PMR sudah selesai,
UPSR jauh sudah ditinggalkan,
Tetapi..
Tidak pula bagi SPM,
Masih ada masa buat persiapan,
All the best to all participant..
Tak lupa juga kepada warga MIAT yang kini sedang hangat mengharungi kuiz dan test . Semoga mendapat kejayaan yang diharapkan. Dalam pada diri menempuh liku-liku hidup sebagai pelajar, fasa kritikal seperti kuiz dan test, adalah suatu fasa yang menjengkelkan. Ada beberapa perkara yang sering terjadi dan selalu dibuat oleh sang pelajar. Perkara ini boleh dijelaskan melalui perbualan seperti dibawah:
Seusai kelas 'Law of Contract', Madonna (bukan nama sebenar) mendekati Madhuri (bukan nama sebenar) yang duduk di sebelahnya. Sepertinya Madonna ingin menuturkan sesuatu kepada Madhuri.
" Kak Madhuri, tadi masa saya habis jawab exam saya terus keluar la kan, otw keluar tu saya nampak ramai budak yang buka buku meniru kak.." kata Madonna kepada Madhuri
Madhuri hanya diam apabila mendengar perkara yang diceritakan oleh Madonna. Bak kata pepatah 'Sudah terang lagi bersuluh' ditambah pula pepatah 'Sekilas ikan di laut sudah tahu jantan betinanya', Madhuri sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang terlibat itu.
" Biarlah la diaorang Madonna, akak rasa akak tahu siapa orangnya." kata Madhuri dengan selambanya
Madonna memandang Madhuri dengan satu pandangan yang berbeza. Mungkin mencari suatu kepastian tentang apa yang telah diperkatakan oleh Madhuri.
" Bukan lelaki je kak, perempuan pun ada. Raamaii.." tambahnya Madonna
"Hmm, berjaya dengan usah sendiri tak sama dengan berjaya dengan cara meniru. Mungkin diaorang boleh dapat pengiktirafan dari orang lain tapi bukan dari akak bahkan tak juga dari pencipta mereka. High score? ala meniru boleh la. Tak respect pun" Madhuri melontarkan persepsinya
Madonna yang mendengar komen dari Madhuri hanya diam.
MENIRU SUATU PROSES PEMBELAJARAN
"meniru suatu proses pembelajaran"
Ayat yang selalu digunapakai. Aku juga melalui suatu pembelajaran yang memberi impak yang besar dan berkesan melalui proses meniru ini. Ianya berlaku selepas aku ditangkap oleh pengetua ketika sedang meniru. Ketika itu aku berada di tingkatan 1. Walaupun hampir keseluruhan kelas meniru, tapi hanya aku yang kantoi. Hebat kan aku. Jika tidak pasti sehingga kini aku menjadi seorang peniru tegar yang obses dengan kejayaan tanpa usaha dan segera.
Ayat yang selalu digunapakai. Aku juga melalui suatu pembelajaran yang memberi impak yang besar dan berkesan melalui proses meniru ini. Ianya berlaku selepas aku ditangkap oleh pengetua ketika sedang meniru. Ketika itu aku berada di tingkatan 1. Walaupun hampir keseluruhan kelas meniru, tapi hanya aku yang kantoi. Hebat kan aku. Jika tidak pasti sehingga kini aku menjadi seorang peniru tegar yang obses dengan kejayaan tanpa usaha dan segera.
Ada sebuah syair yang masyhur daripada Imam Syafie :
“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..
Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..
Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..
Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada
mereka yang lakukan maksiat ”
Tidak tercapailah fungsi peperiksaan itu jika meniru dijadikan suatu proses pembelajaran untuk pengiktirafan.Skrol dibingkaikan dan dipertontontonkan atas hasil usaha meniru. Berbanggakah? Bukankah ianya berfungsi untuk menilai tahap kefahaman seseorang terhadap apa yang telah dipelajari.
SANG MUSLIM
SANG MUSLIM
“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”. (Surah al-Ankabut : 69)
Amat malang lagi jika si peniru itu seorang muslim. Apabila konsep keberkatan dalam menuntut ilmu dipandang remeh. Boleh jadi impak keberkatan itu tidak dapa dilihat sekarang. Mungkin kesannya dapat dilihat di masa hadapan. Sewaktu menjawat sesuatu jawatan, mudahkan sesuatu jawatan itu dilaksanakan, sewaktu mendapat gaji, nampakkah kemana aliran wang gaji itu pergi,bermanfaatkah?, sewaktu dikurniakan anak, adakah anak-anak itu amat menyenangkan.
Segalanya akan berlaku dengan mudah jika ada keberkatan. Setiap perkara itu diangap suatu kerosakan apabila suatu amanah itu tidak dijalankan sebaiknya. Adakah dengan meniru itu membantu dirimu cemerlang? Bagaimana pula dengan sahabat yang tidak meniru. Adilkah bagi mereka untuk mendapat tempat ke-10 sedangkan kamu si peniru mendapat tempat ke-2? Bagaimana dengan ibu, ayah dan guru? Selayaknyakah mereka ini ditipu?
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana takut tidak mampu melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan jahil” . (Surah al-Ahzab : 72)
Wahai sang pemikir, bukankah telah datang peringatan dari Allah mengenai manusia dan amanahnya. Ayuh, latihlah diri menjadi seorang muslim yang musleh. Ianya bermula dari dalam diri. Betapa Allah itu maha mengetahui atas apa yang hambanya perlakukan. Demi menjaga diri dari perkara yang merosakkan, maka jagalah Apa yang Allah perintahkan. Inshallah Allah akan menjaga kita.
“Patutkah Kami memperlakukan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan sama dengan orang yang melakukan kerosakan dimuka bumi? Atau patutkah Kami menganggap mereka yang bertaqwa sama dengan mereka yang jahat?” (Surah Sad : 28)
Kepakaranmu dalam bidang peniruan lambat laun akan memakan diri. Biarlah konsep peniruan diletakkan pada tempat yang betul. Bukan diperlihatkan betul dimata manusia.
MIAT
9 Zulhijjah 1433
24/10/2012
2.54 pm
0 comments:
Catat Ulasan