16 September 2013

Panduan Musafir 1 - Solat


Makin lama makin exited pulak nak travel. Maklumlah tak pernah lagi pergi jauh. Paling jauh pon pergi Sarawak. So  disebabkan aku ni nak bermusafir di negara orang aku kena buat preparation lebih.


YUP, mentally and physically prepares!

Sebagai seorang yang mengaku Allah tu tuhan yang wajib disembah, benda yang penting kena mahir ialah bab solat. Tak guna jauh berjalan, kalau solat tertinggal kan. 

Nabi kan dah pesan;

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ الصَّلَاةُ

Amalan pertama yang dengannya seorang hamba dihisab adalah shalat... (HR. An-Nasai no. 3926 dan selainnya)

12 September 2013

KISAH SI JENAB DAN PAK ABU

Kisah ini berlaku di zaman ortodox send 1997..

Sebagai seorang isteri yang berdedikasi, Jenab memulakan tugas harian sebagai suri rumah dengan membasuh baju. Setiap pagi Jenab akan menyidai baju di ampaian belakang rumahnya.

Suami kepada Jenab, Pak Abu senantiasa memerhatikan isterinya menuidai pakaian melalui cermin tingkap rumah mereka.

Kelihatan pakaian yang dibasuh oleh si Jenab itu tidak bersih. Pak Abu hanya memerhatikan sahaja. Keesokkan harinya, Pak Abu memerhatikan lagi isterinya melakukan rutin menyidai baju. Kali ini baju yang dibasuh oleh isterinya juga kelihatan kotor.