Seandainya itu yang berlaku, Apa yang anda perlu lakukan wahai wanita blogger?
Satu: Wat derk je la. Ade aku kesah.
Dua: Bersedia dengan kemungkinan yang datang. Post something yang 'bombastik' lagi artistik. Promote blog ler.
Tiga: Mencari kaedah untuk mengetahui siapakah empunya diri yang memerhati. Bomoh? menggunakan kuasa psikik?
Empat: Berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Lima: Menari 'gangnam style' tanda suka ada yang memerhati.
Enam: Sedang berfikir nak buat ape.
ASBAB ATAS PEMERHATIAN ITU
Persoalan diatas diajukan adalah kerana aku baru balik dari Seminar Baitul Muslim anjuran one heart Solution. Bukan main gembira mak aku bila dia dengar aku pergi daftar untuk sertai seminra tu. Siap tanya dapat sijil atau tidak.Maby mak aku ingat seminar ni macam Kursus Kawin. Tapi malangnya ianya bukanlah kursus kahwin. Ia adalah suatu majlis ilmu yang menekankan perkongsian dan ilmu tentang gambaran awal untuk anak muda yang mahu kepastian akan persediaan dalam menuju alam perkahwinan.
Bermula dari pengurusan hati beralih pula kepada langkah dan tips dalam mencari jodoh sehinggalah kepada tips pengurusan kewangan sebelum dan selepas kahwin. Segalanya dikongsi oleh para panel yang sangat sempoi lagi berpengalaman.
Ally Iskandar & Isteri pun daftar jadi peserta |
Tapi yapa ang agak menarik ialah apabila Ustaz Zaharuddin bagi tips untuk mendapat jodoh adalah melalui laman Sosial. Dimana untuk melihat bagaimana pemikiran dan prinsip seseorang itu terutamanya si wanita adalah melalui penulisannya di blog. Kalau banyak cerita pasal barang perhiasan dan segala macam accessori maknanya mereka ini seorang yang highly maintanance. Kalau mereka ini selalu berfalsafah maknanya dia ini seorang yang romantik. Jika mereka gemar bercerita mengenai gosip-gosip liar..pikir la sendiri.
Kepada blogger semua, mungkin ada orang yang akan memerhatikan gaya penulisan anda untuk mmahami dan mengelani siapakah anda. Bukan setakat ada yang memerhati, tapi mungkin ada peserta seminar ini yang sudah mula meng'usha' akan blog-blog yang mereka terget. Silakan, tak salah pun. Itu kan salah satu usaha . HEHE. So para blogger wanita, Apa tindakan anda? Pilahlah antara 6 pilihan diatas.
QUOTE MENARIK
Aku bukanlah orang yang suka share something di facebook. Bagi aku facebook itu terlalu terbuka untuk aku menceritakan segalanya. Aku merasa sangat bahagia dan kadang kalanya sedikit jeles melihat semua sahabat mudah meng'post' sesuatu mengenai ilmu yang mereka rasai. Tapi tidak mengapa, mungkin aku bukanlah seorang pengguna facebook yang tegar. Untuk meng'invite' rakan-rakan masuk ke sesuatu group pun masih lagi memerlukan bantuan kawan. Dan mungkin inilah hikmahnya aku diberi peluang dalam bidang penulisan melalui blog.
Ades, feeling la pulak.
Oleh yang demikian, mahu juga aku menghamparkan bait-bait kata yang aku rasa sangat menarik lagi berguna yang disampaikan sewaktu aku menghadiri seminar hari tu. Antara bait kata pengurusan hati yang jjang ialah:
" Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tapi tidak boleh memimpin tanpa menyayangi"
"sekolah yang paling buruk adalah rumahtangga"
"First duty of love is to HEAR"
"Apakah namanya cinta sekiranya kita dilalaikan dengan perasaan? Apakah namanya cinta sekiranya sibuk dengan makan tidak kenyang, mandi tidak basah, tidur tidak lena dan sebagainya? Apa namanya cinta sekiranya kemaruk hingga melanggar perintah Allah? Apakah namanya cinta sekiranya terburu-buru mahu melangsungkan perkahwinan, tanpa wujudnya perancangan membina 'kemampuan' demi menggerakkan sebuah keluarga?"
"Sekiranya benar-benar cinta, mahu bersama ke syurga. Segala perkara yang membawa ke neraka itu bukan cinta."
"Tiada istilah terlanjur dalam berzina. Ini kerana berzina adalah satu proses. Begitu juga dengan menjadi seorang yang jahat. Ianya bukan secara kebetulan. Tetapi ianya suatu proses yang berterusan"
"Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti."-Fatimah Syarhah
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
Sungguh, hayatilah setiap bait kata ini, mungkin ianya tidak mudah untuk diterima pakai. Tetapi setiap bait itu mempunyai nilai yang mana jika difahami akan menjadi satu support system dalam hidup berkeluarga. Tidak semestinya untuk pasangan yang baru nak kawin, malah boleh digunapakai oleh setiap insan yang mempunyai seketul daging bernama 'hati'.
JODOH OH JODOH
Jodoh itu adalah RAHSIA ALLAH. Rahsia itu tidak bermakna kita perlu bediam diri menunggunya. Ianya perlu dicari. Boleh jadi ianya hadir selepas datangnya musibah, mungkin uga ia hadir selepas datangnya yang pertama untuk menjadi yang kedua. Segalanya terjadi adalah untuk mendapatkan keberkatan dari Allah.
Sesuatu yang berkat dalam hal jodoh itu terjadi apabila pasangan melihat kelebihan pasangannya lebih banyak dari kelemahannya. Bak kata USTAZ, Orang mukmin itu bila nampak kekurangan isterinya, maka fikirkanlah kebaikan yang ada pada isterinya. sEBAB APE? sebab orang mukmin adalah suatu entiti yang ajaib, dimana apabila suatu musibah melanda dia bersabar dan apabila diberi rezeki dia bersyukur. Dan allah juga ada cakap bahawa 'Aku adalah diatas apa yang hambaku sangkakan'
sO, bersangka baik la ye.
Kerana dunia itu dicipta untuk manusia, Manusia pula dicipta untuk akhirat. Maka hati itu dicipta untuk memandu manusia ke akhirat. Jika baik hatinya maka baiklah akhiratnya.
MIAT
24 Zulkaedah 1433
10/10/2012
1.08 a.m
wah bestnya:)
BalasPadambanyak ilmu dapat:)
@kinara kinatara
BalasPadamtu pun cerita sikit je..byk lagi sebenarnya..kalu tak caye boleh pegi tok next event. akan ada sequel kedua Seminar ni..^^
Semoga bermanfaat
..salam..bile seminar kedua 2 ipah..?? macam menarik jek..nk pg jgk..
BalasPadamyana memang kna pegi..^^..kalau tak silap 16 februari 2013..thn depan..
BalasPadam