9 September 2012

BESTNYER TIDO!

NIKMATNYA TIDUR DALAM KELAS
Kita sedia maklum bahawa,

1/3 daripada ruang perut adalah dikhaskan untuk Air..

1/3 lagi untuk makanan dan..

1/3 untuk udara

Tetapi, nisbah 1/3 ini juga adalah sinonim bagi waktu, dimana

1/3 waktu kita adalah untuk TIDURR

1/3 pula untuk bekerja dan

 1/3 lagi untuk berangan..


Woha!..tang berangan n bekerja tu aku maen tibai je. Tapi tang waktu Tido tu memang btol la. So abaikan waktu bekerja dan berangan, tu belakang cerita. Yang mahu diketengahkan adalah nikmatnya Tidur itu. Fuhh, syok habis!

SLEEP CYCLE

Tahukah anda, bahawa kitaran tidur yang betul adalah kunci kepada tidur yang berkualiti. Dan tidur yang berkualiti akan memberi kesan kepada kerja seharian kita.Tidur yang berkualiti tidak dapat dicapai hanya dengan usaha yang bersungguh seperti 'tidur marathon' 10 jam berterusan tanpa henti. Ia juga tidak dapat dirasai walau dengan membeli katil berharga RM10 000 lalu tidur diatasnya.

Maka harus bagaimana ini?

Harus bagaimana dia cakap. Uruskan la waktu tidur dengan betul.

At least biar la lengkap 1 kitar tidur. Maksudnya, 5 peringkat sleep cycle korang buat. Tak semestinya kena cukup 6 jam baru dikira dapat tidur yang berkuality. Boleh jadi 2 jam da cukup qualiti if 5 peringkat tidur ni kita capai.


Peringkat 1:

Bila korang otw nak tido, mata da pejam tapi telinga masih dengar sayup-sayup kawan korang tengah gossip pasal Aaron Aziz.

Peringkat 2 :

Time ni, korang da tido da, tak de lagi dengar citer pasal Aaron Aziz, tapi bila tiba-tiba kawan korang yang syok gossip pasal Aaron aziz tu dapat taw yang dia dapat dinner dengan Aaron Aziz lalu' terpukul secara lembut' korang yang sedang tidur dan korang pun terbangun. Maknanya korang berada di peringkat 2. Tidur tapi boleh terjaga dengan 'sentuhan manja' org lain.

Peringkat 3 & 4:

Waktu ni, kalau kawan korang bergaduh baling bantal sekalipun, korang dah tak sedar da. Walaupun korang kena baling dengan bantal sekalipun, still rilex layan tido.Ini tidur lena namenye.



Peringkat 5:
Kat stage 5 ni selalunya mimpi-mimpi indah muncul dalam tidur anda. Aaron Aziz selalu muncul bawak kek bagi kat korang kat stage ni. Selalunya kat sini la mata korang akan gerak-gerak masa tido. Tak caye, pesan kat kawan korang soh dier skodeng korang tido. Kalau sampai masa nampak mata korang gerak ke kiri kanan or atas bawah, maknanye korang berada di stage 5.

NAP

Ni baru tido yang perlu (malam). Belum masuk lagi caner cara yang betul untuk tidur kucing (catnap), Tidur Aksi (action nap) dan Tidur panjang (Long nap)-- bukan mati ea. Ada durasi masa tertentu untuk setiap jenis tido ni.

  





















Long nap - 90 minit

Action nap - 45 minit
catnap-20 minit

Disebabkan aku pun da ngantuk, syok pulak tengok kucing ni tido, so kita sambung lainkali je la ye kuliah tidor ni. Sebelum tu bagi korang yang ada agama, dan namanya ISLAM. Aku ada extra privileges untuk korang.

Diriwayatkan daripada Barra-barra bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:


إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Amalkan la ye, bukan setakat dapat tidur dan kerja yang berkualiti, dapat ektra pahala lagi. Best kan!

Opps... Ada lagi. Nabi pun ada ajar doa sebelum tido kan. Dapat lagi hak keistimewaan, belum lagi doa bangun tido, doa mimpi baik, mimpi buruk. Fuh, banyak kelebihannya.


الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.-Doa Tidur


"alangkah rugi tido tanpa mengikut sunnah"

Woha! SYOKNYER TIDO!

Weehuu!




MIAT
22 Syawal 1433
9/9/2012



0 comments:

Catat Ulasan