Hari ni 21/7/2013 adalah hari jadi kawan aku. Kawan ke? dia muda 5 tahun dari aku, adik ke? Hahaha..Tak mengapa, kawan atau adik apapun kita tetap bersaudara. Masa nak post ucapan tanda ingatan pada hari jadinya, ayat cliche yang selalu digunakan oleh kita adalah seperti ini,
"Selamat Hari Jadi"
"HB"
"Sana Helwa"
"Selamat Hari Lahir" dan yang sama waktu dengannya.
Tak salah pun. Baguss sangat. Tapi lagi bagus kalau ucapan itu sesuatu yang bermanfaat dan boleh dimaanfatkan bersama. Sebagai contoh;
"خيركم من طال عمره وحسن عمله"
Maksudnya:" Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"
atau
"Barakallahu fikh (semoga Allah memberkatimu)"
atau
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa dariku yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA untukmu.”
atau lain-lain ayat yang memberi makna yang bermanfaat.
Kalau nak yang havoc lagi boleh cuba yang ni;
"Semakin bertambah umur Semakin dekat kau dengan mati, ayuh tambah amalan sempena Hari Jadimu"
atau
"Hidup mati kita ditangan Allah, bersyukurlah atas pertambahan umurmu wahai sahabat, Mungkin hari ini dan mungkin juga esok-mati itu pasti"
atau
“Biar azab kulit tua berkedut daripada azab kulit muda tak ingat dunia”
Kepada semua makhluk Allah yang menyambut hari kelahiran hari ini, Selamat beramal dengan amalan yang sohih. Gunakan sebaiknya Ramadhan kali ini untuk menjadi insan yang bertambah taqwa selari dengan umurnya.
0 comments:
Catat Ulasan