IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi |
JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.
Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.
Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.
"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.
Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.
Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.
Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.
Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.
''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. – AGENSI
Assalamualaikum w.b.t
Kalau nak diikutkan berita nie da lapuk da. Tahun lepas punyer berita. Saje je nak share sempena musim haji nie. Aku memang tabik spring la kat mamat dua orang nie. Naik basikal merentasi 12 negara dalam masa 9 bulan tuu..Phuyoo!..Daebak!..Mentally and physically prepared. Tu memang perlu la. Satu hal lagi, can u imagine dengan umur yang muda tu diaorang leh terpikir nak wat cam gitu. Yelah bagi kita nie yang sezaman dengan mereka mesti ada terfikir nak g Haji gak tapi alasannya tak cukup duit and etc.Dan anganan tu disimpan rapi di sanubari.. Betul lah kata-kata pujangga "Hendak pergi berotan jangan takut onaknya".
Kalau nak dibandingkan dengan kita kat Malaysia nie. Dapat pakej Muasasah pon dah boleh cakap terbaik la. Jemaah haji diajar cara menunaikan haji sebelum berangkat ke Mekah. Cara pakai ihram, lontar jamrah, tawaf, saie dan macam-macam lagi. Rasenye Hj. Imtiyaz ngan Nathim tak ada pakej cam nie. Semuanya berbekalkan kesungguhan dan keikhlasan dalam beribadah kerana Allah. Malu gak aku nak cakap sebab umur aku ngan deorang pon tak jauh beza. Buku BankTabung Haji pon takde, kat mane aku sekarang. Haish !tak leh jadi nie.
Betullah lah apa orang tua cakap. Macam mana kita nak capai sesuatu kalau tak ada sebab yang mendorong untuk kita lakukan. Maha suci Allah yang mengerakkan hati dan fizikal.Bukan senang nak buat haji dengan berjuta orang dalam satu masa, tapi hal yang sukar itulah adalah sangat manis di pengakhirannya.Kalau kita tahu hikmah dan tujuannya.Syukur kita kat malaysia nie ada kemdahan dan kelengkapan yang disediakan utk tunaikan haji. Sesiapa yang dah pegi haji tu. Alhamdulilah n tahniah, ada gak kesempatan.. Mak and abah juga. Walaupun dah kali ke -2 buat haji, hope masih ada peluang lagi utk buat kali ke-3.
Tetibe je teringat cerita pasal seorang tukang kasut kat tv 9.
Kisah Abdullah bin Mubarak yang bermimpi tentang hanya 3 orang sahaja hajinya diterima Allah SWT sedangkan ramai beribu-ribu orang yang menunaikan haji.. 2 orang daripadanya dari Mekah, seorang lagi dari Baghdad. Di dalam mimpinya, muka 2 orang dari Mekah tak nampak. Tapi muka lelaki yang dari Baghdad, jelas nampak. Lalu Abdullah bin Mubarak mencari lelaki itu untuk tau apa amalannya sehinggakan hajinya diterima Allah.
Sampai di Baghdad, lelaki tu seorang tukang kasut. Abdullah bin Mubarak bertanya, "apakah amalanmu sehinggakan haji mu diterima Allah?"
Jawab tukang kasut itu, "Saudara, aku tidak pernah pergi ke Mekah".
Abdullah bin Mubarak berkata, "mimpiku bukan sekadar mimpi. Jadi apakah amalanmu sehingga hajimu diterima Allah?"
Jawab tukang kasut lagi, "Isteriku sedang hamil dan satu hari dia terbau satu masakan yang enak dan dia mengidam."
Tukang kasut ini mencari dari mana datangnya bau masakan & terjumpa dengan sebuah rumah. Ada seorang wanita sedang memasak. Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan wanita itu & meminta izin untuk meminta sedikit makanan yang dia masak.
Dan wanita itu berkata, "Makanan itu haram bagi kamu tetapi halal bagi kami".
Tukang kasut bertanya, "Kenapa?".
Wanita itu berkata, "Kerana itu adalah bangkai daging kuda yang aku jumpai. Suamiku meninggal dunia & aku & anak-anakku sudah lama tidak makan."
Tukang kasut itu berasa sangat sedih, dan dia menyeluk sakunya. Di dalam sakunya adalah semua hasil simpanannya selama dia bekerja sebagai tukang kasut untuk pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Dan dia berikan kesemua wang simpanan itu kepada wanita tersebut.
Hope amik la tak banyak pon sikit jadi la. Iktibar dari kisah nie.Beza orang kita g haji dikawal dengan ramai pengawal. Orang lain naik basikal je. Apa yang nak ditakutkan kat tempat yang mulia lagi suci. Perlukah pengawal tu sume???Bkan ke kita same je disisi allah bila di tanah suci.Taqwa yang membezakan semua tu.Erk!! tetibe je..hehe^^

0 comments:
Catat Ulasan