20 Oktober 2014

MENALARkah?

Assalamualaikum w.bt,


Seperti biasa, setiap Jumaat kami akan memnuhkan perut dengan variasi makanan di KLIA. Tapi hari ni koordinasi kami berubah. Fokus kami adalah di KLIA2. Semenjk kewujudan klia2 yang gah berdiri di samping abangnya "KLIA' itu memberi sedikit ruang kami mengeksplorasi akan kewujudannya.


Selaku seorang mahasiswa bidang penerbangan, adalah satu kerugian untuk tidak menerokai satu arkitektur berhubungkait dengan system penerbangan di Malaysia yang dicintai. Ditambah pula ber'OJT' di Malaysia Airlines yang bersekitaran disana.

Diseketika waktu kami mengambil peluang singgah di MPH. Masa diperuntukan untuk menelusuri setiap sudut bacaan sangat mengasyikkan. Satu persatu buku dibelek. Sehingga bertemu satu buku yang amat dikenali akan penulisnya. Saifulislam.com antara favourite blog yang aku kunjungi.. dahulu.


Kini, aku akui yang sangat kurang aku membelek incian laman sesawang ustaz. Alahai,

"Menalar MAKNA DIRI"

Menalar??

Apakah?

Kebingungan aku mengamati perkataan ni. Adakah aku kurang sangat membaca sehinggakan kurang kosakata pada diri.

Soalan ku ajukn kepada kawan, orang kedah. Dia menjawab

" nala besaq.." dalm loghat kedah

apekah??

memang tak boleh pakai.


Aku bertanya pula pada En. Nizam yg duduk disebelah meja aku. Dia menjawab..

"Nalarke.." sambil menggelengkan kepala mengajuk orang india bercakap

Sabar jelah..

........................................................

Menalar, proses/cara berfikiran berdasarkan pemerhatian untuk memperoleh satu maksud untuk disimpulkan. Mungkin juga proses berfikir dalam mempertimbangkan baik dan buruk. Sinonim pada logik fikiran, dan rasional. 

Terasa lucu dipangkal abdomen bila 'nalar' pada tajuk buku mengambil masa untuk difahami. Dan tak tahu samada apa yang difahami ini jitu tau tidak.

[-_-]"



Mungkin aku kena habiskan baca dulu buku ni sbelum aku dapat menangkap makna sebenar yang penulis ingin sampaikan.

HAPPY READING ^^,


"......renungi keadaan hatimu, kiblatkan ia kepada kebenaran. Pelihara kejernihannya, kekalkan ia dalam ketenteraman. Dengan yang demikian itu engkau tidak akan terpesong menjauhi dirimu yang hakiki..."- Imam Birgivi petikan dari buku Menalar MAKNA DIRI karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


MIAT
9:19 p.m





0 comments:

Catat Ulasan