16 Oktober 2012

ABAHKU YANG OSEM!


" Cubalah kalau keluar nak pergi mana-mana bagi tahu mak or abah, kalau jadi ape-ape macam maner. Abah bukan marah kat korang, dia marah mak..mak yang kena" Marah mak aku pada aku.

Itu antara dialog yang mak aku selalu guna kalau dia marah kat anak-anaknya. Mak dan abah aku mempunyai 2 perwatakan yang berbeza. Mak aku seorang yang outspoken dan lazer. Biasalah kan cikgu. Mestilah garang. Abah pulak seorang yang pendiam.  


Jarang aku nampak abah marah pada aku adik beradik. Last time aku nampak abah marah gila-gila masa umur aku 6-7 tahun. Masa tu dia marah adik lelaki aku yang balik tengah malam. Dia amik meja kopi nak baling kat adik aku. Kami adik beradik just tengok dari bilik. Nasib baik la mak aku ada kat situ. Kalau tak maunye merasa meja terbang dari abah. Macam dalam tv pon ade.

"Abang! dah la tu, istighfar banyak-banyak." Sambil meluru ke arah abah aku lalu memegang meja yang hendak dibaling. 

Hasil pujukan mak aku yang hebat, akhirnya reda seketika kemarahan bapak aku masa tu. Lepas tu aku da tak pernah lagi nampak abah marah macam tu. Lepas tu memang adik aku dah tak balik lewat lagi dah. Taw dia takut ngan abah. Hee..

CARA DIA

Disebalik rahsia kenapa sekarang ni ayah aku dah tak marah lagi anak-anak dia adalah kerana masa kecil kami dah puas merasa kasih sayang dari abah. Hanger, bantal, getah blada, getah paip, rotan semua kami adik beradik pernah merasa libasan-libasannya. Aku, kakak, abang, Aiman dan Yuni merupakan antara adik beradik yang merasai zaman kanak-kanak bersama. Beza umur hanyalah setahun. So, apabila umur kakak 7 tahun, abang aku pula umur 6 tahun, aku 5 tahun, aiman 4 tahun dan yuni 2 tahun azuan dalam hari dan adik aku yang bongsu belum lahir lagi. Bila sorang buat hal semua kena. Sebabnya semua mengikut ape yang lain buat. Best kan.


Antara scene yang aku tak boleh lupa ialah bila kami adik beradik kena kejar dengan abah pakai getah paip. Dengan pengalaman lari pecut 100m di sekolah, kitaorang pun sepantas kilat melarikan diri. Maka terjadilah adegan kejar-mengejar mengelilingi rumah. Tapi disebabkan bapak aku ni dulu atlit dan pemain bola sepak, so dengan mudahnya dia melibas kaki-kaki kami. Kenangan betul. Tapi disebabkan libasan kasih sayang itulah aku kini menjadi seorang manusia yang berperikemanusiaan.

MASA SILAM


2 tahun yang lepas, sewaktu aku beraya di rumah Pak long sebelah ayah, mak long aku ada bukak cerita perihal abah sewaktu muda. Bagaimana dia mula-mula berkenan kat mak. Kami 7 beradik sangat teruja dengan cerita yang mak long cerita. Waktu muda, abah bekerja sebagai navy, abah pernah bertunang sebelum kawin dengan mak. Nama tunang dia 'salmah gebu'. Lawak sungguh nama nya.Kita orang bantai gelak je la,dalam hati berkata, maby dia putih gebu kot. Mungkin tak ada jodoh, hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Masa tengah frust putus tunang, abah jumpa dengan mak. Bila dah berkenan, abah tulis surat pada pak long cakap abah dah jumpa yang berkenan di hati dan mintak pak long masuk meminang. Paklong jumpa ngan atuk(mak emak) 2 kali. Sebabnya atuk letak syarat, kalau nak kawin dengan mak, abah kena berhenti jadi navy.Masa tu mak dah jadi cikgu. Atuk demand tinggi sikit la takut anak dier kena tinggal sorang bila abah pergi belayar. So bila paklong cakap ngan abah, abah setuju. Nak dijadikan cerita berhentilah abah jadi navy dan kawin dengan mak. Cinta punya pasal.^^


Lepas berhenti jadi navy, abah just buat kerja kampung je. Sampai la dia mula buka perniagaan cendawan, kambing, dan lates ni buka kedai elektik. Semuanya kami adik beradik dapat merasa. Biasalah kena jadi buruh upahan secara percuma. So kalau nak cakap cara tanam cendawan and mengembala kambing tu, kitaorang taw la macam mana. 

KELELBIHAN DIA


Kelebihan yang aku nampak kat abah adalah dia sangat rajin bekerja. Pantang ada masa free, ada je kerja dia nak buat. Even rumah yang kita orang duduk pun adalah hasil titik peluh abah, mak dan kami sekeluarga. Masih segar dalam ingatan, aku,kakak,abang dan adik mengangkat batu bata merah bersama sambil bermain anah merah.Aku masih ingat lagi, abah yang tidak tahu menahu pasal pertukangan akan hilang pada waktu petang. Bila tanya pada mak, mak cakap abah pergi tengok kawan dia buat rumah. Berkat kesungguhan dan kegigihan yang abah tunjukkan, maka dapatlah kami duduk di rumah yang kami duduk sekarang. Alhamdulillah. Dan itulah yang menjadi kebanggaan aku. Aku ada ayah yang hebaat.

Abah pun boleh dikategorikan sebagai seorang yang lawak. Nampak je pendiam, tapi bila keluar je perkataan dari mulut dia maka berdekah-dekah la kami satu family ketawa. So, antara adik beradik yang ikut jejak abah ialah adik wan, aiman dan yuni. A good sense of humor really great. 

MARAHNYA AYAH PADA EMAK


Sepanjang aku bergelar anak kepada ayah dan mak, hanya sekali aku nampak ayah dan emak aku bertengkar. Pertama kalinya  ialah sewaktu aku dimasukkan ke hospital. Time tu aku eksiden dan patah tulang belakang. Tak tahu kenapa diaorang berbalah, masa tu waktu malam aku pun masih kurang sedar. Yang aku dapat tangkap cuma deorang bercakap pasal masa untuk jaga aku di hospital. Tulah satu-satunya pergaduhan yang aku nampak dan dengar.

Betullah apa yang aku dengar dari ustazah dan ustaz, bahawasanya ibubapa menjadi teladan anak-anak. Aku sangat suka cara abah. Dia menunjukkan persefahaman dan kemesraan sebagai  suami isteri didepan anak-anak, tetapi menyorokkan salah faham yang mereka hadapi dari anak-anak. Walaupun abah seorang yang pendiam, dia mampu menjadi ketua keluarga yang baik. Mak pula walaupun seorang yang lebih berpelajaran dari abah, mak tetap mampu menjadi isteri yang taat dan sangat menghormati abah.

SYUKUR

Aku sangat bersyukur pada ilahi dikurniakan  seorang abah dan seorang emak yang hebat. Apabila ada antara kawan-kawan mengadu akan masalah keluarga yang mereka hadapi membuatkan aku bertambah rasa syukur pada nikmat yang ALLAH berikan padaku. Kepada mereka yang bergelar anak dan masih mempunyai ayah, janganlah sia-siakan masa yang ada. Berdampinglah dengan mereka dengan rasa kasih sayang. Sesungguhnya peranan ayah juga amat besar dalam mendidik anak-anak. Mungkin ayah tidak pandai menzahirkan kasih sayang mereka tapi jauh di sudut hati mereka amat menyayangi anak-anaknya.

Hari ini adalah hari jadi abah. Mak ada telefon petang tadi,masa tu mak kat econsave nak beli barang masak.Aku sempat tanya, mak bagi apa kat abah sempena hari jadi abah. Mak cakap abah tak nak ape-apa, kek pon tak nak, abah just suruh mak masakkan dier kue teow. hehe, sempoi la abah..Selamat hari jadi abah. Semoga abah berada dalam keadaan sihat. Dikurniakan rezeki dan didalam lindungan ilahi. Anakmu sangat menyayangimu dan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.



Anak kepada Ahmad dan Rokiah,
MIAT
30 Dzulkaedah 1433
16/10/2012
11.58




0 comments:

Catat Ulasan