22 Disember 2011

Penangan Kari-Pop (K-pop)..

gambar SNSD paling sopan

Kabare?....
Wes mangan opo urong?....
Ngawe opo kue?....
Ngerti?....

Haha,buang tebiat agaknya aku nie..tetibe cakap bahasa jawe. Bajet terreer la tu. Huh, menyampah. Haa..Sape yang paham tu jawab la ea. Yang tak paham tu wat pandai jer macam paham ea. Sajeje nak test kosakata jawa aku yang dah jauh ditinggalkan. Almaklumlah bapak jawa mak pulak melayu. So bahasa jawa tu tak berkembang. Dulu masa arwah nyai aku ada, ade la dengar-dengar deorang bual dalam bahasa jawa.

Haish..dua kali tebiat aku nie..nak citer pasal K-pop, apesal la K-wa yang kuar..tak paham aku. Abaikan jer la ea. Tu just kata alu-aluan dari penulis. Ni nak habaq mai. SNSD ada keluarkan single tebaru. Korang taw tak? Lagu dier boleh tahan la. Bukan The Boyz.Ni baru lagi.
Selalu kalau lagu-agu K-POP nie banyak pasal cinta jer. Tapi yang nie lain sikit la. Well, of coz la kita tak paham bahasa deorang kan. Tapi takpe, msti ada dier nyer translation yang fan dier wat sebagai galakan dan sokongan mereka. Korang bagi la brape bintang yang patut tok lagu ni..

Malas nak cakap banyak...ape kate korang Cekideout!!



Da cekideout? ape macam? ok tak? Aku nak gelak tengok koreografi dier. Sebab ada style bonamana sikit, sorry sorry sikit, ala-ala tarian jawa sikit,gaya dodoi anak pon ade. Hahaha. Yang penting lirik dier memang best.. 

Pintar ngaji,ngaji,ngaji jangan jud,judi,judi..

Terbaek...

Kantoi la dak-dak persentren nei tengok SNSD..Hebat jugak penangan k-pop ek, Kalau tak dikawal dak tahfiz pon leh terpengaruh. Ape lagi aku nie, budak hingusan. Lagi la. Hanyut~Tapi dari satu sudut pandang yang lain, boleh dikatakan ini adalah satu strategi dalam menyampaikan mesej yang baik. Dari sebuah lagu yang hanya hiburan semata-mata ditransformasikan menjadi satu mesej dakwah menyeru kepada maaruf dan menolak mungkar.Ok la tu. Dari tak wat pape kan.

Rentak yang sama,yang membezakan just pelakunya adalah dari kumpulan yang tidak profesional dan tak popular dari persentren. Siapa? SNSG, yup itulah namanya. Bukan SNSD. Pernah jugak akal nie mengetuk, mungkinkan akan ada kumpulan alternatif sebegini yang pelakunya terdiri dari golongan terlatih dan dilatih seperti kumpulan k-pop masa kini yang menjadi idola remaja seluruh dunia,tetapi membawa mesej baik dan bermanfaat. mungkin ke?Nasyid? boleh jugak... tapi tahu ke orang cina apa tu nasyid? macam mana pulak orang india, korea dan jepun..

Biarlah ia menjadi persoalan, cumanya hati ini seakan-akan meronta mahukan hiburan. Bukankah Al-Quran dan zikir itu sudah memadai? Tak perlu semua itu.Aduh..aku harap aku adalah seorang abid' yang mampu melawan godaan dunia. Layakkah aku menggunakan gelaran abid itu?..sakit rasenye menepuk dada  bertanya pada iman..

Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata, 

“Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
(H.R. Bukhari)










This entry was posted in

0 comments:

Catat Ulasan