25 September 2012

AKU MAAFKAN KAMU





Pagi tadi,

................

"Kak ipa, farah nak minta maaf ye kalau fara ada terkasar bahasa.." lontaran kata dari farah yang agak mengelirukan dan secara tiba-tiba

"Nape pulak nak mintak maaf? rasenye tak ada kasar pon bahasa farah.." aku mencari kepastian

"Ala..ada, nanti la kite cerita, time Fiez tak ade ea.." balasnya sambil menunding jari ke arah Fiez. Mungkin kurang selesa dengan kehadirannya.

" Ok, bila free la ye..ape pun akak maafkan da, akak pun nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa kat farah" balas aku sambil menuruni anak tangga menuju ke kedai dengan sebuah senyuman.

PERSEPSI


Mungkin bagi sesetengah orang, kata-kata maaf itu sangat mudah diucapkan.

"Opps! SORRY tak sengaja"- apabila terlanggar seseorang

"Maaf bro, tak prasan la lu ada kat depan tadi"- teguran dari kawan lama

" Assalamualaikum mis, Sori lambat, kereta rosak" - alasan dari seorang pelajar (rosak kali ke-3)

" Sorry Sorry Sorry Sorry Naega naega naega munjuh.." - lagu super junior mohon maaf

" Sorry to say la, tiada maaf bagimu"- kata amarah dari seorang perempuan tidak mahu memaafkan

Dimanakah anda? Adakah maaf seperti itu atau selainnya.

................................

Berlakunya kemaafan itu adalah dengan 2 pihak yang terlibat. Pemaaf dan si peminta maaf. Yang menyakiti dan yang disakiti, yang bersalah dan disalah, yang terasa dan merasa, yang menzalimi dan yang dizalimi, yang membohongi dan dibohongi  dan 'yang' yang sama waktu dengannya. Semuanya berlaku dalam keadaan berpasangan supaya saling melengkapi dan menyayangi. Yang bersalah akan merasai kesalahannya apabila permintaan maaf diekspresikan, yang tidak bersalah pula akan rasa diadili apabila maaf dipohoni.

Sebab itulah Islam menganjurkan kita supaya sentiasa maaf-memaafi. Kerana Allah itu maha pemaaf lagi memaafkan.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya:”Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang plg mulia di sisiMu? FirmanNya:”Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untik membalas kejahatan org lain.”

HARGA SEBUAH KEMAAFAN


 Apakah yang akan terjadi jika setiap kemaafan yang diberi itu mempunyai harga. Boleh jadi harga bagi hati yang terhiris akan memcecah puluhan ringgit, atau ianya menjadi suatu bidaan dimana jika seseorang itu mahu memaafkn seseorangkan perlu membayar sekian-sekian harga. Dan apa yang lebih menarik adalah apabila budaya maaf memaafkan di bulan Syawal menjadi suatu 'transaction of money instead of sincerity in transaction for forgiveness'.Sangat mengasyikkan jika ianya begitu kan?

Tetapi..

Perlu juga kita fikirkan, bagaimana pula jika Allah yang membayar dosa dan pahala secara cash kepada makhluknya. Setiap kali ucapan sekecil 'ALHAMDULILLAH' diucapkan oleh makhluknya maka ia akan menghasilkan jongkongan emas. Pastinya dunia ini dipenuhi dengan jongkong-jongkong emas yang mengasyikkan. Oh! Aku kaya kata mereka. Namun, perlu diingat susungguhnya bayaran dosa secara tunai itu amat mengerikan. Sedang asyik mengumpat cik bedah di tepi tangga, tiba-tiba kulit menjadi busuk. Ditambah pula dosa meninggikan suara kepada orang yang lebih tua. 2 kali ganda kejijikannya. Nauzubillah. Jika itu yang terjadi, nescaya tidak ada manusia di dunia ini yang berbau harum. Bukankan manusia itu banyak membawa kerosakan?


KASIH SAYANG SEBENAR



Oleh sebab itu, perkara seperti dosa dan pahala  telah Allah sembunyikan dari pengetahuan makhluknya. Saidina Umar pernah berkata bahawa terdapat 4 perkara yang allah sembunyikan daripada makhluknya:

1) Disembunyikan redha-Nya pada ketaatan hamba-Nya.

2) Disembunyikan kemurkaan-Nya pada kemaksiatan hamba-Nya.

3) Disembunyikan juga waktu dikabulkan doa.

4) Dan disembunyikan juga wali dikalangan hamba-Nya.

Sesungguhnya segala yang allah sembunyikan itu terdapat hikmah yang amat berharga. Maha Pengasihnya allah itu amat tinggi sehingga Allah mahu hambanya sentiasa mengingatinya lalu dirahsiakan waktu dikabulkan doa itu. Sungguh Maha penyayang allah itu kepada hambanya yang lalai dengan menyembunyikan kemurkaann-Nya pada kemaksiatannya hambanya agar mereka diberi kesempatan untuk bertaubat. Sungguh Maha mengambil beratnya Allah apabila disembunyikan siapa wali dikalangan hambanya supaaya hambanya sentiasa merasa rendah diri dan tidak riak pada amalan yang dikerjakan.

Sungguh, Allah itu pencipta sekelian alam, maha mengetahui lagi maha agung. Beruntunglah kamu dilahirkan didalam islam dan berdoalah kamu semoga pengakhirannya adalah ISLAM.

Mohon sejuta kemaafan jika setiap patah perkataan yang dicoretkan mengguris hati si pembaca. Aku hanyalah si picisan yang serba kekurangan. AKU MAAFKAN KAMU..kamu??

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)


Sang pendosa
MIAT
9 Zulkaedah 1433
25/9/2012
3.49 pm


0 comments:

Catat Ulasan