13 Oktober 2014

MELANCONG VS. MELENCONG


"Ko ni asyik berjalan jer..bila call mesti ada je tempat yang ko pergi" leteran percuma dari sang kakak

"Habis duit ko guna pergi berjalan..cubalah jimat sikit" sekali lagi aku diberi servis percuma

-mute-


Terkadang keliru dengan reaksi yang diberikan. Dikampus disaran untuk travel bagi memaknakan ilmu yang sebenar, dirumah diprovok agar tidak membazirkan duit berkelana seolah ianya suatu yang amat merugikan.

Apapun, ketahuilah bahawa setiap sesuatu dicipta bersebab dan berakibat. Masing-masing memberikan kesan yang dipengaruhi persekitaran mungkin. Mungkin mereka memahami dan mungkin juga kurang memahami. 

Namun yang utama - saya sayang mereka.. Setiap leteran kadang menjadi penyelamat diri yang leka. Persepsi yang diambil bakal menentukan pengakhiran sesuatu. Baik sangkaan maka baiklah keadaan akhirannya, buruk sangkaan maka setapak maju ke sesuatu yang kurang baiknya.

"Hidup adalah kembara..merentasi satu perjalanan sehingga ke penamatnya yang kita tiada berita tentang bila..susah dan payah..puji dan fitnah..bahagia dan derita..suka dan derita..segalanya boleh menjelma untuk menjadi bekal ke syurga..atau menjadi punca ke neraka..Ya Allah! Matikan kami dalam keadaan menyerah diri kepadaMU dan masukkan kami dalam kalangan mereka yang soleh"-Dr Maza

Alakullihal, dalam masa 3 tahun duduk di UniKL MIAT ni dah 4 negara aku pergi. Menyahut seruan prof. Zahir la katakan. Tipsnya, kenalah pandai saving. Inshallah walaupun korang dah tak ada plan nak mengembara ke negara orang lagi, sifat menabung tu akan still dipraktikkan.



SINGAPORE


BEIJING 

KOREA
BANGKOK 





P/S: Next year destination, Umrah....Haji?mengikut jadual giliran..aku nyer giliran tahun 2078..bapak lame gila..





MIAT
10:20 p.m

0 comments:

Catat Ulasan