30 Mei 2016

AIR MATA HIJRAH

Bismillhirahmannirrahim

Minggu lepas aku ke MIAT lagi. Tak tahu kenapa sangat kuat aturan tarikan yang Allah letakkan antara aku dan MIAT. Bukankah ini namanya CINTA. Chia chia. Mengarut pulak dah, sila abaikan. Mungkin kerana pertemuan dengan mereka yang aku anggap seperti adik beradik sendiri walaupun aku sendiri sudah punya adik ;). 

Selesai urusan di MIAT aku bergegas menuruni tangga hostel puteri menuju ke kereta. Ada janji lain yang perlu ditepati.Tak tahu kenapa kaki ni tiba-tiba berhenti bila melintasi satu sosok tubuh seakan terkaku melihat aku. Mata kami bertentang. Shuja'a (bukan nama sebenar) rupanya. Perlahan dia menuju kearahku lalu salam dihulur dan kami berpelukan. Secara tiba-tiba dia menangis dibahuku.

"Ahh sudah. Kenapa pulak menangis ni" aku hanya mampu berkata didalam hati

26 Mei 2016

MENAIP SEMULA


Assalamualaikum w.b.t ,


It’s been a long day without you my blog...
And I’ll tell you all about it when i reach you again..

(tengah dengar lagu ni masa menaip, maka berubahlah liriknya ..^^)

Abaikan...

Sejujurnya, dari blog seseorang membawa aku pulang ke halaman asal GHURABA’. Mungkin luahan di sini lebih enak dari di facebook. Dan aku menulis semula. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri. Mengiyakan bahawa aku meluah melalui penulisan. Harapnya berterusanlah. Let’s START! Bismillah..

Johor
27.5.2016 / 20 Shaaban 1437H

1.18 AM

10 November 2015

USRAH KELAS KE-3

Aku adalah salah seorang penggerak usrah di kampus.

Aku naqibah, aku juga ahli usrah.


Sebagai seorang yang memegang title naqibah, adalah tinggi tahap expectation adik pada kakak mereka.Tidak kurang juga yang memandang dan menilai.

Hati gembira bila sahabat dan adik-adik bersama mengimarahkan usrah. Terkadang sedikit hampa bila kurang komitmen. Gembira usrah berada dikelas pertama jika diletak dalam senarai aktiviti sosial yang lain. Terkadang juga ia berada di kelas ketiga menzahirkan kejanggalan hati. Kelas ketiga apabila menjadikan alasan hadir ke aktiviti lain untuk tidak menghadiri usrah, kenapa tidak sebaliknya?

Tabahlah 


.......


2 Disember 2014

Adakah engkau Mendengar?


Bismillahirahmanirahim,

Kadangkla terasa perjalan hidup ini sangat jauh. Jalan-jalan kehidupan penuh berliku, penuh pancaroba, penuh keasyikan. Aku berharap dengan secebis permintaan agar dipermudahkan segala urusan kehidupan, agar dilepaskan dari kehidupan yang melalaikan kerana kau adalah tempat aku berlepas dari segala kekufuran.



20 Oktober 2014

MENALARkah?

Assalamualaikum w.bt,


Seperti biasa, setiap Jumaat kami akan memnuhkan perut dengan variasi makanan di KLIA. Tapi hari ni koordinasi kami berubah. Fokus kami adalah di KLIA2. Semenjk kewujudan klia2 yang gah berdiri di samping abangnya "KLIA' itu memberi sedikit ruang kami mengeksplorasi akan kewujudannya.

13 Oktober 2014

MELANCONG VS. MELENCONG


"Ko ni asyik berjalan jer..bila call mesti ada je tempat yang ko pergi" leteran percuma dari sang kakak

"Habis duit ko guna pergi berjalan..cubalah jimat sikit" sekali lagi aku diberi servis percuma

-mute-


Terkadang keliru dengan reaksi yang diberikan. Dikampus disaran untuk travel bagi memaknakan ilmu yang sebenar, dirumah diprovok agar tidak membazirkan duit berkelana seolah ianya suatu yang amat merugikan.

25 Julai 2014

DOA KAMI

Alhamdulillah atas nikmat islam dan iman yang masih membuatkan aku terus berada dibumi yang kian menggila. Kupanjatkan doa buat saudara-saudara seislamku di Palestine, Syria, Africa, Pattani, Turki Timur, Mesir, Roghiya dan seluruhnya. Ujian Allah itu maha hebat buat hambanya yang hebat. Subahanallah, doa kami sentiasa bersama mereka. 


"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…



"Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau ya Allah. Allahumma Aameen. - qunut nazilah dan terjemahan


7 Januari 2014

SATU HARI SATU JUZ a.k.a ODOJ

Assalamualaikum w.b.t,




“Bacalah Al-Qur'an karena sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya” (HR. Muslim)


ODOJ. Singkatan bagi One Day  One Juz -aktiviti membaca Al-Quran dengan objektif mengkhatam Al-Quran dalam masa 30 hari. Fenomena yang sedang berlaku di Indonesia. Fenomena ke? Erm.. mungkin kot. 

Aku tak tahu sejauh mana fenomena ni berlaku, tapi menurut mereka yang terlibat, seminggu lepas ODOJ dilaksanakan hanya beberapa puluh orang je yang ikut . Malah, untuk aktifkan satu group je memerlukan 15 hari.Tapi lain pulak yang berlaku sekarang. Dalam masa 3 minggu je dah 5000 orang sertai aktiviti ini.Dan ianya semakin berkembang di seluruh pelosok dunia -Subhanallah -seronok aku tengok. Bertambah hebat aktiviti ini bila adanya penglibatan dari para pelakon sinetron disana. Antaranya;