Terbaca satu post dari Kak Fatimah Syarhah (klik sini).
Eh! sama la macam perbualan aku dengan kawan aku semalam. Cuma kami sembang-sembang ringan je. Tak de la dali mahupun syair indah.
Topik kami ringkas sahaja. Tidur lewat bangun lewat.
" Kak, kita susah la nak tidur.." Si Farah kus-kus berbicara
" Selalu tidur pukul brape? " aku mengacara
" Dalam pukul 2 or 3 pagi " jawab kus-kus Farah
" Uish! lambatnya, dah tu slalu bangun pukul brape? " aku bertanya
" Hehe.." gelaknya
Perkara biasa bagi seorang student untuk tidur lewat ..dan jka disoal bilakah waktu paling awal mereka tidur. Majorit adalah sekitar 12.30 malam, mungkin juga berlanjutan kepada 1 pagi.
Sambung balik perbualan..
" Macam mane nak kawin nie, kalau bangun pun dah tengahari " leter aku macam orang dah kawin ada anak satu
" Nape pulak? ok la tu takde la tengahari mane pon, ala entah-entah budak-budak laki lagi lambat bangun " Farah betah
" Rase-rase kalu kawin nak ke suami yang macam tu? Bangun lambat, pemalas, pengotor " soalku,teras mahu memberikan sekehan berirama dikepala si Farah
" Eii..Of course la tak nak.." jawabnya dalam lughah Inggeris
" Dah tu, rase-rase belah laki nak ke perempuan yang bangun lambat macam tu? " aku membandingkan
"....krik krik..krik krik.." bunyi cengkerik
" Akak pun kadang-kadang bangun lambat jugak " Aku menyambung ( ceh!cakap lebih tadi.)
" Esok kita bangun awal ea.."
Jangan jadikan lewat bangun tidur tu satu kebiasaan. Orang tua cakap, alah bisa tegal biasa. Setiap masa bangun pukul 10 pagi, memang akan jadi rutin untuk bangun pada waktu tu. Kalau nak ubah, biarlah ubah dari sekarang. Tak ada la nanti bila dah kawin merana tak dapat makan sarapan. Bak kata pepatah;
Dari sekarang la dah praktis,
jahit baju yang mana dah koyak,
Nanti suami tak ada la pakai pakaian koyak.
Dari sekarang la dah praktis,
Memasak makanan mewah,
Supaya anak tak mati kelaparan dirumah ,
Dari sekarang la dah praktis,
Mengemas rumah,
Kalau tak nak berantakan di rumah.
Dari Sekarang la dah praktis,
Bermanis muka dengan adik-beradik,
Supaya hubungan keluarga nanti cantik.
Dari sekarang la da praktis,
Tahu mengenai agama dan dunia,
Agar ia tidak dipisahkan dalam kehidupan maya
Kadang-kadang kita terlepas pandang pada perkara asas macam ni. Rasa macam tak effect mane pon. Tapi hakikatnya hanya empunya badan yang merasai je yang tahu. Btol tak? Moh le kita cuba jadi untuk menjadi daripada jadi untuk mencari.
Cepat kenali diri..Sebelum mula mengenali orang lain.
0 comments:
Catat Ulasan