9 Mei 2012

NAK KAWIN ? kahwin lerr..

Assalamualaikum w.b.t,

Exam week!!

Daebak~..

2 paper da settle. Ada lagi 3 paper to go. Phew! Sabo ye Alifah, pas nie cuti 1 bulan lebih.WOHA!. Dalam sibuk berexam, alhamdulilah masih  diberi kesempatan untuk mena leh ziarahi 2 sahabat di bangi. Mereka dikurniakan cahaya mata yang baru. So sweet. Yang pertama dan utama, Fathiyyah bt. Abdul Rasyid namanya.    Muda-muda dah jadi parents, tahniah!.. Semoga rumahtangga dikemudi dengan kematangan dan bijaksana ye.


Bersama Fathiyyah

Teringat pulak adik aku kat kampung. Dia da kawin gak, Aiman namanye. Umur 23 tahun, isteri dia pulak 20 tahun masa deorg kawin. Kawin muda la katakan. Macam-macam cerita aku dengar, rase kelakar  pulak bila teringat balik. Adik pompuan aku yang bagi taw.Masa tu dia dok satu rumah ngan Aiman dan isterinya. Satu hari tu dia  balik dari kerja, tiba-tiba tengok laki bini ni tengah main kejar-kejar dalam rumah. Dengan nada berseloroh, adik pompuan aku berkata;


" dah kenapa dengan laki bini ni, main kejar-kejar pulak kat dalam rumah..haish..chinch? "...


Aku hanya tersenyum apabila mendengar celoteh adik perempuan aku tu. Tetiba teringat akan kisah nabi dengan saidatina aisyah. So sweet!~


Ada satu masa pulak, waktu tu adik aku yuni baru je balik dari keje. Biasalakan orang baru balik keje, mesti penat. Dalam penat tu,dan-dan dia masuk je rumah, ternampak la ada 2 lembaga dok bersila depan TV.  Dengan keadaan rumah yang gelap gelita, berderau darah. Ingatkan makhluk ape la. Rupa-rupanya adik aku, si Aiman ni khusyuk main game PS dier, isteri dia boleh pulak dok sebelah jadi penonton setia. Lawak sungguh. Tu belom masuk tang masak-memasak kat dapur. Hangit semacam je bau. haha.Tapi,dalam sedar tak sedar, dah jadi bapak dah pon adik aku yang sorang ni. Semoga perkahwinan menjadikan mereka lebih matang.


Saya kuat! -Ilham Syafie


KEMATANGAN


Baru selesai sama-sama rewang di majlis perkahwinan sedara. Maklumlah, bila anak dara turun padang, ditambah pula di arena majlis perkahwinan, maka berbondong-bondonglah soalan berkenaan kahwin yang diajukan. 


" Pah, da ada calon?.."


'' Bila nak merasa nasi minyak ko nie.."


" Adik da langkah bendul, kakaknya bile?"


Itu antara soalan wajib yang akan keluar dari mulut makcik-makcik aku. Penat den nak menjawab. Maklumlah, soalan periksa pon tak de la berulang soalan yang same. Nak jawab pon dah tak daye. (macam banyak jer soalannye..alasan)








Pernah juga aku didatangi mesej (sms)..



tit..tit..( bunyi ringtone sms)..


'' Salam, akak pasal calon tu, kalau akak btol serius, saya leh carikan. Mintak tlg kawan saya. Saya rasa akak cam patut kawin cepat.''


" nape BTN (bukan nama sebenar) cakap cam tu? sebab umur akak ke? "..balas aku musykil..


" Tu salah satu. No offence eh. Kedua, saya nak jauhkan akak dari laki-laki MIAT ni. Pcayalah, saya kenal la ramai yang berminat dengan akak.." tambah BTN


Tua sangatkan aku. Dalam hati ini bekata. Tak dapat dinafikan, aku antara yang paling senior dari segi umur jika mahu dibandingkan dengan pelajar-pelajar di MIAT. Tapi aku adalah yang paling junior mengikut status  pelajar coz aku baru berada di tahun pertama dan juga sem 1. Ah!! abaikan soal umur. Bukan umur penentu kepada jatuhnya hukum kahwin itu. Bukan itu nilainya. 


I'm not interested in age.People who tell me their age are silly. You're only as old as you feel"- Elizabeth Arden



Aku tidak menentang siapapun untuk kahwin muda, dan aku juga tidak menghalang siap pun untuk kahwin senja. Silakan jika rasa sudah bersedia. Itulah yang terbaik. Bahkan aku sangat gembira menyaksikan mereka ini bahagia. Alhamdulillah. Tapi, kahwin itu bukan hanya kerana cinta semata, apabila sang wira berkenan pada sang pertiwi atau sebaliknya, maka mereka berkahwin.Mudahnya. Itu belum lagi kisah cinta anta anti yang aku rasakan sangat daa!~ Tazkirah bagai. Haish, man-man la. Apapun. aku ada post satu entry pasal kawin nie. (klik sini). Haish, tulis lagi pasal kawin. Amik mood nmpk..^^


“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi” [Al-An'aam 6: 151]

Tahukah anda? Aku sangat tertarik dengan definisi matang yang diketengahkan oleh akhi Hilal Asyraf di halaman blognya.


Matang pada saya, adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah SWT, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini, seterusnya bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT, dan pentadbir muka bumi ini.- Hilal Asyraf

Alakullihal, tahap kematangan itu akan diuji seawal perkahwinan. So jika anda rase sudah cukup matang  untuk mendirikan masjid..silakan. Tapi kenalpasti dahulu, apa definisi matang bagi anda dan pasangan? Adakan dikatakan matang itu dengan tercapainya umur 20 tahun, atau kematangan itu wujud apabila seseorang itu sudah mempunyai kereta, rumah, dan kerja? Adakah juga dikatakan sudah matang apabila seseorang itu boleh membezakan baik dan buruk? Sudah cukup matangkah dengan wajah yang seakan umur 30-an? Bukankah perkahwinan itu sangat tinggi nilainya? nilaikan sebaiknya..



Bukankah kita hidup ada tujuan, jika kahwin itu mampu mencapai tujuan dan tuntutan sebagai seorang hamba. Selamat buat mereka. 


Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)


P/S : apabila sahabat bertanya adakah aku demand dan memilih dalam mencari pasangan?.. aku hanya menjawab, masih tidak ada feel mahu berpasangan. inshallah akan tiba masa.








MIAT
17 Jamadilakhir 1433
9/5/2012

4 ulasan:

  1. haha,biasalah. perkara biasa bila diajukan soalan mcm tu. perempuan kan. =P

    Btw,mohoN follow saya kembali sbb saya dah follow anda.Jika sudi. TQ =)


    http://lovelynemo.blogspot.com/2012/05/sims-2-awesome.html

    BalasPadam
  2. Takpelah asalkan hati bahagia kan :)

    BalasPadam
  3. @ liling

    thanks for da comment. Soalan biasa kalau ditanya berualangkali, mau nye jadi luar biasa.mual pon ada.. salah intepretasi berkemungkinan boleh jadi..ngeee..tapi perempuan still perempuan kan..btw da follow k ur blog..nice~

    BalasPadam
  4. @ Ardini

    Yezza~ asalkan hati bahagia^^...tapi seharusnya biarlah kebahagiaan itu di dunia dan akhirat. Tak guna hanya kebahagiaan dikongsi hanya didunia semata, walhal tujuan utama diabaikan..

    BalasPadam