Hiasan |
Aku mahukan yang cantik seperti Nealofa.Memilika mata yang bulat iras Heliza. Sopan santunnya bak Siti Nurhaliza. Solehahnya pula umpama Siti Khadijah. Mungkin itu ciri-ciri calon isteri Idaman lelaki malaya dulu kini dan selamanya. Tidak salah menyimpan angan tinggi menggunung, tapi biarlah setanding tingginya kapal terbang di awan.
Bermadah pulak aku nie. Bukan itu yang aku ingin bicarakan. Menerima kunjungan sahabat ke rumah ditambah pula panggilan telefon dari sahabat jauh nun di Sarawak membuatkan hormon gembira itu melingkar.Masih utuh ukhwah yang terjalin walau tiada mesej sapa diterima. Syukur ya tuhan, aku gembira. Diberikan sahabat yang mengingatkan.
PERTEMUAN
Rentetan dari pertemuan dan bualan telefon itu, aku diberi satu taklifan. Taklifan untuk berkongsi. Berkongsi perihal sesuatu mengenai Baitul muslim (BM) pada perjumpaan bersama sahabat Ahad ini. Sesuatu yang kekok bagiku. Sudah lama rasanya tidak berkongsi sesuatu bersama mereka.
Ermm..Apa yang perlu, mahu dan harus mereka tahu mengenai BM ni?. Apa yang mampu untuk aku kongsikan bersama mereka?. Sesungguhnya aku bukan insan yang layak untuk bicara tentangnya. Tiada penekanan yang spesifik mengenai tajuk. Hanya Baitu Muslim.
Kalau dari sepintas lalu mungkin ramai yang menganggap ianya berkisar mencari pasangan hidup semata. Dan diekslusifkan hanya kepada mereka yang berusrah,dan untuk mereka yang soleh solehah.Betul ke begitu?
BAITUL MUSLIM
Gambar hiasan |
Bila ditanya oleh kawan yang kurang memahami maksud BM itu, secara ringkasnya ramai akan menjawab kahwin atau mencari teman hidup. Ringkas dan mudah difahami bagi golongan ini. Walau ianya ringkas dan mudah difahami, namun kefahaman secara menyeluruh masih kabur. Ianya bukan hanya berkisar di jinjang pelamin semata, tetapi ianya adalah satu proses membina rumah Muslim yang bermatlamat akhir kembali kepada Allah. Meletakkan semua kembali kepada Allah.
Bermula dari gerbang perkahwinan, ianya diawali oleh pembentukan fardhu muslim dahulu, kemudian disusuli pula dengan satu pentarbiahan lengkap anak-anak. Oh, mungkin ada yang kurang faham apa itu tarbiyah. Biarlah ia difaham sebagai didikan. Didikan yang mampu menghasilkan satu benih yang mencintai Islam dan mahu serta mampu menjadi pendokong Islam. Hasil dari dokongan itu pula mampu mejadikan mereka agen-agen pentarbiahan Islam kepada masyarakat.
Cantikkan? bukan hanya kebahagiaan alam perkahwinan yang dirai, tetapi hadir dari tahap itu ia menuju ke satu tahap yang lain dan seterusnya, hinggalah ianya mampu mengembalikan islam tertegak pada paksinya dan menjadi ia cara hidup yang sempurna buat sekalian makhluk. Indah sungguh jika hidup ini difahami dengan syariat.
CITA-CITA
Nah, bukan semudah itu tanggungjawab dalam mendirikan masjid. Dan tidak sukar jika ianya dibina dengan isi kefahaman islam dan iman.Ipa..ipa..Memang mudah berbicara dan saling berkongsi perihal jodoh, anak dan cita-cita menjadi si soleh dan solehah. Hakikatnya, ianya seperti si buta mencari seekor semut di padang yang luas. Kesabaran, kefahaman, kesanggupan dan keperluan antara satu sama lain menjadikan ianya seakan satu cita-cita yang mampu dicapai.
Teruskan bercita-cita..
kerana cita-cita itu awalan kepada kejayaan..
Aku, si hingusan in juga ada ada cita-citanya.Mahu diri ini mampu mendokong ISLAM. Persoalannya mampukah aku jika mahu itu sendiri masih dalam pencarian.Ya, mahu itu akan hadir bila tahu di cari. Semoga dipermudahkan dalam pencarian tahu,mahu dan mampu.
Sesungguhnya tanpa kuasa dan kasih sayang-NYA, tahu itu tidak kemana-mana.
Aku hanya budak hingusan,
baru ketemu aku ni kat ayat baitul muslim ni...
BalasPadamtunggu ulasan panjang lebar dari epa
BalasPadam@Dayah
BalasPadamHuu..BM tu just nama lain yang digunapakai menggantikan maksud 'Rumah muslim'. istilah jer..
@tanpa nama
BalasPadamAdeh! jangan ditunggu..takut yang ditunggu tak kesampaian..^^