8 Disember 2011

Buku, Membaca, berfikir dan Ilmu


Baca tajuk je da bajet macam aku nie ulat buku la pulak. Tak pe la. Mula-mula bajaet je, lama-lama jadi realiti harapnye. Bicara pasal buku nie, teringat aku pada Seorang pengacar comel lote katt TV1 nie. Orangnya kecik-kecik, pakai cermin mata, cakapnya confident jer. Memang nampak la yang dia nie berilmu berdasarkan tutur bicara dan patah perkataan yang keluar dari mulut dier.Seorang yang simple. 

 Aii..macam penah jumpa pulak aku nie. Haha..memang pernah pon. Kita orang ada wat diskusi pasal Operate Buku dengan dia. Dialah Syed Munawwar host rancangan Diluar Lingkungan kat tv1. Dulu ada la join satu group or sekolah nie. Name dier Sekolah Pemikir Muda atau dalam bahasa lain Young Thinker. Dengan keahlian 20 orang ,memang membuat kita sangat berpikir. Otak ni seakan melompat-lompat menerima segala input tanpa henti. Antara tajuk yang dibincang adalah mengenai ideologi, falsafah, sistem kehakiman and tak lari jugak pasal politik. Boleh hang kejap la sebab ram kecik. Ahaks!


Masa mula-mula Syed Munawwar nie sampai kat kelas kitaorang nie, aku ingat dia naik kereta honda ke, toyota ke. Yelah la orang TV la kan. mesti ada standard dier . Alih-alih dia datang naik moto je. Dengan jaket hitam sambil menyanda beg yang aku rase macam beg laptop. Sempoi habis wa cakap sama lu. Sampai jer diskusi terus dimulai and dia pon keluarkan sesuatu dari beg laptopnya. Agak terkejut kambing aku bila yang muncul dari beg tu bukan seperti yang aku sangkakan. Beg yang digalas tu rupanya berisi pelbagai jenis buku, Antaranya buku masak, buku falsafah, novel and kraft. Lebih dari 10 buku aku rase. Hebat sungguh bila seseorang tu gemar membaca.

Bila sebut pasal buku nie, S. Munawwar nie ada la share tips macam mana kita nak jadi orang yang suka mmbaca. 1st start dengan buku sinonim dengan minat kita. Kalau minat memasak baca la buku masak, yang suka sport baca la pasal sport. It's lead us to be more close with books. Pemilihan bacaan jugak bergantung pada siapa yang membacanya. BIG. Itulah apa yang dilontarkan oleh beliau. Ada orang kecil, sederhana dan Besar. Yang mana ia didefinisikan pada pemikiran mereka bukan fizikalnya. Apa yang best ialah ungkapan ni, Orang kecil akan baca dan bercakap mengenai orang lain. Oang sederhana akan membaca dan bercakap tentang sesuatu event and orang besar membaca dan berbicara mengenai idea. Memang terasa la bila dia cakap macam tu. Memang bermakna.

Beliau gak ada cakap mengenai ilmu. Kita selalu dengar orang bercakap membaca untuk mendapatkan ilmu. Blogger cakap blogwalking untuk cari ilmu. Pengembara cakap mengembara untuk dapat ilmu.Paham ke kita apa tu ilmu. Berkerut gak la bila ditanya soalan apa itu ilmu? Adakah sejenis kuih berwarna hijau yang disaluti kelapa atau sekor binatang berkaki 4? Nasib baik aku ada baca artikel dari penulisan Syed Naqib Al-Attas yang berkisar perihal ilmu ketika berada dalam komuter masa otw ke program nie. Taw la sikit-sikit nak jawab kalau ditanya.

Definisi epistimologi ilmu yang S.Munawwar g taw kat kitaorang ialah apabila sesuatu itu hadir dalam diri. Memberi makna dalam jiwa. Aku pon dah ingat-ingat lupa da. Notes dier mane tah aku letak. Apa yang penting kat sini ialah proses mencari ilmu tu perlulah mengikut adab dan etika yang betul la kan. Sebab keberkatan mencari ilmu akan menjadika diri lebih menjadi manusia. Memanusiakan manusia adalah sesuatu yang sukar jika manusia itu tiada pemahaman tentang ilmu. 

Itu antara ilmu yang aku dapat la bila diskusi dengan Saudara Syed Munawwarr nie. Selain dia, ada lagi tokoh lain yang aku sempat dengar diskusi dari mereka. Walaupun hanya mampu mendengar dengan wajah blurr. Kekaguman itu timbul menyaksikan kepetahan dan lontaran idea dari mereka. Antaranya ketika diskusi bersama Dato' Anwar Ibrahim, brother dari golongan sosialist , saudara Fathi Aris Omar and moree, Tak igt la pulak nama.


Sejujurnya, masih tak sampai marhalah aku untuk berada dikelompok nie. Dan ini menyebabkan aku mmbatukan diri dan hanya mndengar lontaran idea dari akan-rakan yang lain. But still i'm gaining something even tough not everything. Ahakz!..

That's all for today. Sebelum tu chekidout~

“Definisi epistemologis yang paling tepat untuk ilmu, dengan Allah Subhanallahu wa Ta'ala sebagai sumbernya, ialah tibanya (husul) makna (ma'na) sesuatu benda atau objek ilmu ke dalam jiwa. Dengan memandang jiwa sebagai penafsir maka ilmu adalah tibanya (wusul) diri (jiwa) kepada makna sesuatu hal atau suatu objek ilmu.”
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism





This entry was posted in

0 comments:

Catat Ulasan