25 Julai 2013

Salam Nuzul Quran

"eh, Selangor amik tak cuti nuzul Quran?" - si A bertanya kepada si B

"Amik kot, ko cuti tak?" - balas si B

"Aku silibus da abis da, tunggu final jer..pas raya..cuti ler..Nuzul tak nuzul tetap cuti beb..boleh la tido lame sikit. Maklumlah da cuti kan.." - jawab si A


"Untunglaa dah cuti. Tapi ko ni agak-agak la nak tido pun. Kan Nuzul Quran ni, bawak-bawak la bace quran sikit, lagilah bulan puase ni. Ni tarikh cuti dok hafal, tapi taw tak ape tu Nuzul Quran?" si B melemparkan pertanyaan

"errrmm...hehe, tak sure la pulak. Tapi adalah tu kaitannya dengan Quran..kan kan?" - si A tersengih sambil buat peace

Hampeh!


NUZUL AL-QURAN


Hari dimana Al-Quran diturunkan, 17 Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M

Nuzul memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah. Maka ianya membawa maksud hari penuruna al-quran. Penurunan berlaku secara berperingkat dan bersistem. Walaupun 'Nuzul Al-Quran' hanyalah satu istilah, namun istilah ini banyak membantu dalam pemberitahuan dan pengenalan hari bersejarah ini pada umat islam.

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

NILAI



Artifak lama peninggalan nenek moyang mungkin kelihatan usang dan buruk. Namun belum tentu ianya tidak bernilai. Ada kemungkinan nilainya lebih tinggi dari barang baru yang cantik bersinar. Semuanya hanya dapat diketahui oleh mereka yang pandai menilai. Untuk itu ilmu pengetahuan diperlukan bagi menampung ketidaktahuan terhadap sesuatu nilai itu.

Begitu juga dengan situasi diatas. Orang yang tahu mengenai Nuzul Quran pastinya akan menggunakan masa tersebut unutk memperbanyakkan bacaan dan pemahaman terhadap Al-Quran. Mengambil keberkatan bulan ramadhan ditambah pula kehadiran Nuzul Quran, kesempatan ini tidak akan dilepaskan bagi mereka yang mengetahui.

Berlainan pula bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu mengenainya. Masa cuti mungkin akan digunakan sebaiknya dengan bertiduran dan berpeleseran. Mungkin hari istimewa ini tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Keistimewaan berlalu denan penantian hari kemenangan setelah penat berpuasa. Hari raya yang lebih dinanti.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَانْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ 
Dari Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah SAW bersabda:"kecewa dan merugi orang yang bila namaku disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasku, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup di bulan ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya,kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak bisa sampai masuk surga ,"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bila difik-fikir kembali, betepa ruginya kita jika melepaskan peluang yang jarang dimiliki ini untuk direbut. Masa yang sesuai untuk perubahan sikap. Persetankan rasa malu menjadi baik. Jadikan ini titik mula kepada perubahan ini. Malu? carilah seseorang yang anda rasa selesa unutk diajak mengajar. Inshallah pertolongan Allah sentiasa ada. Percayalah.

Hari ini Nuzul Quran,
Disambut pada bulan Ramadhan,
Jadikan alquran satu amalan,
Agar lebih mendekati tuhan

Selamat beramal.

Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan