12 Mac 2013

Sistem yang mensistemkan

''I want student from this row change to the front row...'' tiba-tiba suatu arahan dikeluarkan oleh pensyarah

''Then, student at my left side move to the other side..'' dia memberi arahan lagi

Dalam masa yang singkat suasana di dalam kelas menjadi caca merba dan riuh rendah Masing-masing hanya memikirkan matlamat akhir iaitu duduk mengikut tempat yang diarahkan. Terpinga-pinga juga apabila satu arahan dikeluarkan secara tiba-tiba.


Setelah selesai segala perubahan yang dilakukan, Satu soalan telah diajukan kepada kami..

" What is SYSTEM? "

"Sistem is a process.." sampuk Susanto (bukan nama sebenar)

" SYSTEM is a component of networking.." kata Gusti Aryan seorang pelajar yang menjalankan perniagaan MLM

"SYSTEM is a revolution.." bicara Suriati pengemar budaya

krikk..krikk..krikk...kesan bunyi cengkerik menandakan tiada respon diberikan

System adalah sesuatu yang melibatkan input, proses dan output. Itu yang aku faham selama aku belajar dalam bidang engineering. Apabila sesuatu itu berkaitan dengan sistem, maka ia berkait rapat dengan perubahan.Sesuatu perkara yang komplex apabila bertukar menjadi ringkas ianya adalah hasil sumbangan SISTEM. Maka sesuatu yang mengalami perubahan adalah sesuatu yang bersistem.


PERUBAHAN


''Think everything as a system". Itulah pesanan yang lecturer bagi sewaktu di kelas tadi. Kerana ia membantu dalam pembinaan pengetahuan. Jika dahulu sewaktu diawal pemulaan pembelajaran, ilmu yang kita ada adalah kurang berbanding setelah kita selesai belajar. Dengan berlakunya pertambahan ilmu itu menunjukkan suatu perubahan telah berlaku. Maka satu sistem telah wujud. Lecturer memberi input, Pelajar melakukan proses penerimaan ilmu dan akhirnya kefahaman yang dimiliki dan dikongsi menjadi suatu output.

Kalau dinilai semula, proses adalah fasa yang sangat kritikal didalam satu sistem. Misal kata tiada proses yang berlaku pada suatu sistem, maka sesuatu it akan mengalami fasa 'degrading' san akhirnya menuju ke arah kegagalan.


Sebagai contoh, bila kita berassignment, copy and paste adalah sesuatu yang wajib bagi setia insan yang bergelar pelajar. Terutamanya yang berada di bidang Pengurusan. Jika copy and paste yang dilakukan tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam ilmu dan diri, maka tiada proses yang berlaku. Mungkin ia boleh diklasifikasikan sebagai ritual yang mandul.

So, kalau nak dibuat satu kesimpulan awal, Segalanya akan terus berubah. Hari ini kita tua sehari dari semalam. Jika kamu mengatakan bahawa kamu berdiri statik, sedarlah bahawa setiap nafas yang dihela menyumbang kepada perubahan kedudukan. Everything keep on Changing, dan hanya ALLAH yang kekal tidak berubah. Bersifat dengan sifat Baqa'. Maka beruntunglah bagi mereka yang meyakininya.

TELAH ADA ALLAH  DAN TIADA SESUATU BESERTA-NYA. DAN, DIA KINI ADALAH TETAP SEBAGAIMANA ADANYA

CHALLANGING THE THINKING

Berfikir juga adalah suatu proses perubahan. Dimana sesuatu yang memerlukan SISTEM. Ini kerana proses berfikir memerlukan suatu input untuk diproses bagi menyumbang kepada penambahbaikan sesuatu. Perubahan dari keadaan yang tidak selesa kepada selesa dan lebih selesa memerlukan suatu proses ketidakselesaan dimana resistant/halangan akan dialami. Bagaimana untuk menghadapi halangan dan cabaran itu memerlukan sesuatu yang bernama 'fikiran'. Minda didesak untuk berfikir untuk melalui proses perubahan. Maka, berfikir itu membawa kepada suatu cabaran yang hebat.
 

Cabaran inilah yang diperlukan oleh seorang leader atau pemimpin. Mereka perlu memulakan sesuatu. Permulaan sesuatu itu memerlukan buah fikiran dan proses berfikir. Dan ianya bermula dari dalam diri. Ramai sahabat dan para ilmuan mampu memberi tunjuk ajar dan kaedah dalam melakukan perubahan, tetapi diakhirnya adalah kamu yang membuat keputusan. Sama ada mahukan perubahan atau tidak.

SISTEM MENSISTEMKAN

Sistem dalam sistem, perubahan dalam perubahan dan cabaran dalam cabaran. Sistem kehidupan merupakan gabungan sistem-sistem tersebut. Dalam beribadah manusia telah disediakan suatu Sistem yang tersendiri, dalam berekonomi ada sistem ekonominya, dalam pembelajaran ada sistem pembelajarannya dan dalam cakerawala ada sistem bima saktinya tersendiri. Segalanya saling berkaitan bagi memenuhi tuntutan sunatullah dalam kehidupan. Pelbagai sistem dalam satu sistem kehidupan. Ada perubahan, cabaran dan ianya menuju kepada penambahbaikan bagi mereka yang berfikir.


Jika anda rasa anda sudah lengkap dalam bersistem, think it twice. Mungkin ianya lengkap bagi anda . tetapi, hakikatnya ada suatu sistem yang lain perlu diperhatikan dan dilalui. Bagi yang mempercayai kewujudan Allah, suatu sistem kehidupan itu tidak akan lengkap jika tiada hubungannya dengan pencipta-Nya.

Kenapa tidak!. Sistem itu telah wujud sekian lama, bukan dari penemuan dan hasil pemikiran barat, tetapi datangnya Sistem itu dari Allah. Didalam surah Ar-Rahman telah Allah jelaskan lengkap mengenai sistem. Sistem ekosistem, sistem bahasa, sistem timbangan, sistem graviti, sistem orbit dan kehidupan. Maka, nikmat tuhan yang mana satukah yang telah engkau dustakan.

 This is what I gain in My Air transport Policy Lecture.
Tak banyak tapi bermakna.
 
 
 
 Library MIAT
1 Jamadilawal 1434
13/3/13
12.00 pm 

0 comments:

Catat Ulasan