16 November 2011

Rahsia Seorang Sahabat


 Assalamualaikm w.b.t

Alhamdulilah segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam. Dengan rahmat dan inayahnya dapat aku post another story kat sini. Before that, just wanna share some story with u guyz.Masa tu aku study kat matrik Johor. Boleh dikatakan penghijrahan diri yang pertama berlaku kat sini. Disini aku jumpa makna hidup. Aku belajar mengenal  kawan, erti hidup dan nikmat hidup. Before ni memang hidup, tapi tak ada makna. Semuanya dunia belaka. Haha. Jangan terperanjat kalau aku cakap, aku blajar solat berjemaah time kat matrik. Tu pun lepas aku tersalah cara bila ada one night, kawan aku , Intan ajak g qiamullail kat surau kolej kitaorang. Aku time tu baru tersedar diri , so just ikt je orang da ajak. Walapn tak taw ape and caner nak wat qiam ni. Aku wat-wat taw je. 

Time tu kawan-kawan aku wat qiam secara nafsiah (sendirian). Nak dijadikan cerita, ak pon ikt je sorang kawan aku, Intan. Dia solat 2 rakaat aku pon buat 2. Pas solat dia duduk diam jap. Dia baca ape pon aku tak taw. Aku pon komat kamitkan mulut. Time tu aku jz zikir ringkas je.Ape yang aku taw  aku sebut je. Sampailah masuk waktu subuh. Bila abis je kawan aku azan, kawan-kawan aku yang lain tros je solat. Aku pn dengan rasa kehambaan turut serta.

Aku solat subuh cam biasa. Bila sampai tang tadah tangan nak baca Qunut. Aku terdengar kawan aku cakap " Eh.. Ipa tak solat jemaah sama ngan kita ke ?" Seperti dihempap batu. Aku terus je terduduk. Batal da sbuh aku time tu. Air mata da mula nak mengalir. Astarghafirllah, aku tak tahu adanya solat sunat Qabliah. Terasa jahil yang teramat. Aku menangis time tu. Ingat lagi kawan-kawan aku sumer gathered around. Diaorang peluk aku. Lagi la sedih. Berkali-kali aku sebut." tak tahu..orang tak tahu.."sambil nangis.Teringat kata-kata dari Pengacara Wardina Safiyya. Dia ada cakap,"kalau kita berubah untuk jadi baik, Allah akan hantar orang2 yang baik untuk bersama2 kita"

Alhamdlilah, tu antara pengalaman masa mula-mula aku nak kenal erti hidup.Start dari hari tu, aku mula belajar cara solat sunat yang lain.Dalam pada tu, ada satu solat yang aku selalu buat. Aku suka sangat buat. Tiap malam b4 tido aku akan amik wdhu' pas tu apa aku wat, Aku akan solat sunat wudhu'. Tu la amalan yang aku rasa aku istiqamah wat masa mula-mula baru nak jadi baik. Tu pun lepas aku baca kat dalam buku caner nak wat.Walaupun masa tu aku tak taw hikhmah or fadhilat dier. Rase ringan je badan nak wat. Suke je nak wat. Solat just 2 rakaat and dibuat after kita amik wudhu' or dalam wudhu'.Bila-bila jer. X der masa khusus.


Selain tu aku dapat khidmat dari roomate aku, Intan untuk ajar aku mengaji. Tak lupa kawan-kawan yang lain sharing some of their knowledge wif me. Sumer tu aku dapat time usrah. Tak de tempat lain, jz dari usrah. Bila difikir semula, aku nie duduk kat Johor. Sekolah agama pagi petang. Pas tu dah habis darjah Khas lagi ( peringkat paling tinggi kat skolah agama). Dapat pangkat satu plak tu. Tapi bab solat pon tak lepas.Agaknya tak ada keberkatan masa aku belajar dlu. Dapat pangkat satu sebab meniru watpe. Cikgu mengajar aku pegi lepak kat kantin. Pas tu aku buat pulak ustazah main kejar-kejar ngan kitaorang sebab kitaorang cabut kelas. Dah sah kurang ajar tu namanya. 

Sabda Rasulullah SAW : 
'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.'
-Riwayat Attabarani-

Kene betul ayat nie ngan aku yang tak menjaga amanah ilmu. Maafkan anak muridmu ini cikgu. Memang betul la, dengan siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Buat sahabat-sahabat yang jauh dimata. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat ilahi. Sesungguhnya aku tak pernah lupa akan kalian. Terima kasih atas kasih sayang yang diberi. Tiada kata boleh diungkap, tiada nada boleh dilafaz. Hanya doa dari seorang teman yang hina ini mengiringi. Maafkan aku andainya menjadi sahabat yang kurang prihatin. Sesngguhnya aku hanya manusia biasa yang terlalu banyak khilaf dalam berukhwah.    
Rasulullah pernah ingatkan, maksudnya:  
   
“ Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628] 


 p/s: Jangan judge orang before kenal siapa dia yang sebenar. Setiap orang ada sejarah hidup masing-masing. Koreksi diri Hiasi peribadi.



0 comments:

Catat Ulasan