26 Ogos 2019

SENARAI BARANGAN BUATAN MUSLIM BUMIPUTERA


SOKONG SARDIN melayu bumiputera Islam:


  1. Sardin King Cup(King Cup beli dari 'buatan Malaysia' sahaja)
  2. Sardin Adabi
  3. Sardin Classfoods Mackerel
  4. Sardin Pertima
  5. Sardin Agromas
  6. Sardin HPA
Image result for BARANGAN BUATAN MUSLIM

SOKONG MINYAK masak melayu bumiputera Islam:
  1. Saji (Felda)
  2. Tiara (Felda)
  3. Tiara (Felda).Alif (SimeDarby)
  4. Olife (SimeDarby)
  5. Adela Sunflower (Felda)
  6. Adela Canola (Felda)
  7. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)  


SOKONG TEPUNG anak tempatan melayu bumiputera Islam:
  1. Faiza Tepung (TV3 Bersamamu)
  2. Tepung Gandum 1Malaysia
  3. HPA
  4. Cap Bidara
  5. Agromas (Fama)


SOKONG MI SEGERA bumiputera Islam:
  1. Saji Mee
  2. Agromas
  3. Adabi
  4. Faiza


Sokong Barangan PENJAGAAN DIRI  bumiputera Islam:
1.Secret Garden
2.Purich
3.D’Herbs
4. SF beauty
5. Dnars Skin Car
6.Walit Set
7.Miracles Beauty
8.Beauty Umaira
9.Simply Siti
10.Tia Amelia
11.Sendayu Tinggi
Image result for BARANGAN BUATAN MUSLIM
SOKONG MARJERIN melayu bumiputera Islam:
  1. Sunbear Peanut Butter/Chunky/Chocolate
  2. Kaya Pandan Gardenia
  3. Agromas Kaya
  4. Adela Marjerin
  5. Pelangi Marjerin
  6. Super Creamlite Marjerin
  7. Palm 365 Marjerin
  8. Mariana Marjerin
  9. Alif Marjerin
  10. Adela Butter





Image result for BARANGAN BUATAN MUSLIM





21 Ogos 2019

MERDEKA 2K19

Assalamualaikum w.b.t

8 hari lagi menuju 31 Ogos 2019. Yang ke 62 tahun.
Melihat akan keadaan di wadah facebook sepertinya bulan ini bukanlah bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Terlalu tidak sensitif atas perkara yang berlaku. 

Semoga Malaysia terus aman damai sejahtera.


Aku tidak membenci bangsa lain yang sudah lama menjadi penduduk dan warganegara Malaysia. tapi aku membenci mereka yang tidak menghargai akan keamanan yang dikecapi lalu mengadu domba dan mengapi-apikan sesuatu demi mencapai matlamat mereka.

Jangan dikhianati institusi beraja kerana disitulah identiti sistem pentadbiran negara kita. Jangan pula dihina Rukun Perlembagaan kerna disanalah rangka dan dasar negara dicorak. Usah dicabar kedaulatan undan-undang andai keamanan yang diinginkan dibumi Malaysia dan akhirnya lahir warga Malaysia yg penuh dengan jatidiri yang tinggi.

Sudah lupakah pada bait-bait ikrar yg diucap setiap hari sewaktu bersekolah. 


  1. Kepercayaan kepada tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopana dan kesusilaan
Salam merdeka buat Malaysia, dari saya rakyat Malaysia.
10.38 a.m
Teluk Danga,
Johor

21 Disember 2016

DISEBALIK ROBE DAN JUBAH

Sempat dengar cuit-cuit cinta kat astro sambil gosok baju.
Arrijal qawamuna 'alan nisa'
.
.
.
.
Teringat scene beratur nk amik Robe aritu. Dalam keadaan yg sesak dengan manusia tiba-tiba bahu dicuit.
"Baik-baik ye, dia tgh pregnant takut terlanggar" seorg perempuan memberitahu
"Owh yeke..sori tak perasan. Kenapa tak pergi terus kedepan. Bahaya la" aku membalas
"Eh takpe.." jwb adik yg pregnent
"Mana boleh, at least duduk kat depan..ok sikit..jap ye.." aku bergerak menuju ke depan
"Sori ye..boleh tak bagi dia dok depan skali..dia pregnant.." aku menegur sekumpulan graduan lelaki  menunggu giliran mengambil robe.

This entry was posted in

20 Disember 2016

JIKA RINDU DOAKANLAH

Assalamualaikum w.b.t
Terlalu banyak yang diperkatakan. Ada yg bersetuju dan ada juga yg tidak berpuas hati.
Bagi aku, setiap orang itu ada peranan masing-masing. Dunia ini semakin dekat pada penghujungnya. Tiada masa untuk bertelaga seharusnya.



16 Jun 2016

BATTLE OF RAMADHAN MENCARI AL-QADAR

Assalamualaikum w.b.t

Setiap manusia bergelar muslim akan merasai pengalaman Ramadhan dan setiap perasaan itu berbeza pada setiap orang. Ada sesetengah orang itu baru pertama kali merasai Ramadhan yang begitu syahdu dan menggetarkan jiwa. Ada sesetengahnya tidak lagi merasai nikmat Ramadhan yang pernah dirasai sebelum ini, Ramadhan kali ini terasa hambar. Ada juga yang bertemu kembali rasa yang sebelum ini pernah dirasai tapi sudah lama tidak ditemui pada ramadhan yang lalu dan kini merasa tenang, bahagia dan lebih kasih pada penciptanya. Dan ada juga yang melalui ruti-rutin Ramadhan seperti rutin kehidupan biasa tiada penghayatan. Lalu berhenti sejenak berfikir..Dimanakah kita..

30 Mei 2016

AIR MATA HIJRAH

Bismillhirahmannirrahim

Minggu lepas aku ke MIAT lagi. Tak tahu kenapa sangat kuat aturan tarikan yang Allah letakkan antara aku dan MIAT. Bukankah ini namanya CINTA. Chia chia. Mengarut pulak dah, sila abaikan. Mungkin kerana pertemuan dengan mereka yang aku anggap seperti adik beradik sendiri walaupun aku sendiri sudah punya adik ;). 

Selesai urusan di MIAT aku bergegas menuruni tangga hostel puteri menuju ke kereta. Ada janji lain yang perlu ditepati.Tak tahu kenapa kaki ni tiba-tiba berhenti bila melintasi satu sosok tubuh seakan terkaku melihat aku. Mata kami bertentang. Shuja'a (bukan nama sebenar) rupanya. Perlahan dia menuju kearahku lalu salam dihulur dan kami berpelukan. Secara tiba-tiba dia menangis dibahuku.

"Ahh sudah. Kenapa pulak menangis ni" aku hanya mampu berkata didalam hati

26 Mei 2016

MENAIP SEMULA


Assalamualaikum w.b.t ,


It’s been a long day without you my blog...
And I’ll tell you all about it when i reach you again..

(tengah dengar lagu ni masa menaip, maka berubahlah liriknya ..^^)

Abaikan...

Sejujurnya, dari blog seseorang membawa aku pulang ke halaman asal GHURABA’. Mungkin luahan di sini lebih enak dari di facebook. Dan aku menulis semula. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri. Mengiyakan bahawa aku meluah melalui penulisan. Harapnya berterusanlah. Let’s START! Bismillah..

Johor
27.5.2016 / 20 Shaaban 1437H

1.18 AM

10 November 2015

USRAH KELAS KE-3

Aku adalah salah seorang penggerak usrah di kampus.

Aku naqibah, aku juga ahli usrah.


Sebagai seorang yang memegang title naqibah, adalah tinggi tahap expectation adik pada kakak mereka.Tidak kurang juga yang memandang dan menilai.

Hati gembira bila sahabat dan adik-adik bersama mengimarahkan usrah. Terkadang sedikit hampa bila kurang komitmen. Gembira usrah berada dikelas pertama jika diletak dalam senarai aktiviti sosial yang lain. Terkadang juga ia berada di kelas ketiga menzahirkan kejanggalan hati. Kelas ketiga apabila menjadikan alasan hadir ke aktiviti lain untuk tidak menghadiri usrah, kenapa tidak sebaliknya?

Tabahlah 


.......