"..Nak bela kucing, tapi tak nak buang taik.."..kata abang aku dengan nada berseloroh akan perihal isterinya yang baru saje mula berjinak nak bela kcing. Well, he's right!..nak or tak nak kena la buat. Kalau kat umah aku, awal-awal dah kena warning. Tak jaga kucing, najis bersepah, alamatnye buang la kucing tu. Siapa boleh tahan dengan bau yang semerbak hasil dari pelaburan si comel ni. Sebab tu nak bela kucing ni kena la sabar sikit. Berkorban sikit.
Aku cakap ni base on my experience. Korang akan rase bila kucing kesayangan buat hal. Cirit birit la, sakit perut la, tak nak makan ikan rm2 sekilo nak ikan kembong je., nak tido atas katil je.Mane la tak mengji kesabaran tu namenye. Tapi salah aku gak.Kandang kucing ade, tapi tak sampai hati pulak nak kurung even just waktu malam je.So, kalu ada hadiah yang kucing nie bagi kena la trima. Awak yang sayang sangat kucing tu tak nak kurung.
Aku cakap ni base on my experience. Korang akan rase bila kucing kesayangan buat hal. Cirit birit la, sakit perut la, tak nak makan ikan rm2 sekilo nak ikan kembong je., nak tido atas katil je.Mane la tak mengji kesabaran tu namenye. Tapi salah aku gak.Kandang kucing ade, tapi tak sampai hati pulak nak kurung even just waktu malam je.So, kalu ada hadiah yang kucing nie bagi kena la trima. Awak yang sayang sangat kucing tu tak nak kurung.
Kalau nak diikutkan da banyak kucing yang aku bela. Tapi selalunya bila da besar mak aku akan buang. Memang hobi dia la buang kucing yang da besar nie. Mana la tak kena buang. Memancut sana sini. Atuk aku pon slalu cakap ngan kucing kat umah aku. Sambil dia usap kepala kucing tu dia cakap.." nape ko kencing merate dalam rumah, berdosa taw, kalau tuan kau buang kau dia tak dose..kau yang kencing merata.." Lebih kurang macam tu la ayat dier. Aku pon tak taw nk cakap caner. Orang tua kan.Atuk aku bukannya tak sayang kucing, sayang.Mana la tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Tapi rasionalnya, masa kecik kita jaga la coz x pandai jaga diri, da besar taw la jaga diri sendiri. Hahaha ^^..
Just sharing a bit about my cat. Yang nie je antara gamba kucing aku yang sempat disnap.
Nie kucing aku yang ke berape pon tak ingat. Adik beradik sume ni. Name deorang kembang, kuncup and ..... Time nie tengah ajar deorang panjat pokok. Penakt sumernye. Tiga-tiga kucing aku nie da tak ada. Da bagi kat orang.
Yang nie pulak namenye BOKOP. Adik aku yang bagi name. Pernah patah kaki. Pergi klinik haiwan, kena la simen kakinye. Tak sampai satu jam, simennya da tertanggal. Hampeh! last-last baik sendiri.
Kat sebelah kanan ni kucing aku yang sekarang, name dier ABU sebab warne dia kelabu.Abu ni manje and paling suka kaca orang tido. Selalu jilat muka orang waktu pagi. Hidng dier da la basah.Peh! cium plak muka orang., memang kena baling ke bawah. Si ABU ni dlu dier ok je sekarang macam lampi sikit. Bila orang panggil makan dier selalu kena tinggal kat belakang. Macam tak taw what happening.
Yang sebelah kiri pulak namenyer OSMAN. Name penuh dier OSMAN KERING. Sebab panjang sangat panggil je OSMAN. Sebab dier kering la name dier cam tu. Mase deorang kecik, si OSMAN ni macam lampi sikit. Tapi sekarang da pandai. Suka kaca orang main laptop. Dia boleh tekan butang off kat laptop time aku tengah syok tengok citer korea. Hangin jer. Pastu buat muka tak bersalah. Blah g2 jer. Kalau tengok tv dier paling over. Duduk atas meja betul-betul depan tv. Yang tak boleh blah tu, dier pegi terkam tv tu. Ape kejadahnyer? Keke^^. Jakun la osman nii..
Yang ni namenya C-BUN, jumpa kat kebun Sungai Buntu, mase tengah tengok kebun sawit kat sane. Mak aku letak name BUNTU. Tapi tak best so tukar la jadi C-BUN. Nilah kucing yang paling kuat makan yang penah aku bela. Mulutnyer bising macam ayam kalu lambat bagi makan. Nila kucing yang aku cakap macam shrek. Sekali tengok, SHREK. Dua kali tengok, macam kambing. Tiga kali tengok macam... Ops! Adik aku yang cakap.
Banyak la plak nak cerite, just tengok je la gambar nie.
time kecik, tataw kucing yg keberapa |
Buai time deorang nak tido |
Tersangkt kat tingkap |
Kucing sesat |
time ni kaki bokop patah |
CINTA yang nakal |
Pencerobohan berlaku |
Jalan yang lain |
mainan paling best..ekor kawan |
ZzZz.. |
Tido pon nak dating |
Pencuri ayam |
Kadang-kadang pelik bila aku tengok orang yang takut kucing. Siap naik atas meja, jerit macam nampak hantu. Nape ek?. Ape yang ditakutkan?. Fakta yang korang kena tahu pasal kucing nie..
Fakta tambahan..
- Nabi suka dan sayang kucing ^^
-Kucing tak najis
(Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
-Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. Kesian kucing tu nanti.
-Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
-Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini hehe
-Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) haha
-Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
-25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Anda tergolong dalam golongan 25% ni tak?
-Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
-Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
-Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. (sila google untuk keterangan lajut
Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
-Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari
Da cakap pasal fakta. Ni plak beberapa MITOS tentang kucing yang perlu anda tahu..check it out!
Mitos: Kucing selalu perlukan susu
Kalau kita melihat kucing selalu tergerak untuk memberinya minum susu. Anak kucing memang menyusu pada induknya sampai dia besar (weaned) dan anak kucing yang lebih besar suka meminum susu sembu.Tapi seperti manusia, kucing dewasa tidak memiliki enzym lactase untuk mengurai zat lactosa pada susu. Akibatnya kucing dewasa yang diberi susu, akan mengalami muntah dan diare.
Mitos: Kucing mendengkur kerana gembira
Tidak selalu kucing mendengkur (purring) sebab dia sedang gembira. Kucing juga mendengkur pada saat dia sedang kesakitan dan pada waktu dia sedang sakit. Anak kucing (kitten) bisanya mendengkur beberapa jam setelah dilahirkan, pada saat dia menyusu pada ibunya. Ibu kucing juga akan mendengkur bila menyusikan anaknya.
Akhir kalam,tak kesah apa binatang sekalipun, kucing, anjing or khinzir sekalipun, mereka juga makhluk ALLAH. Mempunyai tugas dan cara mereka sendiri dalam beribadah kepada ALLAH. Untungnya kita dilahirkan sebagai manusia diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Tapi kenapa zaman sekarang sepertinya mansia berubah menjadi binatang dan binatang pula sebaliknya? Malu sungguh aku pada C-BUN, ABU dan OSMAN. Kalaulah dier faham ape yang berlaku sekarang. Conferm diaorang mengucap banyak..
So jadilah manusia yang penyayang pada makluk lain..
p/s: huruf 'u' kat keyboard nie mengong sikit. Salah type sorry ye ^^
p/s: huruf 'u' kat keyboard nie mengong sikit. Salah type sorry ye ^^
0 comments:
Catat Ulasan