Time Ramadhan ni banyak mesej and status yang comel lagi indah dan cantik dikongsi. Hope berterusan sampai ke sudahannya. Kan elok macam tu.
Rasulullah SAW bersabda : "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah menngunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik daripada dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini." [HR at-Tabrani]
Dulu bila diceritakan pasal kelebihan bulan Ramadhan ni, tak berapa nak kisah sangat. When times goes by, pintu hati terbuka maka ke'excited'an menunggu ramadhan menggunung tinggi. Tapi rasa exited yang tidak disusuli dengan ilmu akan memberi kesan yang ....!(-__-)"-Itulah apa yang aku rasa dulu..
KISAH LAILATUL QADAR
2005 - Disebabkan masa tu aku sangat baru dalam dunia 'mencari sinar baru', perasaan exited untuk bertemu sang 'lailatul qadar' menggunung tinggi. Macam-macam yang aku buat sampailah aku terbaca satu artikel mengenai tanda-tanda malam lailatul qadar. So aku pun memulakan aktiviti mencari..
Dalam artikel tu dia ada habaq antara tanda malam lailatul qadar;
- Berlaku pada 10 malam terakhir
Bila dapat tahu Lailatul qadar akan muncul pada 10 malam terakhir, aku pun melipat gandakan amalan. Masa tu la 1st time aku belajar solat sunat tasbih. Penat giler, maklumlah baru dapat hidayahkan.Waktu ni aku doa dan doa banyak-banyak kali supaya dapat jumpa malam lailatulqadar.
- Pokok-pokok sujud
Disebabkan statement ni la sebelum tido aku dok tercongok kat tepi tingkap pada setiap hari 10 malam akhir ramadhan. Dok perhati kalau-kalau ada pokok yang sujud. Barulah dapat tahu malam tu malam lailatulqadar. Malangnya tak jumpa pun pokok yang sujud. Hampa seketika..
-Malam yg bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
Sambil duduk tepi tingkap tengok pokok, aku sesekali memandang ke langit mencari-cari kelibat bintang, suramkah bintang, ada awan tak kat langit? malam ni malam lailatulqadarkah? Aku tidak pasti.
Waktu siangnya pulak seawal pagi aku dah memerhati susana pagi, tenangkah pagi ini..Kadang-kandang ada waktunya paginya hujan renyai-renyai, adakah hari ini bukan lailatulqadar. Aku hanya menyoal didalam hati..Honestly waktu tu memang tak dapat bezakan ketenangan yang bagaimana perlu dirasai coz Sepanjang ramadhan itu adalah kali pertama aku merasakan ketenangan yang amat menenangkan..Mana mungkin lailatulqadar dapat aku rasai, mengaji pun merangkak, solat pun baru nak belajar,
PENCERITAAN SEMULA
8 tahun berlalu, Ramadhan tiba semula..kisah ni aku certa semula pada kawan aku. Ada yang tergelak, ada yang cakap;
"Seriously kak ipa? sampai macam tu sekali"
"Ada ke macam tu.."
"Kelakar la akak ni, tengok pokok sujud pulak.."
Aku just senyum jer. Biarlah, maby itu proses pembelajaran yang Allah nak bagi kat aku. Ibrah dari apa yang aku buat dulu aku dapat sekarang. Malam lailatu qadar bukan bulan untuk kita dapt rasai secara fizikal, tapi bulan yang perlu dirasai didalam hati. Bulan dimana hati dididik lebih mendekati Allah, bulan dimana kita membersihkan diri, dan bulan dimana satu titik permulaan kepada ibadah menjadi lebih baik dan berterusan.Malam yang lebik baik dari seribu bulan.
Ayuh tingkatkan amalan, perbaiki diri gandakan sedekah. Rebutlah Ramadhan kali ini, boleh jadi ia Ramadhan pertama kita belajar menuju redha Allah, boleh jadi juga ia Ramadhan terakhir untuk kita pulang menuju Allah.
Tidak perlu menunggu tanda datangnya lailatulqadar untuk memperbanyakkan ibadah. Lakukannya sekarang hidupkan dengan bersungguh, inshallah kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi mengikut kehendak-Nya. Tampa disedari atau tidak.
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
alahh dulu dikfa pon cam2 gak!!!! tkpe kite ushe buat ibadah seikhlas-ikhlasnye inshallah mane tahu mungkin boleh dapat malam lailatulqadar ney!Dan yang paling penting niat!
BalasPadamyup..kite usaha dengan ikhlas.. ;)
BalasPadam