20 Disember 2011

Hari meludah Semalaysia..Phuii!


Agak kurang ajar tajuk kali nie..kan?

Mana la tak jadi kurang ajar..

Bukak FB, jumpa orang Phuii!..

Bukak Youtube jumpa orang Phuii!..

Bukak Maharaja lawak, lawak pasal Phuii!..

Baca suratkhabar pun Phuii jugak..

 Hipotesisnya, hari ini hari meludah seMalaysia..Phuii!!


APA ADA PADA Phuii!?

Siapa yang amik tahu pastinya tahu pasal isu ni. Yang malas nak amik taw, kompem la takkan taw. Aku ada mention sikit pasal nie kat post yang lalu. Isu yang menjadi debatan golongan intelek, separa-intelek,non-intelek dan tak ketinggalan budak hingusan yang gemar berkubang diparit turut mengikuti isu ini. Isu yang membabitkan  En. Adam Adli menurunkan bendera gambar PM lalu digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Lalu luahan rasa ketidak puashatian sebelah pihak telah mencetuskan satu syndrom phuii dia kalangan masyarakat. Bermulanya ia di sini..




Marah beno cik abang kite ni yee, Sabo ea bang. Ini semua cobaan.. Cobaan..Lalu Pendekar Mustar berkata, " ini bukan cobaan, ini betul-betul.." sambil menguling-gulingkan badannya di tanah. Eh! apa merepak da, salah channel ni..Sambung semula di saluran yang betul, lalu dibalas oleh video ni..


Haha, macam nie pon ada ka? Layankan je la. Katanya kebebasan dan hak bersuara. Tiada unsur kepartian, hanya penyokong kepada Myspace yang menyuarakan hak-hak datin, Tom & Friends, Lazara dan sepupu sepapat dengannya. Sampai lapar abang tu dibuatnya. Rentetan dari video-video ini. Maka tercetuslah kompilasi ludaha Semalaysia..


BUKAN ITU CERITANYA..

Yup! That's not the points. No phuii, phui!! Jijiks. Tersembur ayaq liur sana sini. Bucuk le ( ayat manja bagi busuk). Kalau adik aku nampak video nie, kompem satu rumah penuh air liur. Phuii! bunyi tu jugak yang akan kedngaran sebagai halwa telinga. Ades, seksa la. Mintak dijauhkan.

Setiap orang ada pandangan masing-masing, yang pastinya akan berbeza. Bagi pendokong tegar UMNO, apa yang En Adam Adli  ni buat pastinya mencemarkan maruah mereka,biadap dan tidak matang. Dan perkara ini tidak mungkin dibiarkan. Harus ditentang. Nak kena ini budak..Wacha! terimalah pukulan pendekar suria baja hitam..yarghh!

Bagi mereka (mahasiswa) yang agak radikal mahukan kebebasan mereka berpendapat tindakan En. Adam Adli sesuatu yang beradap, wira dan ia adalah hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah dicapai.Mereka tidak mahu hanya sikap retorika politik semata-mata.Apabila janji-janji yang ditabur hanya jadi taburan tepung tawar. Lalu mahasiswa berteriakk, aku mahu tuntutanku didengar dan diberi perhatian..itu klimaksnya..Yargh!! Terminator menepis pukulan suria baja hitam, ting, ting.,,i'll be backk..

Dipihak golongan sasteerawan pula, ada yang menyokong dengan berpendapat tindakan En. Adam Adli adalah tindakan yang tidak bodoh dan tidak biadap. Ada juga mengatakan ianya tindakan yang radikal lagi cool..Cool man.Tambahan lagi isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda.  "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai" hujah mereka. Lalu aku mengesyorkan untuk sama-sama tonton filem 'Aku tak bodoh'.

Dan tak ketinggalan penduduk UPSI yang memang sah-sah akan kena tempias En. Adam Adli nie. Pihak MT MPP menentang keras tindakan En.Adam Adli. Ianya mencalarkan imej mahasiswa dan UPSI juga. Memalukan dan mencalarkan imej institusi pendidikan ulung, UPSI, kata mereka.

Itu belum lagi pendapat dari para Dean List universiti yang  berpendapat, belajar perlu diutamakan, dah grad baru pikir politik. Kaasihanilah ibubapa yanh menghantar anak ke universiti untuk jadi orang berjaya, bukan terpedaya. 


HARGA SEBUAH LAMBANG 

Itu nilai yang mereka letakkan pada 'Penurunan sebuah lambang', masing-masing mempunyai penilaian sendiri. Usah jadikan teori bendera sebagai teori kesungguhan mencintai negara. Nak zahirkan yang dah sedia zahir memang mudah. Tapi nak zahirkan yang batin itu, Mashyallah..payah bang, payah kak. Kalau semudah itu, mungkin akan kurang nilainya.

Kenapa nilai yang dipacakkan? Sebab nilailah yang akan membuatkan kita yakin yang kita ini benar, baik dan betul dalam kehidupan. Ianya menimbulkan rasa kesanggupan untuk berkorban dan pertahankan apa yang diyakini itu berharga dalam hidup. Mungkin orang lain tidak bersetuju dengan idea kita, tapi disebabkan letaknya nilai yang tinggi, jangankan cercaan, ugutan pun bisa ditepis rapi. 

Cakap banyak pon tak guna. Biarlah anda dan mereka sendiri yang menilai. Siapa aku untuk menentukan nilai itu. Aku hanya seorang bekas pelajar kolej swasta yang popular dengan kehadiran awang hitam di laman belajarnya. Dihujani hanya berita busuk berkisar awang hitam membuat hal.Tidak pernah merasa khidupan sebenar sebagai seorang pelajar universiti yang jauh dipandang mulia lagi terbilang.

Dan aku juga manusia yang suka mendengar apa yang budak kecil ini perkatakan. Pandangan si cilik ini juga punya nilainya. Mungkin juga perlu komunikasi isi.




Alang-alang nak meludah, meh sini nak kongsi adab meludah..

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW (Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. (Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, meludahlah selalu ke sebelah kiri.

Wallahualam.

Sumber adab ludah : madah tazkirah

0 comments:

Catat Ulasan