2 Februari 2013

JANGAN SALAHKAN IBU MENGANDUNG


"Ni semua salah mak Cici la"

"Cici dibesarkan di kalangan perempuan sahaja. Belajar pun kat sekolah perempuan. After 21 tahun baru la Cici kenal dan bergaul dengan lelaki. So it's hard for me to get to know men better" sambungnya


Aku hanya mendengar luahan rasa seorang kawan yang menghadapi kirsis rumah tangga yang tidak siap. Masalah boyfreind and girlfriend yang tidak berkesudahan. Agak memeranjatkan apabila nama ibu dinaikkan sebagai asbab kesalahannya.



''Idon't trust Indonesian" suddenly jer ayat tu keluar dari mulut Cici

"Darul?'' aku bertanya

Darul adalah kwan baik Cici yang sangat baik.

"Darul dari Aceh, lain" jawabnya

" Bukannnya Aceh tu part of Indonesia ke"

"Yer la, tapi dia lain"..

Ok , fine aku tak paham da. Abaikan jer la. Makin ditegur makin pening. Tak pasal-pasal aku pun disalahkan jugak. Hebatnyer penangan cinta nie. Ades!
 

SALAH SIAPA



Korang rase salah siapa?


Salah aku ke sebagai sahabat yang tidak pandai menjadi dr. Cinta untuk kawan aku yang sorg nie.

"Kak ipa, janganlah sesekali percaya kat pilot.Jangan la kawin dgn pilot" nasihat Cici padaku dengan bersungguh

Pulak da. Kesian jugak aku kat pilot-pilot di malaysia nie. Semua pilot tu jahat ke? Walaupun secara rawaknnya kebanyakan pilot dipandang sedikit serong akan kerjaya mereka yang dikatakan tinggi hidup sosialnya.

" Ala Cici, tak cari pun kalau da jodoh dengan pilot,datang jugak" aku hanya membalas kosong

Cici hanya tersengih sambil menganggukkan kepala.

Salah pilot?


BELAJAR DARI SANG HICCUP DAN NAGANYA




Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dari filem 'How to Train your Dragon' dan dikaitkan dengan masalah salah siapa. Puak Viking mengatakan naga-naga yang mencuri haiwan ternakan mereka adalah ganas dan merbahaya, Sedangkan mereka tidak mengenali hakikat sebenar asbab dari perbuatan yang dilakukan oleh si naga tersebut. 

Kesilapan untuk memahami situasai sebenar merupakan salah satu faktor penyumbang kepada penundingan jari dan salah menyalahi sesama sendiri. Akibat yang lebih besar adalah apabila ianyanya penyebab kepada perpecahan dan perselisihan.

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika ada seseorang berkata, “orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. H.R Muslim

Perlu diingat bahawa bukan emosi yang mengawal keputusan. Biarlah keputusan dibuat berdasarkan penilaian yang rasional dan pemahaman yang sahih.

Janganlah disebabkan satu kesilapan yang dibuat oleh seseorang habis semua dihukum. Agak kurang adil bagi yang lainya.


AKHIR KATA





Untuk itu, kepada semua yang tengah fight, gaduh, merajuk or marah dengan pakwe or makwe korang hentikanlah. Gaduh pun bukannya mendatangkan kesan pun. Korang pun bukan ada ikatan yang sah . Kalau bergaduh menangis bagai, bukannya jatuh talak dan jatuh derhaka. Uncertainty dan ketidakpastian. Yang pasti , maksiat menanti.

Terlalu memikirkan masalah kecurangan pasangan yang belum pasti status 'suami/isterinya'sehingga semua dipersalahkan. It's a bit too much. kan?

Jangan terasa la ye. Just my opinion and thought from what i have seen.

"CINTA ITU LEBIH IINDAH BILA BERADA DALAM REDHA PENCIPTA"


MIAT
22 Rabiulawal 1434
3/2/2013
3.32 a.m



0 comments:

Catat Ulasan