Masih ada perbualan bersama mereka. Susuk tubuk yang kecil dan usia seawal 3 tahun mengajar mereka hidup berdikari. Mencari makna dalam diri. Berdikari tanpa perhatian dari ibu dan ayah disisi. Luka dikaki, bisul ditangan dan segala  kesakitan ditanggung sediri. Hanya rakan-rakan senasib menjadi peneman.

Diakhir pertemuan, berbekalkan sebiji burger dan bekalan makanan untuk kakak-kakak  mereka dirumah, tanpa disedari ada airmata yang menitis. Bukan dariku mahupun kawan-kawanku, tetapi air mata dari anak-anak kecil itu. Pertemuan seketika yang memberi makna.

Sumbangan buku dari UniKL Miat

Meingintai sesuatu, Duit raya ^^

"Adik diam lagi. Mak semakin risau...." antara isi artikel yang dibaca

“Ada seorang laki-laki yang datang kepada nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lunak dan kebutuhanmu akan terpenuhi.” [HR Thobroni, Targhib, Al Albaniy : 254]


ANAK-ANAK YATIM KOTA WARISAN,
Disebalik perumahan elit itu,
Tersembunyi 1001 rahsia..

24 Ramadhan 1433
13/8/2012
5.26 p.m
MIAT

2 ulasan: