Assalamualaikum w.b.t
"Mak cik saya nak nasi ayam satu, berabe ringgit ye?" tanyaku
"RM 4 ringgit dik" balas makcik penjual nasi ayam itu
Ok, terimakasih makcik, saya beli" kataku sambil mengambil makanan dari makcik itu
Tiba masanya untuk makan, wee..
Alhamdulillah ada rezeki untukku hari ini. Yosh~ bismillahirahman nirahim, allahumabariklana....amin. Aku menadah tangan dan doa dibaca sepantas kilat. Agak segan bila hanya aku seorang sahaja yang berpelakuan sedemikian. Sahabat yang lain begitu asyik menikmati makanan masing.
Terkial-kial aku mencarik isi ayam menggunakan sudu dan garfu. Maklumlah, jarang aku menggunakan senjata itu. Disaat makanan hampir selesai dikerjakan oleh makhluk bernama Alifah , tiba-tiba ada suara menegur..
"Akak nie, gunalah tangan ,kan sunnah nabi guna tangan" tegur beny apabila menyaksikan adegan carik- mencarik yang aku pertontonkan
Erk! sangat mendalam ayat itu. Setepek melekat kat muka. Pedih seh. Sungguh mereka tidak mengerti betapa sukarnya aku si kidal makan menggunakan sudu dengan menggunakan tangan kanan. Tanpa diduga keluar ayat sadis dari mulut aku ni..
" Bukan akak tanak pakai tangan, tapi tadi akak carik air nak basuh tangan, tapi tak ada pulak. Sinki pon takde air" jelasku dengan nada yang masih terkesan dengan teguran itu. Tiada niat bagiku untuk membelakangkan sunnah. Mode> sedih
Adegan makan habis disitu.
Tangan ini gamit menaip keyboard. Saifulislam.com, antara blog wajib untuk dilayari. Dan entry yang aku baca "Dia pernah menyintaimu". Tiba-tiba rasa sebak didada. Teringat pada saat aku membaca biogafinya. Sungguh aku memang rindu padanya. Sememangnya jika kamu juga seorang muslim, pastinya kamu juga merinduinya kan.
Aku hanya seorang manusia yang serba serbinya kekurangan. Terkadang lupa akan rindu itu, aku bersyukur rindu itu masih hadir dalam diri. Berkat keizinan Allah, rindu itu hadir. Pastinya rindu aku tidak sehebat rindu baginda pada umatnya(aku), pastinya rindu aku juga sangat kecil jika mahu dibandingkan rindu para sahabat padanya, dan rindu aku juga tidak sesungguh para ulama' yang mengamalkan sunnahnya.
Sungguh aku masih berusaha memasakkan rasa rindu itu dalam diri. Kerana aku juga mengetahuai bahawa rindu itu hadir hanya jika ruangan hati diisi dengan ilmu mengenainya. Maha suci Allah, jangan kau tarik nikmat ini ya Alllah.
Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya
melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai
Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya
Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang
tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira
sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu
Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah
menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?”
Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan
untuk umat saya dalam setiap solat.”
Allahumma salli ala muhammad..
Aku Sang Perindu..
MIAT
18 Rabiulawal 1433
10/2/2012
11.28 pm
18 Rabiulawal 1433
10/2/2012
11.28 pm
0 comments:
Catat Ulasan