Status fb aku :
"Blk bilik ada sekuntum bunga atas katil..thanks mak ngah n nek mar for da lovely rose :')" — with Syaza Haris and Hidayatul Mardhiah.
Lepas dapat bunga, aku dengan gembiranya men'display' la bunga tu atas meja. Then roomate aku dengan selambe membunyikan 'sound'.
"Takkan nak bagi layu bunga tu atas meja.. Letak la bunga dalam bekas yg ada air, baru segar."
Ha'a kan. Nape la 'lampi' sangat aku ni. Tapi, disebabkan aku dah belajar cara 'cover semula' maka aku gunakan jurus tu untuk sedapkan hati, dengam membalas..
"Maklumlah 1st time dapat bunga..tu yang jadi blur2" sambil mengambil bekas air yang aku baru buang dalam tong sampah atas tujuan yang disuggestkan lalu ke bilik air.
..lalalala...Sambil menyanyi lagu Guns n Roses
Kenapa rose?
Sebab minggu tu adalah "minggu servis penghantaran bunga+coklat+perfume kepada sesiapa sahaja"A.K.A Chocolate day.Tapi bukan untuk kasih-kekasih semata ye. Boleh jadi untuk kawan, lecturer, pak cik guard atau kucing di hostel MIAT sekalipun.
DISEBALIK PEMBERIAN ITU
Aku tak berapa nak tahu la, objektif program yang dibuat oleh kelab nie. Mungkin antara objektif deorang untuk dapatkan profit. Tapi aku tak nak cerita la pasal tu, bisnes deorang, semoga tercapailah apa yang nak dicapai. Just nak share something. Bahawasanya anjuran memberi hadiah ni ada dalam ISLAM. Kalau kena tempat, masa dan cara, inshallah ada pahala disitu.
“Saling memberi hadiahlah kalian, maka sesungguhnya hadiah itu akan menghilangkan kedengkian”.
(Irwa’ul Ghalil 6/45/46)
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada menganjurkan supaya memberi dan menerima hadiah. Beliau menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih sayang di antara sesama manusia,
"Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian akan saling mencintai."
(HR. al-Bukhari, al-Adab al-Mufrid)
"kepada mak long, semoga diberi kesihatan n ceria sepanjang hayat-we love u!" |
MENGHARAP BALASAN?
Kata orang, kalau nak bagi hadiah kena ikhlas tanpa mengharap balasan. Yes, sangatlah betul. Tapi hikmah dari pemberian hadiah selain dari mengeratkan hubungan adalah saling menghargai.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata : “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan membalasnya.” Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan hadits di dalam Shahihnya, dan hadits ini memiliki hadits-hadits pendukung yang lain.
Bukankan lagi cantik jika nilai pemberian hadiah itu difahami. Kita dikurniakan seorang rasul sebagai suri tauladan untuk dicontohi. Pasti ada hikmah yang besar mengapa nabi membalas pemberian hadiah itu.Apa guna segumpal otak berisi aqal jika tidak diguna untuk berfikir.
Selain merasai nikmat memberi, nikmat menerima hadiah dari kawan yang telah kita beri hadiah kepadanya adalah suatu yang indah. Terasa diri dihargai oleh orang yang kita hargai. Ditambah dengan kata-kata doa dari sang penghantar, dibalas pula dengan ucapan syukur. Sangat indah.
Giliran aku pulak membalas. Sudah terbayang apa yang ingin dibeli. Seronoknye!
p/s:Sesiapa yg mengenali aku mungkin tahu, aku bukan jenis yang update status di facebook. Hanya jika ada sesuatu yang penting SAHAJA. So, that's mean this is a special thing to me..
MIAT
21 Syawal 1433
8/9/2012
6.38 pm
Nak rose jugak. post sini satu. kehkehkeh =D
BalasPadamAww... So sweet! Nak bunga jugak. Hikhik!
BalasPadam@Nurulee
BalasPadamnak rose ke? x dan nak bagi bunga ROSe la..anggaplah ni pengganti rose ye..>> (^_____^")V
@ NANA
BalasPadamI bagi u benda yang same cam nurulee la yee..>>
v(^_________^")
Alhamdulillah syukur masih mengingati.. Semoga bertambah rasa sayang dan cinta lebih2 kepada Pencipta Yang Maha Pemurah... =)
BalasPadam