19 Ogos 2013

Apabila bumi Mesir berbicara

Assalamualaikum w.b.t,


Perbualan berlaku sewaktu mendengar pidato sempena Himpunan  Munajat Perdana di Dataran Merbok..


"Mursi tu nama orang ke nama parti?" tanya kawan kepada adik aku berbisik 

" Ya Allah, ko tak taw ke? " adikku menepuk dahinya

" Ko jangan cakap kuat-kuat, malu aku" balas kawnanya

Aku disebelah hanya tersenyum mendengar perbualan mereka. Walaupun berbisik, namun butir bicara dapat didengar.

"Mursi tu nama orang la, dia orang baik dulu jadi president Mesir pas tu kena jatuhkan dengan tentera kat negara dia. Dia nak bawak Islam.. bla..bla..bla.." adik aku menerangkan satu persatu

Fokus aku pada pemidato tergangu, sekali -sekala aku mencelah perbualan antara mereka berdua.


KESEDARAN 

Tidak mengapa jika baru mengetahui apa yang sedang berlaku. Kerana kesedaran itu datang perlahan-lahan. Lebih baik baru tahu dari tidak mahu ambil tahu. Jika selama ini sewaktu peristiwa di Palestin, Syiria dan Roghiya kita kurang untuk mengikuti, biarlah kesedaran itu Mula hadir.

Dah tiba masanya anak muda macam kita ni cakna dengan keadaan semasa. Lebih-lebih lagi tentang apa yang berlaku ke atas saudara seislam kita. Bukan masanya untuk kita bersuka-ria, ber k-pop, ber MTV award, update cerita raya di blog dan lain-lainnya. Ambillah beberapa minit untuk sama-sama berkongsi maklumat dan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim @ manusia yang prihatin.

 Peristiwaa di Mesir bukanlah mengenai politik semata-mata, ianya adalah satu isu aqidah, hak, kemanusiaan, dan kebenaran. Mesir sebuah bumi anbia, pusat tamadun,kiblat ilmu, ibu dunia, tapak islam dan segala gelaran berdasarkan sejarah yang lalu. Peristiwa ashabul Ukhdud berulang, Firaun moden sudah kembali, Peperangan Khandak seolah sedang terjadi lagi. 

Dengan menguasai mesir, maka populasi arab akan dapat dikuasai dan dengan menguasai populasi arab, umat islam dapat dikuasai.

Jika sewaktu zaman Firaun adanya Nabi Musa, sewaktu peperangan khandak rasulullah ada bersama mereka, tapi kini siapa bersama rakyat Mesir kalau bukan kita saudara seislam mereka.

Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, "Senantiasa ada sekelompok umatku yang dimenangkan atas kebenaran. Tidak akan membahayakannya orang yang memusuhinya hingga Hari Kiamat sedangkan mereka tetap seperti itu (berada dalam kebenaran)." [3544] Sahih Muslim

 PERCAYA

Kalau dilihat memang ngeri lagi menakutkan apabila satu demi satu jasad gugur ke bumi. Saban hari bilangan semakin meningkat, manusia iras syaitonnirojim semakin jelas kelihatan.  Muanfiqun arab semakin lantang bersuara, pemimpin muslim asyik berhari raya diam membisu.


Namun, ketahuilah bahawasanya nasrullah itu dekat bagi mereka yang percaya. bagaimana nak percaya? Jadikanlah Al-Quran pegangan hidup. Sedarlah apa yanng berlaku telah diceritakan di dalamnya. Sejarah kembali berulang.

Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin Sariyah ra. berkata: “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pemimpin ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi


Ketahuilah bahawa zaman ini zaman fitnah. Pertimbangan dalam menilai fakta adalah penting. Ayuh para pengguna maya, laksanakan tanggungjawabmu. Buktikan kebersamaanmu.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".

H.R. Ibnu Majah

Aku saudara islammu hanya mampu berdoa untukmu wahai saudaraku. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Setiap titis keringat dan darah menjadi bukti kesaksianmu pada-Nya.

Hasbunallah wa ni'mal wakil




MIAT
4.19 p.m 

0 comments:

Catat Ulasan