30 Januari 2013

BERTUJUANKAH HIDUP INI

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah selesai sudah satu pertemuan antara senior dan junior. Selalunya apabila seseorang junior memasuki alam pembelajaran yang baru pasti akan berhadapan dengan kerenah kesenioritian yang sudah lam dipupuk, sejak dibangku sekolah. Bagi yang berasrama penuh pasti sudah biasa dengan hal sedemikian dan merasakan ianya amat jelik. Apa pun kejelikan yang dirasai, itulah satu proses taaruf yang perlu dihadapi oleh sesetengah pelajar.

Mungkin itu yang terbaik bagi seseorang pelajar melalui fasa baru dan mungkin juga ianya yang terburuk. Yang pasti, biarlah ianya dilakukan atas dasar mendidik yang disandarkan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Didikan itu apabila disandarkan dengan kasih sayang dan kesabaran pasti memberi sesuatu hasil yang manis. SEMANIS KURMA mungkin.

23 Januari 2013

MEMALUKAN BETUL

Assalamualaikum,

Tarikh appointment yang sepatutnya adalah 12/11/2012, tapi disebabkan tersilap tengok aku hampir pergi checkup pada 12/12/2012. Mungkin aku terlalu teruja  dengan tarik yang kontrovesi tu sampai tersilap tengok. So,terpaksalah aku postpone appointment ngan doktor. Tarikh baru 31/12/2012. 'BEBEH' bak kat Huda,melabelkan aku sebagai 'clumsy'.

31/12/2012,Hospital Putrajaya- Menunggu giliran pada hari tu sangat berlainana. Ini kerana keadaan sangat lancar. Panggilan nombor bergilir-girir bertukar dengan ritma yang sekata. Sangat cepat proses pendaftaran, jika mahu dibandingkan dengan 8 pendaftaran yang lepas. Seusai itu, aku perlu melakukan x-ray di unit pengimejan.

9 Januari 2013

LAUKANA BAINANA

LAUKANA BAINANA - (Seandainya Rasulullah Berada Di Antara Kita)




 Lagu yang menjadi tema Rancangan "Lau Kana Bainana". Satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. 

Kalau rasa-rasa tak kenal lagi kekasih Allah selaku pemimpin ulung kaum muslimin dah lupa akan insan yang bernama Muhammad, aku sarankan korang tengok la rancangan nie. Biarlah ada rasa sayang dalam diri akannya. Ambil tahu sunnahnya dan kenali akhlaknya. Tak akan ada manusia sesempurna akhlak Nabi kita Muhammad s.a.w. Kalau nabi sangat merindui umatnya yang tidak pernah diketahui di akhir zaman, kenapa kita yang tahu akan pengorbanan baginda tidak mampu merinduinya walau sedikit. Sangat rugi bagi kita yang bergelar muslim.