Orang cakap aku baik. Bukan aku cakap la, orang yang cakap.
Really?
Macam mana diaorang tahu aku baik? Aku tak rasa pun aku ni baik.
Adakah sebab aku pakai tudung yang labuh ( tak ade labuh mane pon, tudung bawal je),atau sebab aku tidak menggunakan kata-kata yang kesat lagi kasar dalam pergaulan atau mungkin kerana aku bergaul dengan orang-orang yang baik, so aku pun dapat tempias orang baik.
Habis tu macam mana pulak dengan orang yang kasar bahasa percakapannya, yang pakai tudung pendek, tak pakai tudung dan yang lain-lain lagi. Dia orang ni jahat ke?Adil ke kalau kita nak cakap seseorang tu baik or jahat base on fizikal dan luarannye?
Dalam dunia ni ada banyak je orang yang jahat tapi pura-pura baik. Orang yang baik pulak dituduh buat jahat. Tapi, sebagai hamba allah yang hidup atas ihsan-Nya, siapalah kita untuk menilai dan menghukum seseorang itu secara mutlak. Boleh jadi yang baik itu adalah bekas penjahat dan yang jahat itu adalah baik dulunya. Dan adalah lebik baik bekas si jahat itu dari bekas si baik.
MENGAKU BAIK
"S*it.....Si*#... betul budak tu. Muka da la macam bangunan tak siap! Ada ke patut dia cakap aku mencarut. Mane ade"
Walaupun ada penafian kata kesat disitu, tetapi penggunaan kata yang dilontarkan mencerminkan sebaliknya. So sesetengah orang akan menghakimi individu itu sebagai orang yang buruk dalam percakapannya.
Walau bagaimana pun, ada pengecualian pada jenis individu yang menilai. Jika orang yang mendengar kata kesat yang dilontarkan itu adalah dari satu spesis yang sama dengannya, maka ianya dilihat sebagai kata-kata biasa yang tidak memberi apa-apa kesan. So maknanya ianya suatu ucapan yang baik begi mereka.
Dalam dunia nie, nak tentukan baik dan buruk seseorang nie adakalanya susah dan adakalanya senang. Dan kebanyakannya mengelirukan.Oleh itu, permulaannya seharusnya dalam diri sendiri. Nak orang baik pada kita, kita kena baik dengan orang. Sebab ape?
Sebab Allah itu maha pemberi balasan lagi adil lagi pemurah, maha penyayang dan Maha segalanya. Anything could happen. Dia tahu segalanya. Engkau pura-pura baik ke, jahat ke, semuanya dicatat. Cuma kita je tak tahu, buat tak tahu dan tak nak bersyukur. Biasalah manusia kan. Besar pangkat besar la bongkaknya. Doa lah bila da jadi orang ternama dan berharta agar tak lupa diri.
KEMAAFAN
Buat mereka yang rasa banyak buat dosa. Bila ada peluang untuk berpatah balik, silalah lakukan sekarang sebelum menyesal. Sebesar mana dosa sekalipun, jika keampunan dipinta, inshallah Penciptamu akan menerimanya. Kerana itu yang membezakan pencipta dan makhluk yang dicipta. Maha pengampun lagi penyayang. Maha mendengar dan Maha mengetahui lebih dari segalanya.
Allah s.w.t berfirma, ertinya;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
So, marilah jadi baik. Tak 'payah' pon. Tak perlu nak mengaku baik apatah lagi berlakon baik. Kalau orang tu ikut perintah allah dah hukum alam, orang lain mesti nampak yang dia baik. Bukan setakat dapat nama baik jer, malah dapat ' baik lagi bertaqwa '. Allah pun sayang. Kan itu lagi penting.
Pernah dahulu soalan ini diajukan..
engkau tu baik sangat ke?
Aku tak ada jawapan untuk soalan itu sebab......
Aku si pembuat dosa
MIAT
10 Rejab 1434
23/12/2012
kak ipa poyo. hehehe. saje usik ;p
BalasPadam@fariha
BalasPadamHoho...poyo ea...x pe..riha punyepasal..bile lagi riha nak mengusik kan..hee