Masa tu aku tengah tunggu train kat kl central. Biasalah, suasana agak chaos, dan huru hara. Ianya akan bertambah kehuru-haraannya apabilah seorang minah nie buat pengumuman..
" Train ke seremban akan tiba di platform 6..bla..bla..bla.."
Maka, berbondong-bondonglah manusia-manusiawi berkumpul untuk menjadi orang pertama masuk ke dalam train. Perkara lumrah di stesen komuter. Termasuklah aku, antara manusiawi itu. Tetapi disebabkan fizikal aku yang agak kecil dan kurang upaya untuk beradu kekuatan tolakan dari manusia lain, maka dengan sekelip mata aku kembali berada di bahagian belakang. Jauh dari pintu masuk train.
Dan keputusan aku, tunggu next train. 5 minit je pun.So, duduklah aku di sebelah seorang mamat india ni sambil memerhati adegan tolak menolak itu berlaku. Tengah dok sibuk memerhati, tiba-tiba, mamat india sebelah aku memulakan perbualan..
" They should move a little bit inside.." mamat india itu berkata sambil matanya memandang ke dalam couch wanita kemudian kepada aku
Dia cakap dengan aku ke? aku menoleh ke arahnya. Sah, memang dia cakap dengan aku. Lalu aku pun jawab..
" Betullah, banyak lagi kosong kat belakang tu.." aku meng'ia'kan
Bermula dari situ,kami mula berbual. Ada certain perkara yang aku tak berapa dengar disebabkan bunyi yang bising. Tapi hanya mengangguk seolah-olah faham.Poyo giler. Tapi dalam sembangan itu, dia ada sentuk pasal servis ktm, dan a bit dissatisfaction about it. Dan seperti biasa, aku lagi suka mendengar dan hanya respon apa yang patut. Biarlah dia yang berbicara.
5 minit berlalu, terdengar lagi suara minah itu. Kali nie agak kurang huru-haranya. So aku pun mintak izin nak mintak diri masuk train dari mamat india tu. Dalam pada tu aku tengok mamat india nie terpusing-pusing kepalanya mencari sesuatu. Ohh, dia cari 'abang ktm' yang jaga line rupanya. Masa tu aku masih duduk lagi disebelah mamat india itu.
" Bang, tadi saya ada mintak tolong kat kawan abang bawa saya masuk train, tapi da terlepas train pulak. Abang tolong bawak saya masuk train boleh" pinta mamat india itu
Tolong bawa masuk train? Aku tengok 'abang ktm' tu pun blur jer. Aku pun pelik gak. Asal nak kena tolong. sumer orang masuk sendiri, kena lah bersesak sikit.
"Tolong bawak?" soal abang ktm sambil berjalan perlahan, dengan tujuan ingin tolong mengiringi mamat india itu masuk train
"No, give me ur back.." pinta mamat india itu, lalu dia berdiri dan mengaut belakang 'abang ktm' yang sudah agak jauh sedikit darinya untuk dijadikan sokongan berjalan.
Aku tergamam seketika melihat mamat india tu. Maha suci Allah aku sangat bersyukur masih dikurniakan kesihatan fizikal. Dia cacat rupanya, nikmat berjalannya sudah berkurangan. Tapi dia masih boleh bekerja ulang alik dari kl ke nilai setiap hari dengan keadaan begitu. Sungguh, ianya sangat memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.
Tiba-tiba aku teringat akan apa yang dibualkan. Dia seorang ahli musik dan ada buat bisnes kecil. Dia akan berulang alik dari kl ke nilai setiap hari atas urusan kerja. Kadang-kadang dia akan stay 3 hari dalam seminggu di nilai .Umurnya 28 tahun dan masih bujang. Sebab aku masih ingat dia ada cakap..
" Selalunya time umur macam saya, ada yang dah kawin dan sibuk dengan anak-anak. Saya masih kerja ulang-alik sendiri.."
Aku masih berdiri di tempat duduk sambil memerhati mamat india itu dibawa oleh 'abang ktm'. Tiba-tiba hati terasa sayu. Dalam kesayuan itu aku tersedar, train la, Naik cepat. Kang ada yang kena tinggal pulak. Aku bawa kesayuan itu pergi bersama, sambil hati ini berterima kasih kerana Allah masih memberi aku nikmat berjalan yang sebelum ini aku hampir kehilangannya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmatmu. Sesungguhnya kalaulah kita rasa kita dalam kesusahan, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah lagi.
Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Aku doakan semoga dia berjaya dalam hidup. Agak kesal tidak bertanya akan namanya.Bukankah itu basic thing dalam perkenalan?. Ala kulli hal, Aku diingatkan Allah melalui mamat india itu..
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.
"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.
Aku selalu lupa .Lupa bila senang, lupa bila kaya, lupa bila sihat, lupa bila muda dan lupa bila hidup. Tapi, kadang-kadang apa yang berlaku di sekeliling kita, jika kita perhatikan dan hayati, sedikit sebanyak akan menjadikan kita seorang insan yang bersyukur dan ber'ingat. Ingat pada kesusahan, ingat pada kesakitan,ingat pada ketuaan, ingat pada kesempitan dan ingat pada kematian.
Inshallah..
Hope satu masa nanti ada la satu couch untuk orang kurang upaya. Kenapa tidak kan, couch wanita sudah ada. Bukankah mereka juga memerlukannya.
Wallahualam.
UniKL MIAT,
28/1/2012
4.00 am
Wallahualam.
UniKL MIAT,
28/1/2012
4.00 am
Muhasabah mode
BalasPadamtibe2 rasa syu bila bace.. nice.
BalasPadamAlhamdulillah..syukur.. masih dikurniakan kesihtn yg baek..
n paling syukur..dikurniakan nikmat iman n islam ..
smoga sma2 muhsbh diri..
teringin plak nk taw sape mamat india tue..smoga dipermudhkan sgala urusan dy.. n diberi hidayah oleh Allah SWT..
@Nur cahaya
BalasPadamAlhamdulilah kan..nikmat yang paling berharga..iman dan islam..cumanya ramai yang tak sedar akan harga yang terletak padanya..
nak taw sape? inshallah kalau diizinkan allah..jumpa la cik nur chahaya abadiey ngan mamat india tu..rajin2 turun kl central ^^..tak mustahilkan..semuanya dalam perancangan allah..