Result SPM dah keluar dah, Tahniah pada yang berjaya. Teruskan mengejar cita dan impian. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. (Lambat update)
Kepada yang belum berjaya tu, tabahkan hati, masih banyak peluang dan ruang untuk kalian diluar sana. Gagal pada hari ini tidak bererti anda gagal selamanya. Mungkin in adalah satu titik kepada kejayaan yang akan datang. Berusaha ya!
Kepada adikku Airina yang disayangi, Alhamdulilah dan tahniah diucapkan (walaupun ucapan ini mungkin tidak dibaca olehnya) i'am proud of u. Walaupun tidak penuh A' nya. Ucapan syukur dipanjatkan pada ilahi atas keputusannya. Permulaan bagi kejayaan yang akan datang.
2 hari sebelum result keluar ada mesej kepada adikku ini bertanya khabar,
" Result da keluar" aku bertanya
" Belum lagi, takut la..huhu" adikku membalas
"rILEX JER..da lepas da..ko da usaha kan.. sekarang ni doa je banyak-banyak, Inshallah OK." aku menambah
Bukankah kakakmu sudah berpesan,Result itu setimpal dengan usahanya. Tidak perlu takut. Semua sudah di dalam ketetapannya. Apepun tahniah la ye.
RINA TIME AMIK RESULT SPM |
6A 3B..ok latu kan.. Kalah aku time SPM dulu..pas ni apa rancangannu, Wahai lepasan SPM semua. Ada arah tuju? Jika tiada mintaklah pandangan dari cikgu, ibu,kakak,abang, kawan, atau kucingmu sekalipun. Pastikan yang utama tidak dilupa..Mintak ALLAH tunjukkan yang terbaik. Kita meminta Inshallah Allah bagi. Bukankan Dia Maha Pemurah.
Selamat datang ke alam kebebasan. Bebas dari peraturan sekolah, bebas dari baju yang sama, bebas dari menyanyi di pagi hari, bebas dari menatap wajah rakan yang sama dan bebas dari menghadap Bukuk TEKS yang banyak..
Selamat datang juga kepada tanggungjawab yang lebih besar, tanggungjawab membuat keputusan hidup. Kini anda selangkah ke alam universiti mahupun kolej. Kunci kebebasan semakin hampir. Jagalah ia supaya sentiasa ada disisi. Jika hilang punca, masih ada jalan untuk berpatah balik. Jika terkurung masih boleh dibuka.
Tetapu jangan dilupa, sebaik-baik kunci itu adalah apabila ianya disaluti dengan thati dan jiwa yang bertaqwa kepada Allah. Nescaya pabila tersilap maka akan dibimbing ke pangkal yang benar. Inshallah
MIAT
22/3/13
0 comments:
Catat Ulasan