8 hari lagi menuju 31 Ogos 2019. Yang ke 62 tahun.
Melihat akan keadaan di wadah facebook sepertinya bulan ini bukanlah bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Terlalu tidak sensitif atas perkara yang berlaku.
Semoga Malaysia terus aman damai sejahtera.
Aku tidak membenci bangsa lain yang sudah lama menjadi penduduk dan warganegara Malaysia. tapi aku membenci mereka yang tidak menghargai akan keamanan yang dikecapi lalu mengadu domba dan mengapi-apikan sesuatu demi mencapai matlamat mereka.
Jangan dikhianati institusi beraja kerana disitulah identiti sistem pentadbiran negara kita. Jangan pula dihina Rukun Perlembagaan kerna disanalah rangka dan dasar negara dicorak. Usah dicabar kedaulatan undan-undang andai keamanan yang diinginkan dibumi Malaysia dan akhirnya lahir warga Malaysia yg penuh dengan jatidiri yang tinggi.
Sudah lupakah pada bait-bait ikrar yg diucap setiap hari sewaktu bersekolah.
- Kepercayaan kepada tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopana dan kesusilaan
Salam merdeka buat Malaysia, dari saya rakyat Malaysia.
10.38 a.m
Teluk Danga,
Johor
0 comments:
Catat Ulasan